FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Saturday, February 1, 2014

LAPORAN TRAFIK DAN KEADAAN CUACA


KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan sesak ekoran peningkatan jumlah kenderaan mulai pukul 10 pagi ini.


Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi Bernama berkata trafik sesak dari Nilai ke Seremban berikutan penambahan bilangan kenderaan.

"Trafik ke utara pula mula bergerak perlahan dari Slim River menuju Sungkai juga akibat penambahan bilangan kenderaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik bergerak lancar di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur, begitu juga dengan keadaan trafik di plaza tol Gombak dan Bentong masih lancar dari kedua-dua arah.

Tiada kemalangan dilaporkan di kedua-dua lebuh raya berkenaan.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Sumber HD - 1-2-2014


Aliran trafik ke utara & selatan dari KL mulai perlahan



KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai perlahan pagi ini akibat kemalangan dan pertambahan kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata terdapat kemalangan di Km448, berdekatan Sungai Buloh menghala ke utara apabila sebuah kereta yang mengalami kerosakan telah terbakar dan menyebabkan kesesakan di laluan itu.


"Api telah berjaya dipadamkan dan kereta tersebut telah dialihkan ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Sementara itu, aliran trafik ke selatan antara Nilai dan Seremban, serta laluan trafik ke utara antara Tapah ke Gopeng serta dari Bidor ke Tapah dilaporkan bergerak perlahan akibat berlaku pertambahan kenderaan bermula 9 pagi.


"Ini kerana orang ramai mulai keluar sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada hari ini," katanya.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik- Bernama

Sumber HD - 31-1-2014

No comments:

Post a Comment