Hudud: Sesi dialog bersama non muslim malam esok
KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) akan menganjurkan satu sesi dialog bersama wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGOs) Non-Muslim, (NON-MUSLIM NGOs).
Objektif dialog termasuklah memberi kefahaman kepada non-muslim apa itu Hudud; Qisas dan Takzir; Menghilang ketakutan atau hududphobia non muslim terhadap hukum hudud; Memberi ruang dialog dan soal jawab kepada non muslim; Ikrar DHPP menyokong Enakmen Kanun Jenyah Syari’yyah 2 Negeri Kelantan.
Antara pembentang termasuklah Datuk Takiyyudin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat; dan Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Timbalan Pengerusi Lajnah dakwah PAS Pusat. Selesai pembentangan sesi dialog akan berlangsung.
Sementara itu MIPAS memuji pendirian Kerajaaan PAS kerana ia menghormati dan mengambil kira semua cadangan, sentimen agama dan pandangan daripada rakyat jelata untuk mengadakan satu sesi dialog bersama non-muslim.
“MIPAS memberikan keyakinan dan jaminan supaya kita jangan rasa takut, risau dan bimbang untuk menghadiri program hudud sesi dialog ini. Tambahnya buat masa ini masyarakat di negara ini masih ramai yang tidak faham erti hudud, lebih-lebih lagi mereka yang bukan beragama Islam.” Ujar S Barathidasan, Setiausaha Agung, MIPAS.
Yang berikut ialah maklumat program.
Tarikh : 29 Mei 2014
Hari : Khamis
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Auditorium MPAJ, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Sumber HD - 28-5-2014
Kemenangan bertambah hampir
Wahai anakku,
Islam pasti mencapai kemenangan kerana itu janji Allah, dan kita yakin dengannya. Hanya apa yang aku bimbang apakah kita mendapat saham di atas kemenangan itu. Kerana itu, janganlah engkau lengah menghabiskan masa mudamu dengan perkara yang sia-sia, kerana dunia ini akan melekakan kamu dan menjauhkan kamu dari perjuangan dan jihad.
Wahai anakku,
Rasulullah tidak akan ditentang andai sekadar mengajak manusia kepada amal ibadah fardiyyah. Baginda tidak ditentang sekadar mengajak manusia untuk solat dan zikrullah. Baginda ditentang kerana aqidah yang dibawa, sehingga segala-galanya akan berpaksi kepada ketauhidan kepada Allah.
Wahai anakku,
Bersabarlah di atas lamanya perjuangan untuk mengecapi kemenangan kerana Allah mempunyai jadualnya. Ikutilah perjalanan perjuangan dan jihad ini, teguhlah kesabaranmu, tabahlah hatimu. Tingkatlah ketaqwaan sementara kemenangan yang bertambah hampir.
Wahai anakku,
Andainya kamu tidak berkesempatan untuk merasai kemenangan di dunia ini, janganlah kamu terlalu kecewa kerana kemenangan sebenar sedang menantimu di akhirat. Insya Allah semoga Allah merahmati perjuanganmu.
Senyum.
Sumber HD - 9-5-2014

Lajnah Dakwah teruskan Wacana Pengukuhan Aqidah
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat meneruskan siri Wacana Pengukuhan Aqidah kepada umum dan kali ini adalah siri ke 2 (WPA2) dengan tema Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.
Pada kali ini WPA 2 dijangka lebih menarik apabila menampilkan seorang tokoh dari Pasentran Darus Salam Gontor Indonesia yang juga merupakan Pimpinan Umum Majlis Intelektual dan Ulamak Muda Indonesia. Beliau akan membentangkan Kertas Kerja yang bertajuk Ancaman Pluralisme Terhadap Pemikiran dan Aqidah Ummah.
WPA2 akan dilangsungkan pada 19 April 2014 ini bermula jam 6.00 petang di Dewan Fadzil Noor KUIZM Taman Melewar Gombak KL sejurus berakhirnya program "Ijtimak ALIMAT Kebangsaan" di tempat yang sama. Wacana ini terbuka kepada semua dengan penyertaan percuma. Namun sumbangan semua pihak ke arah menjayakan siri WPA ini sangat di alu-alukan.
Bagi peserta yang ingin membeli kerja, mereka boleh mendapatkannya di kaunter pendaftaran antara jam 6.00 - 6.30 petang sahaja.
Yang berikut maklumat terperinci program.
WACANA PENGUKUHAN AQIDAH 2
Tema: Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.
Tarikh: 19 April 2014
Hari: Sabtu
Masa: 6.00 petang - 11.45 malam
Tempat: Dewan Fadhil Noor KUIZM Taman Melewar.
ATURCARA WACANA PENGUKUHAN AQIDAH 2
6.00: Pendaftaran
6.30: Al Ma'thurat
6.45 - 7.20: Tazkirah
Oleh : Yb Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
(AJK PAS Pusat dan MP Pasir Mas)
7.25: Solat Maghrib
7.40 - 8.30: Kuliah Maghrib
Tajuk: Aqidah Sejahtera Memacu Perjuangan.
Oleh: Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man .
(Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi LDPP)
Pengerusi Kuliah: Ust Zulfikar
Timbalan Pengerusi 3 LDPP
8.30: Solat Isyak dan makan
9.00 - 10.00: Kertas 1
Tajuk: Bahaya Fahaman Sekularisme dan Alirannya
Oleh: Ust Zulkifli Ismail
Ketua DUPN Melaka
9.35: soal jawab
Pengerusi K1: Dr. Riduan Mohamad Nor
Setiausaha LDPP
10.00 - 11.30: Kertas 2
Tajuk: Ancaman Pluralisme Terhadap Pemikiran dan Aqidah Ummah
Oleh: Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi
(Pimpinan Umum Majlis Intelektual dan Ulamak Muda Indonesia)
11.00: Soal jawab
Pengerusi K2: Ustazah Nuridah bt Salleh
Timbalan Pengerusi 2 LDPP
11.30 pm: Ucapan Penutup
Oleh: Yb. Dato' Dr Khairudin Aman Razali At Takiri.
(MP Kuala Nerus dan Ketua Penerangan DUPP)
11.59 pm: bersurai
Sumber HD - 16-4-2014
No comments:
Post a Comment