Blog terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
PRK Teluk Intan: Petugas DHPP ditahan reman
TELUK INTAN: Seorang petugas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ditahan polis berhubung insiden merampas bendera membabitkannya dengan ahli parti Makkal Sakhti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Suria Narayanan, bekas Naib Ketua DHPP Pusat ditahan malam tadi mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan atas dakwaan mengugut ahli parti Makkal Sakti selepas ada dari kalangan mereka mencabut bendera DAP.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Katanya, menurut maklumat, penahanan ini akan dilanjutkan selama dua hari dan kemungkinan esok akan dilepaskan bergantung kepada siasatan.
Beliau mendapat pengesahan tersebut daripada Balai Polis Hilir Perak, Teluk Intan.
Sumber HD - 23-5-2014

DHPP bentuk pasukan penerangan isu hudud
KOTA BHARU: Kepimpinan baru Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyifatkan tanggung jawab yang dipikul begitu berat terutamanya khidmat kepada masyarakat.
Timbalan Pengerusinya, Lim Guan Seng berkata, banyak perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya bagi memperkukuhkan kerajaan Kelantan.
“Kepercayaan yang diberi pemimpin PAS Pusat mungkin mereka melihat kerjasama erat pemimpin kerajaan negeri dengan DHPP Kelantan sebelum ini.
“Terima kasih kepada pimpinan kita yang sentiasa memberi galakan dan semangat setiakawan terhadap DHPP Kelantan,” katanya di sini.
Seng yang juga Pengerusi DHPP Kelantan berharap kerjasama lebih erat lagi terutamanya menjelaskan isu-isu semasa kepada masyarakat bukan Islam di seluruh negara.
Kelmarin PAS Pusat mengumumkan kabinet baru DHPP yang diketuai N Balasubramaniam menggantikan Hu Pang Chaw, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Penasihat sayap baru PAS itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PAS Kelantan menyifatkan perubahan kepimpinan DHPP sebagai perubahan yang tepat dan kena pada waktunya.
“Ini ditambah dengan komitmen yang diberikan kepimpinan baru DHPP menyokong penuh pelaksanaan syariat Islam di Kelantan,” kata Bendahari Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir.
Menurutnya, DHPP dikhabarkan akan membentuk pasukan penerangan bagi menjelaskan isu hudud bagi mengurangkan kekeliruan yang ditimbulkan kebelakangan ini.
Sehubungan itu beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kota Bharu merakamkan ucapan tahniah Pengerusi DHPP yang baharu, N Balasubramaniam dan barisan kepimpinannya.
Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Phang Chaw yang banyak memberi sumbangan sejak dari peringkat awal penubuhan sehingga lahir DHPP.
Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua turut merakamkan ucapan tahniah kepada Seng kerana dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DHPP Pusat.
“Saya mewakili DHPP Kelantan mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat yang meletak kepercayaan tinggi kepada DHPP Kelantan.
“Ini merupakan satu penghargaan yang tidak terhingga kepada kami,” katanya yang juga anggota jawatankuasa DHPP Kelantan. – HARAKAHDAILY, 13/5/2014
Sumber HD - 13-5-2014
Sumber Tambahan -
PAS hargai peranan DHPP - Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Penasihat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan DHPP yang baru, selain penghargaan bagi bekas Ketua DHPP, Hu Pang Chaw.
Bercakap pada majlis pengumuman kabinet DHPP petang semalam, Tuan Ibrahim mengharapkan kabinet baru DHPP dapat melaksanakan beberapa perkara bagi membolehkan matlamat DHPP membantu PAS dapat dipenuhi.
"Harapan PAS Pusat ialah pertamanya keahlian yang perlu dikemaskini, keduanya menggerakkan DHPP di peringkat negeri agar perlembagaan dapat dibentuk.
"Tahniahlah bagi Selangor kerana DHPP sudah pun membuat pemilihan dan akan diadakan pula kongresnya nanti. Dan diharapkan ia dapat membantu di pemilihan peringkat pusat nanti," tegas beliau kepada pertemuan khas bersama Harakahdaily dan Harakah, di Pejabat Agung PAS.
Tambah Naib Presiden PAS itu, PAS Pusat meletakkan satu tempoh bagi kabinet DHPP ini supaya membolehkan satu pemilihan diadakan dalam pemilihan pusat akan datang.
"Jika kita boleh 'set up' ahli-ahli dan kepimpinan DHPP di peringkat negeri, maka pada pemilihan akan datang di peringkat pusat ia juga akan ada pemilihan bagi DHPP," jelas beliau.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada DHPP yang telah banyak membantu PAS selama ini, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pelbagai isu politik semasa dan menghadapi pilihan raya.
Sementara itu, Ketua DHPP yang baru, N. Balasubramaniam turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PAS atas kepercayaan parti itu memberikan tanggungjawab tersebut kepada beliau.
Beliau berkata DHPP akan terus berhubung dengan pimpinan PAS Pusat bagi memastikan DHPP dapat memainkan peranannya dengan lebih efektif, khususnya sebagai jambatan kepada golongan bukan Islam.- HARAKAHDAILY 12/5/2014
Sumber HD - 12-5-2014

Kabinet baru Dewan Himpunan Penyokong PAS
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan kabinet baru Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) setelah empat tahun dewan tersebut dijadikan sayap parti.
Pengumuman kabinet baru itu diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejurus selesai mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, di Pejabat Agung PAS, tengahari tadi.
Pada pengumuman khas kepada Harakahdaily dan Harakah itu, Abdul Hadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kepimpinan DHPP yang baru, selain mengharapkan kerjasama yang baik bagi suasana politik hari ini serta menghadapi pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang turut berada pada majlis pengumuman tersebut menegaskan perincian berkaitan DHPP akan dibincangkan kemudian.
"Detail mengenai DHPP ini akan dibincangkan kemudian. Mungkin penjawatan ini ada tempohnya yang mana akan disemak semula. Mungkin dalam tempoh dua tahun, perlu ada satu review. Semunya akan dibincangkan kemudian," tegas beliau.
Pada perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Penasihat DHPP.
Berikut senarai pemimpin baru DHPP peringkat Pusat yang berkuatkuasa serta-merta:
Ketua : Balasubramaniam
Timbalan Ketua : Lim Guan Seng
Naib Ketua 1 : Tan Weng Fatt
Naib Ketua 2 : Deepakaran
Ketua Pemuda: Balendran Subramaniam
Ketua Wanita : Kumutha Raman
Setiausaha : Vincent Lee
Bendahari : Kong Tuck Wah
Pengarah Pilihan Raya : Appalasamy
Ketua Penerangan : Asokan
- HARAKAHDAILY, 11/5/2014
YB DS TGHAHA -
http://www.youtube.com/watch?v=tG-BG-7Gt2w
SDR S.BALASUBRAMANIAM -
http://www.youtube.com/watch?v=8lZhwD2bfyc
Sumber HD - 11-5-2014

Mereka tidak memahami hudud - Kumutha
KUALA LUMPUR: Tindakan Wanita MCA membuat laporan polis berhubung hasrat PAS Kelantan membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan disebabkan kurangnya kefahaman mereka terhadap hukum tersebut.
Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Kumutha Raman, berpandangan tindakan itu disebabkan mereka bukan beragama Islam dan tidak memahami secara jelas berkaitan hukum jenayah Islam.
"Mereka tidak tahu dan tidak faham tentang hudud.
Sebab itu mereka bimbang dan mendakwa akan menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Jika mereka faham apa itu hudud, saya fikir mereka tidak mempunyai masalah dengan hasrat kerajaan negeri Kelantan itu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang menyokong pelaksanaan hukum hudud menambah, jika rakyat bukan Islam di negara ini diberikan penerangan secara terperinci berkaitan hudud, ia tidak menimbulkan pelbagai kerisauan dan persoalan di kalangan mereka.
Berdasarkan pengalaman beliau menjadi salah seorang panelis pada majlis forum berkaitan hudud di Sabak Bernam, minggu lalu, beliau mendapati kebanyakan hadirin bukan Islam yang membangkitkan persoalan berkaitan hudud akhirnya jelas dan faham dengan penerangan yang diberikan pada majlis tersebut.
"Saya ditemui hadirin selepas tamat forum hudud tersebut yng akhirnya mengakui faham tentang hudud ini. Malah ada di kalangan mereka yang berasakan pelaksanaan hudud ini boleh membantu mencegah kegiatan jenayah yang semakin berleluasa," jelas beliau.
Ekoran penerimaan itu, Kumutha yang juga penasihat undang-undang di sebuah firma guaman, mengharapkan lebih banyak siri forum penerangan berkaitan hudud diadakan bersama nonmuslim dengan menampilkan para ahli panel yang berkelayakan.
Malah, katanya menampilkan ahli panel di kalangan wakil DHPP yang memahami berkenaan hudud juga amat dialu-alukan bagi memudahkan lagi komunikasi di antara kelompok bukan Islam.
Semalam, Wanita MCA melalui Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa usul tersebut bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Mereka juga bimbang ia akan mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum. - HARAKAHDAILY, 9/5/2014
Sumber HD - 9-5-2014

Kalau kita tidak lakukan jenayah takut apa - Vincent
KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengambil ketetapan menyokong cadangan kerajaan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11.
Naib Ketuanya, Vincent Lee berkata, keputusan itu dibuat anggota jawatankuasa Dewan Harian DHPP baru-baru ini kerana sekarang masa paling sesuai bagi pelaksanaan perundangan syariah.
“Kalau kita tidak lakukan jenayah hendak takut apa. Lagi pun perundangan hudud hanya untuk orang Islam sahaja.
“Sebab itulah saya sedih apabila ada pihak yang tidak faham mendakwa wanita dan kanak-kanak akan teraniaya dengan perundangan hudud,” katanya pada ceramah penerangan hudud di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi.
Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan, anggota Exco, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood dan wakil-wakil NGO.
Sebelum itu orang ramai yang hadir menunaikan solat hajat diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.
Pada program itu juga wakil-wakil NGO melafazkan ikrar sokongan penuh pelaksanaan hudud di Kelantan diketuai Pengerusi Peguam Syarie Kelantan, Nik Baharum Nik Abdullah.
Vincent Lee juga berkata, perundangan hudud bukan semata-mata untuk menghukum seseorang pesalah, sebaliknya memberi pengajaran kepada mereka dan orang lain.
“Pengajaran yang boleh membawa kepada keinsafan dan bukannya menghukum. Lagi pun sekarang jenayah semakin menular dan tidak mampu lagi dibendung undang-undang yang ada.
“Oleh itu kami DHPP memberi sokongan penuh bagi membolehkan perundangan hudud dapat dilaksanakan bermula di Kelantan,” ujarnya.
Menurutnya juga beliau menasihat media-media berbahasa Cina tidak menyiarkan kenyataan mengenai hudud dikeluarkan mereka yang tidak faham kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.
Kerajaan Kelantan pada 2 April lalu mengambil keputusan untuk membawa usul persendirian ke parlimen bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dilulus sejak 1993 dapat dilaksanakan.
Pada petang semalam Vicent Lee turut menemui Mohd Amar dan Dr Muhammad Fadzli di Kota Darulnaim bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai perundangan hudud.
Sumber HD - 1-5-2014
- Apr 25, 2014
- ANIS NAZRI
Taklimat yang dijadualkan di Kuala Lumpur itu akan diadakan secara tertutup bagi memudahkan pimpinan DHPP mendapat penjelasan secara lebih efektif berhubung enakmen yang menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata taklimat tertutup itu akan melibatkan semua pimpinan DHPP di peringkat pusat dan negeri, dan seterusnya beberapa taklimat serta himpunan khas untuk untuk orang ramai.
"Kita sedar, ramai di kalangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dengan enakmen dan hukum hudud ini sendiri hingga menyukarkan mereka untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam.
"Justeru, PAS Pusat telah memutuskan untuk mengadakan taklimat tertutup berkaitan enakmen ini dalam tempoh terdekat kepada pimpinan DHPP terlebih dahulu, sebelum program lain yang akan dibuka untuk orang ramai," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang juga baru dilantik sebagai Penasihat DHPP, turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PKR akan diadakan pada Selasa, 29 April ini di Pejabat Agung PAS.
Katanya, pertemuan itu merupakan satu pertemuan khusus bagi membincangkan dan menjelaskan secara terperinci berkaitan enakmen tersebut kepada rakan-rakan dalam pakatan.
Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk membawa usul persendirian bagi membincangkan soal Enkmen Jenayah Syariah II ke parlimen menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam.
Beberapa siri bantahan dilakukan beberapa NGO bukan Islam, selain dari MCA sendiri berhubung hasrat kerajaan negeri tersebut.
Malah, sebelum ini DHPP turut menyatakan keresahan apabila terdapat sebilangan ahli DHPP sendiri yang tidak jelas dan faham berkaitan enakmen tersebut yang hanya dikenakan ke atas mereka yang beragama Islam sahaja.
Ekoran itu, DHPP menggesa PAS Pusat mengambil langkah segera dan proaktif untuk memberi penerangan khusus kepada DHPP sendiri bagi memudahkan usaha ahli-ahli DHPP untuk menerangkan kepada masyarakat bukan Islam.
Sumber HD - 25-4-2014
- Apr 23, 2014
- ANIS NAZRI
Ini kerana, Enakmen Jenayah Syariah II yang merangkumi hukuman hudud masih belum difahami secara jelas oleh kebanyakan ahli DHPP.
Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan PAS Pusat melalui Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) bagi memastikan penerangan mengenai hudud itu betul-betul disampaikan daripada mereka yang pakar mengenainya.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata tanggungjawab tersebut perlu dilakukan segera bagi menjawab segala persoalan yang timbul berkaitan hudud di kalangan DHPP sendiri.
"Saya difahamkan usaha ke arah penerangan berkaitan hudud itu sedang dilakukan. Cuma, saya harap jika diadakan taklimat sedemikian, panggil sekali DHPP dan ahli-ahlinya bagi memudahkan usaha penerangan kepada golongan bukan Islam," tegas beliau.
Bercakap kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini, Mujahid berkata adalah lebih baik jika siri penerangan itu dilakukan antara DUPP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.
"LPN tidak banyak terlibat dengan siri penerangan hudud ini kerana PAS ada pasukan sendiri berkaitan hudud, yang diketuai DUPP sendiri. Tetapi, LPN tiada halangan untuk membantu di mana yang perlu jika diperlukan oleh PAS Pusat dalam usaha memudahkan lagi urusan tersebut," kata beliau.
Sebelum ini, Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee mengatakan kebanyakan ahli DHPP sendiri tidak jelas dan faham berkaitan hukum hudud ini, selain beranggapan hukum tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian.
Justeru, kebimbangan itu kata Vincent membataskan usaha PAS Pusat dan DHPP untuk memberikan penerangan kepada masyarakat bukan Islam berkaitan hukum hudud apabila ahli DHPP sendiri tidak memahaminya.
Ekoran kebimbangan tersebut, Vincent menggesa PAS Pusat segera mengadakan pertemuan dengan DHPP dan ahli-ahlinya untuk diberi penerangan secara terperinci agar memudahkan usaha penerangan kepada golongan bukan Islam.
Vincent yang menyatakan sokongan terhadap hukum hudud itu juga menyatakan kesediaan DHPP untuk terus menjadi jambatan di antara PAS dengan golongan bukan Islam berhubung hukum hudud, sesuai dengan peranan yang diberikan PAS sejak tertubuhnya DHPP.
Sumber HD - 23-4-2014
DHPP sedia bantu terang hudud kepada bukan Islam
- Apr 17, 2014
- ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak mempunyai sebarang halangan dengan pelaksanaan hukuman hudud yang diinginkan Kelantan, malah menyokong penuh usaha tersebut.
Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee berkata pelaksanaan hudud itu hanya dikenakan ke atas mereka yang beragama Islam.
Justeru, katanya mereka yang bukan beragama Islam tidak perlu bimbang dengan hukum tersebut.
Bagaimanapun, beliau berpandangan penerangan berkaitan hudud ini perlu diperjelaskan secara menyeluruh kepada mereka yang bukan Islam, khususnya kepada ahli-ahli DHPP itu sendiri.
"DHPP bersedia membantu menerangkan kepada masyarakat bukan Islam, tapi PAS perlu mengambil tanggungjawab untuk menerangkan secara 'all out' tentang hudud kepada ahli DHPP kerana masih ramai ahli yang belum jelas tentang hudud ini.
"Jika DHPP sendiri tidak faham dan risau tentang hudud, bagaimana kami mahu jelaskan kepada orang lain? Jadi, langkah pertama PAS perlu perjelaskan kepada DHPP sebelum ahli DHPP benar-benar bersedia dan faham dengan hukum ini," kata beliau kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut berkaitan kerisauan mereka yang bukan beragama Islam, Vincent berkata kebanyakan mereka melahirkan kebimbangan kerana beranggapan hukum tersebut akan memberikan kesan kepada kehidupan seharian mereka.
Sebagai contoh, katanya isu salon rambut yang tidak membolehkan pemotong rambut perempuan memotong rambut lelaki yang sebelum ini menimbulkan kontroversi di Kelantan.
"Mereka fikir perkara sedemikian termasuk dalam hudud, sedangkan soal salon rambut termasuk dalam enakmen lain. Itu baru satu contoh yang mereka bimbangkan, belum lagi isu-isu lain yang mereka sangka akan menjejaskan kehidupan mereka," tegas beliau.
Vincent dalam pada itu menyatakan kesediaan DHPP untuk terus menjadi jambatan di antara PAS dengan golongan bukan Islam berhubung hukum hudud, sesuai dengan peranan yang diberikan PAS sejak tertubuhnya DHPP.
Sumber HD - 17-4-2014
No comments:
Post a Comment