FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Thursday, February 20, 2014

SUHAKAM - SUARA HAK ASASI MALAYSIA (JILID 2) DAN SUARAM -SUARA RAKYAT MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempelawa pencalonan untuk Anugerah Hak Asasi Manusia 2014 pada 9 Septini bersempena sambutan Hari Suhakam.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu Anugerah Individu, Anugerah Kumpulan atau Organisasi, Anugerah Media, Anugerah Agensi Kerajaan dan Anugerah Entiti Perniagaan.

"Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada individu, kumpulan dan organisasi, agensi kerajaan dan entiti perniagaan atas sumbangan mereka ke arah mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pencalonan ditutup pada 30 Jun ini dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang www.suhakam.org.my. – Bernama

Sumber HD - 20-2-2014

No comments:

Post a Comment