FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Saturday, February 22, 2014

EKONOMI - DR ROSLI YAAKOP DAN 10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA

Seminar: Islamic micro-finance ideal way to eradicate povertyIINA | .

JEDDAH – Speakers at a recent economic seminar said that Islamic micro-finance is the best option to eradicate poverty and improve the living conditions of Muslims, especially those in poor countries.
They are of the view that the interest-free and profit sharing Islamic micro-finance will help bolster social bonds and achieve self-reliance.

The seminar was conducted by the Indian Forum for Interest-Free Banking (IFIB) at Seagulls Seaview restaurant auditorium here.

Mamoon Al-Azami, senior community development researcher at Islamic Development Bank (IDB), inaugurated the seminar. In his speech, Al-Azami drew attention to the success of Islamic micro-finance in Bangladesh and some African countries.

“This system, which can play a vital role in alleviating poverty, could be a role model for Muslim communities in other countries like India,” he said while explaining the salient features of the Islamic micro-finance, which was successfully introduced by the Nobel Laureate Mohammed Yunus through his Grameen Bank in Bangladesh.

In his presentation on the participatory micro-finance scheme, IFIB Secretary General V.K. Abdul Aziz emphasized the need for concerted joint efforts to introduce interest-free financing systems in countries like India after taking into consideration of other segments of the pluralist society. He highlighted that the Islamic micro-finance focuses mainly on yielding social benefits rather than simply profit-making.

Abdul Aziz also spoke about the viability of the goat rearing project, introduced by IFIB in India, on the basis of interest-free financing. “The Rs1.2 million project was introduced to show that Islamic finance is a good solution for eradicating poverty,” he said.

Addressing the gathering, Advocate S. Mammu, coordinator of the project, said that the pilot project had a good start with distribution of a total of 250 goats among poor farmers in Naduwil town and Chuzhali Pollayad village.

“Under the scheme, each family has been given five goats and the beneficiaries will return three goats and their kids to the facilitator, who will sell them at local market price and distribute 33 percent of the profit to the financier, 33 percent to the farmer, 23 percent to management and 11 percent to the monitoring committee,” he said, adding that the project would not only solve financial problems and earn profits but also strengthen bonds of mutual cooperation among followers of different religions.


Sumber HD - 5-6-2014

Bank Islam terbitkan sukuk bernilai RM1 bilionDR ROSLI YAAKOP | .

BANK Islam Malaysia Berhad (BIMB) dilaporkan bercadang untuk menjana dana sebanyak RM1 bilion melalui terbitan sukuk, iaitu, bon patuh Syariah. Dana akan digunakan untuk membiayai pembesaran operasi sedia ada dan membeli aset perbankan di negara jiran, Indonesia. (Reuters, Isnin, 2 Jun 2014)

BIMB adalah bank Islam yang tertua dan terbesar di Malaysia. Tidak seperti lain-lain bank yang menjalankan kedua-kedua kegiatan perbankan konvensional dan perbankan Islam secara serentak, BIMB hanya menjalankan perniagaan perbankan dan kewangan Islam sahaja.

Maybank, misalnya - dan banyak lagi bank yang pada asalnya menjalankan perniagaan perbankan konvensional - kini menjalankan kedua-dua jenis perniagaan perbankan dan kewangan konvensional dan patuh Syariah. Ramai pakar syariah mempersoalkan, kenapa tidak perbankan patuh Syariah sahaja. Kenapa perniagaan halal buat dan perniagaan haram pun buat?

BIMB dimiliki sepenuhnya oleh BIMB Holdings Berhad. Dalam keputusan kewangannya yang terkini (suku pertama 2014), BIMB melaporkan peningkatan keuntungan pada kadar yang semakin mengecil disebabkan pertandingan yang semakin sengit di dalam sektor perbankan patuh Syariah di Malaysia. Keuntungan selepas cukai dan zakat untuk 3 bulan pertama tahun 2014 berjumlah RM119.8 juta, bertambah sebanyak 7% berbanding dalam suku yang sama tahun 2013.

Untuk memastikan keuntungan terus dinikmati di masa hadapan, BIMB mendapati wajar untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Dana diperlukan untuk tujuan ini. Maka itulah BIMB mahu menerbitkan sukuk bagi menjana dana yang diperlukan.

Dengan memetik dari sumber yang enggan mengenalkan diri, Reuters melaporkan bahawa sukuk yang bakal diterbitkan oleh BIMB adalah jenis sukuk al murabahah bertempoh matang 30 tahun. Ia akan diterbitkan dalam tiga ansuran (tranche) dengan ansuran pertama sebanyak RM300 bakal diterbitkan dalam bulan Julai 2014, ansuran kedua sebanyak RM400 dalam tahun 2015 dan ansuran ketiga sebanyak RM300 dalam tahun 2016.

Terbit sukuk yang dicadangkan masih menunggu kelulusan Bank Negara Malaysia. Selepas itu, cadangan terbitan perlu pula menunggu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sebanyak RM600 juta dari dana yang dijana akan digunakan untuk membiayai pertumbuhan perniagaan yang sedia ada sementara baki RM400 juta akan digunakan untuk membeli aset perniagaan di Indonesia. Keputusan untuk membeli perniagaan di Indoensia akan dimuktamadkan sebaik sahaja selesai Pilihan raya Presiden Indonesia yang bakal berlangsung dalam bulai Julai ini.

Penanding terdekat BIMB di Malaysia ialah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan CIMB Group Holdings Berhad (CIMB). Perbezaannya ialah kedua-dua bank ini menjalankan dua jenis perniagaan – perbankan konvensional dan perbank patuh Syariah - tetapi BIMB hanya menjalankan perniagaan perbankan patuh Syariah sahaja.

Maklumat-maklumat yang dieprolehi menunjukkan Maybank dan CIMB menjana sehingga 70% daripada pendapatan mereka di Indonesia, dipacu oleh pertumbuhan pesat pembiayaan sektor korporat dan peningkatan pelanggan dari golongan kelas menengah yang semakin besar di Indonesia. Nampaknya, BIMB mahu meniru strategi yang dilihat berjaya ini.

Buat masa ini, BIMB menjana pendapatan hanya di Malaysia dengan tumpuan di sektor pelanggan runcit. Sebanyak 70% dari jumlah pembiayaan disalurkan kepada pelanggan runcit.

BIMB menguasai 16% dari seluruh jumlah deposit patuh Syariah dalam tahun 2013, di tempat kedua selepas Maybank dan mendahului CIMB, Public Bank Berhad dan AmIslamic Bank Berhad.

Untuk suku pertama 2014 (Januari-Mac), BIMB Holdings Berhad merekodkan keuntungan bersih RM120.3 juta (selepas cukai dan zakat), kenaikan 9% berbanding suku tahunan yang sama tahun 2013. Sebahagian besar keuntungan datang dari BIMB. (Sumber: Reuters, Isnin, 2 Jun 2014)

Subang Jaya
Selasa, 3 Jun 2014


Sumber HD - 3-6-2014

Keuntungan perbankan Islam meningkat
DR. ROSLI YAAKOP | .



AKHBAR "Gulf News" (25 Mei 2014) melaporkan keuntungan bank-bank Islam di pusat-pusat utama perbankan Islam seperti Qatar, Indonesia, Arab Saudi, Malaysia, Ameriyyah Arab Bersatu dan Turki berjumlah USD10 bilion (RM32 bilion) pada penghujung tahun 2013.

Keuntungan diunjur meningkat ke USD25 bilion (RM80 bilion) menjelang tahun 2018. Angka-angka ini diperolehi dari firma EY, sebuah firma perakaunan antarabangsa.

Firma berkenaan selanjutnya mengunjurkan aset perbankan Islam di seluruh dunia bakal meningkat ke paras melebihi USD3.4 trilion (RM10.9 trilion) dalam tahun 2018, dipacu terutamanya oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara-negara utama yang mengamalkan perbankan dan kewangan Islam.

Walaupun angka keuntungan bagi bank-bank Islam adalah besar, namun, secara purata, ianya adalah 15-19 mata peratusan lebih rendah berbanding keuntungan bank-bank konvensional.

Transformasi operasi dan perluasan operasi bank-bank Islam ke negara-negara lain seperti yang dilaksanakan oleh beberapa buah bank Islam sekarang ini, berpotensi merapatkan jurang perbezaan keuntungan di antara bank Islam dan bank konvensional.

pertumbuhan bank Islam

Potensi pertumbuhan industri perbankan Islam adalah besar. Wujud lebih kurang 38 juta pelanggan yang berurusan dengan perbankan runcit Islam di seluruh duinia. Namun, hanya sebahagian kecil sahaja dari bilangan ini yang telah berpindah sepenuhnya kepada bank Islam dalam urusan perbankan mereka.

Lagipun bagi pelanggan perbankan Islam, bilangan produk bagi setiap pelanggan berpurata dua jenis produk tetapi purata jenis produk di dalam urusan perbankan tradisional ialah 5 jenis produk bagi setiap pelanggan. Ini memberi keyakinan bahawa ruang untuk pertumbuhan sektor perbankan memang besar.

Kajian mendapati bahawa memperkasakan keyakinan pelanggan melalui kecemerlangan perkhidmatan khususnya dalam urusan pembukaan akaun dan memperkenalkan produk-produk perbankan Islam yang lebih pelbagai kepada pelanggan, berpotensi meningkatkan saiz pasaran yang boleh dikuasai oleh perbankan Islam sehingga sebanyak 40% lagi dari pelanggan yang sedia ada.

Dengan menambah pelanggan baru, bahagian pasaran yang dikuasai oleh perbankan Islam tentunya boleh meningkat dengan lebih besar lagi.

Satu tinjauan yang dibuat ke atas 1,000 pelanggan runcit perbankan Islam di Emeriyah Arab Bersatu, Mesir, Turki, Indonesi dan United Kingdom mendapati bahawa majoriti pelanggan memberitahu bahawa bank-bank dengan mana mereka berurusan mempunyai kelemahan yang ketara dari segi ketelusan, misalnya mereka mengenakan yuran yang pelanggan tidak diberitahu lebih awal. Bank-bank berkenaan juga tidak menawarkan produk-produk perbankan yang memenuhi citarasa pelanggan dan mereka juga gagal melindungi kepentingan utama pelanggan-pelanggan.

halangan dihadapi bank Islam

Selanjut, bila dibandingkan dengan bank-bank konvensional, bank Islam dilihat gagal berurusan dengan pelanggan sebagai rakan kongsi. Juga, bank-bank Islam tidak mengamalkan amalan terbaik dalam urusan perbankan dan mereka hanya mampu menyediakan perkhidmatan perbankan yang asasi. Ia menjadi halangan kepada usaha untuk meluaskan pangkalan pelanggan.

Walaubagaimana pun, permintaan terhadap urusan perbankan yang beretika tinggi adalah besar di seluruh dunia. Perbankan Islam berada pada kedudukan istimewa untuk memenuhi permintaan yang belum dapat dipenuhi ini. Ini adalah kerana perbankan Islam dilihat oleh pelanggan Islam dan bukan Islam sebagai perbankan yang diasaskan kepada etika. Oleh itu, bank Islam wajar menumpukan perhatian kepada kandungan bukan rupa luaran semata-mata.

Bank Islam perlu memfokuskan diri kepada inovasi supaya produk dan perkhidmatan yang tawarkan mudah difahami dan diterima pelanggan. Ini akan menjadi produk perbankan Islam dikehendaki dan boleh memacu pertumbuhan sektor perbankan Islam keseluruhannya.

Kajian selanjutnya menunjukkan bahawa 76% pelanggan bank di Indonesia. Mesir, Emeriyah Arab Bersatu dan Turki meyakini sektor perbankan berbanding dengan hanya 21% daripada pelanggan bank di UK yang mempunyai keyakinan kepada sistem perbankan. Malah mereka meletakkan perbankan dalam senarai paling bawah dalam senarai industri yang mereka boleh percayai.

Bilangan pelanggan yang bersedia untuk berurusan dengan bank Islam meningkat sebanyak 30% apabila pelanggan diperjelaskan mengenai prinsip-prinsip dan nilai-nilai utama perbankan Islam. Di United Kingdom khususnya, bilangan pelanggan yang bersedia untuk berurusan dengan bank Islam, bila mana mereka diberitahu akan prinsip dan nilai-nilai perbankan Islam, betambah 4 kali ganda.

minat kepada perbankan Islam berkembang

Ini membuktikan bahawa minat pelanggan kepada perbakan Islam berkembang bukan sahaja di kalangan orang Islam yang menjadi pasaran tradional perbankan Islam bahkan juga di kalangan orang bukan Islam apabila fokus urusan perbankan adalah perbankan beretika.

Penganalisi-penganalis dari firma perakaunan EY menyebut bahawa usahawan kecil dan sederhana lebih berminat untuk berurusan dengan bank Islam yang memberi ruang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan mereka merentasi sempadan negara.

Berikutan dengan peningkatan aliran perdagangan dan modal di antara negara-negara Turki, Timur Tengah dan rantau Asia-Pasifik, muncul keinginan di kalangan ahli perniagaan dan usahawan untuk belajar mengenai penyelesaian kewangan secara Islam.

Juga, timbul keinginan untuk membina hubungan dengan negara-negara enjin pertumbuhan ekonomi dunia yang utama seperti China dan India yang juga berpotensi untuk memacu pertumbuhan perbankan Islam di kedua-dua negara.

Oleh yang demikian, perbankan Islam akan terus mendapat perhatian dan berkembang. – HARAKAHDAILY, 29/5/2014

Sumber HD - 29-5-2014


Robert Kuok paling kaya di Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/robert-kuok-paling-kaya-di-malaysia-buat-kali-kesembilan-berturut-turut-30979?cp


KUALA LUMPUR: Jutawan Malaysia, Robert Kuok, sekali lagi mengetuai senarai orang paling kaya di Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut dengan kekayaan berjumlah AS$11.5 bilion, susut AS$1 bilion berbanding tahun lepas.

Menurut senarai terkini Orang Paling Kaya Malaysia oleh Forbes, Kuok mengetuai senarai itu sejak 2006 semasa Forbes mula menyenaraikan ranking rakyat Malaysia paling kaya.

Berikut ialah senarai penuh 10 orang paling kaya di Malaysia.

10 Paling Kaya

Berita mula diterbitkan pada: Februari 28, 2014 12:41 (MYT)
Tag: Forbes, 10 Terkaya, Robert Kuok; Ananda Krishnan; Lim Kok Thay; Quek Leng Chan; Teh Hong Piow Lee Shin Cheng; Syed Mokhtar AlBukhary; Yeoh Tiong Lay; Tiong Hiew King; Vincent Tan;


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/robert-kuok-paling-kaya-di-malaysia-buat-kali-kesembilan-berturut-turut-30979?cp

Sumber AA - 28-2-2014



Senarai 10 orang terkaya di Malaysia tahun 2014

Tengok je nama orang kaya terus klik! Excited! Siapakah 10 orang terkaya di Malaysia tahun 2014??? Jom sama-sama kita tengok.

Menurut sebuah majalah, gabungan aset 40 individu paling kaya di Malaysia adalah RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014, meningkat 11.73 peratus berbanding tahun lalu. Kali pertama majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan aset mereka hanya RM41.7 bilion.

Aset bernilai berbilion-bilion. Wooo..beznye! Siapakah mereka?

10 orang terkaya di Malaysia

Gambar 10 orang terkaya di Malaysia tahun 2014

10 orang terkaya di Malaysia tahun 2014:
-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal individu paling kaya, memiliki kekayaan RM54.48b
-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b
-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b
-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b
-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b
-memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b
-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b
-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b
-Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b
-pemilik Arab-Malaysia Corp, memiliki kekayaan RM4.11b
Sumber: BeritaHarian

Memasing dengan aset bernilai berbilion-bilion. Di sebalik kisah kekayaan mereka, pasti terselit banyak pengorbanan dan kisah kebangkitan mereka. Moga kita jadikan kisah kejayaan mereka iaitu 10 orang terkaya di Malaysia ni sebagai inspirasi kita dalam mengejar impian dan cita-cita.
 - See more at: http://umikasum.blogspot.com/2014/02/senarai-10-orang-terkaya-di-malaysia.html#sthash.2Ke3aT0h.dpuf

Sumber - Google : 22-2-2014 - http://umikasum.blogspot.com/2014/02/senarai-10-orang-terkaya-di-malaysia.html

No comments:

Post a Comment