FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Wednesday, February 12, 2014

LAJNAH PEMBANGUNAN TANAH, PENEROKA BANDAR DAN HALEHWAL ORANG ASAL PAS PUSAT - MAZLAN ALIMAN




KOTA BHARU: Sokongan masyarakat pelbagai kaum di semenanjung masih belum mencukupi untuk Pakatan Rakyat menjejaki Putrajaya, tanpa dokongan rakyat Sabah dan Sawarak.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, sokongan dari Malaysia Timur cukup penting dalam misi menawan Putrajaya.

“Pakatan Rakyat perlu menyantuni masyarakat di Sabah dan Sarawak dengan lebih dekat lagi. Usaha untuk menawan Putrajaya bukan sesuatu perkara yang mudah.

“Pada masa yang sama kita juga perlu menjuarai masalah di tempat sendiri walau pun ia dianggap kecil. Paling penting istiqomah solat sunat tahajud bagi memantapkan rohani,” katanya di sini petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika meraikan kunjungan Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal diketuai Mazlan Aliman di rumahnya di Kampung Banggol.

Baru-baru ini Abdul Halim yang juga bekas Bendahari PAS Pusat menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab ll dan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kerana masalah tulang belakang.

Beliau sekarang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak di atas rumah. Kesihatannya kini beransur pulih.

Sementara itu, Mazlan menyifatkan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu sebagai ”arkitek” PAS kerana berjaya meruntuhkan kerajaan BN di Kelantan pada 1990.

Sumber HD - 12-2-2014

No comments:

Post a Comment