FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Thursday, February 20, 2014

LAJNAH ALAM SEKITAR PAS PUSAT - HJ ZULKEFLI MOHD OMAR (JILID 2)


KUALA LUMPUR: Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat akan mengadakan persidangan meja bulat bersama kira-kira 100 badan bukan kerajaan (NGO) untuk membincangkan isu-isu spesifik berkaitan pelupusan sisa pepejal dan sampah.

Pengerusinya Zulkefly Mohamad Omar berkata, persidangan yang akan diadakan pada awal April ini turut menjemput pegawai kerajaan yang berkaitan bagi mencari mekanisme baru untuk menggantikan pembangunan insinerator.

"Kita akan membincangkan makanisme baru untuk yang lebih murah, mesra alam dan selamat buat rakyat Malaysia dalam menguruskan sisa pepejal bukannya dengan membina pusat insinerator yang membelakangkan keselamatan dan kesihatan rakyat," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Tambahnya hasil perbicangan tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri berkenaan serta Ahli Parlimen untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kerajaan tidak perlu hanya bergantung kepada pembangunan insinerator semata-mata apatah lagi pembinaannya memerlukan modal berjuta-juta ringgit.

Tegasnya, pembangunan insinerator boleh diganti dengan ilmu dan pendidikan alam sekitar kepada orang ramai disamping memberi kesedaran tentang projek insinerator yang boleh mengundang bahaya kepada mereka.

"Kita percaya dengan kurangnya sisa yang dihasilkan pusat insinerator tidak diperlukan seiring dengan prinsip mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

"Menyediakan lebih banyak pusat kitar semula serta penglibatan masyarakat dalam program yang berkaitan dan teknik pengurangan sisa melalui pengurangan sumber yang menghasilkan sisa termasuk pemulihan dan kitar semula sumber," katanya.

Zulkefly yang juga Pengerusi Green Clean World turut menegaskan bahawa tanggungjawab mengurus sisa tidak sepatutnya diletakkan di atas bahu pengguna akhir atau rakyat sahaja.

"Bila pengeluar produk menyedari bahawa mereka juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sisa produk selepas ia digunakan, pengeluar akan lebih berinovasi untuk hasilkan produk mudah dikitar dan tidak mengandungi bahan kimia bertoksik," katanya.

Turut bersama dalam sidang media itu, Penyelaras Jerit Arucelvan, Pengerusi Kami Tak Nak Insinerator (KTI) Isaiah Jacob dan Sekretariat Group Alam Sekitar Abim Mohamad Azlan dan Yusaimi.

Sumber HD - 20-2-2014 

No comments:

Post a Comment