FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Friday, February 7, 2014

DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA (JILID 3)


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk tawaran terbuka RM500 oleh Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berikutan sebuah video sketsa ucapan Tahun Baru Cina.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahamud berkata, PAS tidak mahu tajaan tampar menampar seperti itu akan menjadi budaya di dalam masyarakat pada hari ini.

Namun katanya, Muslimat bersetuju atas sifat demokrasi dan kebebasan bersuara sekiranya NGO dan mana-mana pihak ingin menyatakan bantahan dengan hujah yang benar ke atas video terbabit dengan membuat laporan polis, dakwa di mahkamah atau kenyataan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang sensitiviti kaum di Malaysia.

Terkini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Siti Mariah turut menyelar tindakan Jemaah NGO Islam yang dilihat tidak matang dan bercanggah dengan akhlak Islam sendiri apabila melumur darah ayam ke atas kain rentang dengan gambar pimpinan DAP dan PKR.

"Dengan kelakuan seperti itu mereka tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai pembela Islam, mereka telah dengan sengaja memalukan dan menghina Islam dengan bersikap demikian dalam menyatakan bantahan," katanya kepada Harakahdaily.

Keadaan ini pula ditambah dengan ugutan kumpulan tertentu, katanya mahu bertindak ke atas Teresa Kok sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.

"Kita bimbang isu ini menjadi semakin meruncing kerana membabitkan keselamatan diri wanita, agama dan perpaduan negara," katanya.

Dewan Muslimat tegas membantah apa sahaja tindakan kurang sensitif yang boleh menyebabkan pecah perpaduan oleh mana-mana pihak.

Justeru, Muslimat PAS menyeru semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan atau apa pun tindakan yang boleh menyinggung perasaan dan maruah sesetengah pihak.

"Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang bertindak melanggar undang-undang," katanya.

Rewads - https://www.youtube.com/watch?v=fBRflYLz9gg

YB Dr SMM - https://www.youtube.com/watch?v=zoXov3ycns0

DMO - https://www.youtube.com/watch?v=UZJofiQdubA

SK - https://www.youtube.com/watch?v=PM8uPU7e7I0

Sumber HD - 7-2-2014

No comments:

Post a Comment