FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Thursday, June 5, 2014

PERCAYA TAPI RAGU


Penjelasan Jakim isu DNA babi dalam Cadbury

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Keputusan analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat keluaran Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - mengesahkan tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, masih belum meredakan orang ramai daripada memperkatakan isu halal coklat berkenaan.

Bahkan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin berhubung status coklat berkenaan, kerana dianggap mengelirukan umat Islam.

Percanggahan keputusan ujian Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Jabatan Kimia terhadap dua coklat berkenaan telah mewujudkan bermacam andaian dan persoalan.

Pelbagai tohmahan dan cemuhan dilemparkan kepada Jakim. Di laman-laman sosial, ada yang menuduh Jakim kononnya tidak telus, sanggup menipu, makan rasuah dan menyorokkan fakta sebenar, di samping mempertikaikan keputusan analisis Jabatan Kimia, yang dikatakan hanya menimbulkan was-was umat Islam.

'Kami juga Islam'

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata serangan bertali arus terhadap Jakim itu tidak adil memandangkan Jakim telah menjalankan tugas yang diamanahkan sehabis baik.

Katanya masyarakat perlu bertenang dan berfikir secara waras kerana sebagai badan Islam, tidak mungkin Jakim mengkhianati kepercayaan yang diberi.

"Sama seperti anda, saya juga orang Islam, malah pegawai saya juga beragama Islam dan kami ada keluarga yang juga pengguna Islam... takkanlah kami tergamak melihat dan membiarkan keluarga kami dan orang Islam lain untuk memakan produk yang kandungannya mempunyai babi.

"Malah, ramai pekerja di syarikat besar milik antarabangsa ini terdiri daripada orang Islam... takkan mereka hendak lepaskan sesuatu yang tidak halal untuk dimakan kepada masyarakat dan keluarga mereka," katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Othman berkata setiap produk yang memperoleh logo halal disaring menepati prosedur operasi standard (SOP) serta piawaian yang begitu tinggi dan ketat.

"Bukan mudah untuk kami keluarkan sijil halal dan sebab itu kami selalu menerima aduan bahawa Jakim lambat meluluskan permohonan kerana proses penelitian yang sangat ketat," katanya.

Integriti Jakim

Othman berkata kemungkinan untuk berlakunya salah laku dan rasuah adalah sukar memandangkan pasukan dan individu berbeza terlibat dalam proses pemberian sijil halal.

Katanya semua proses permohonan halal termasuk pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis-premis dilaksanakan oleh Jakim sendiri tanpa penyumberan luar bagi menjaga integriti.

"Kita ada empat tahap iaitu bahagian permohonan yang membuat penelitian awal, audit oleh auditor, panel penilai dan kemudian pemantauan berkala yang dibuat oleh pasukan berbeza. Panel penilai tidak terlibat dalam mana-mana pemeriksaan dan auditor juga tidak boleh berada di dalam mesyuarat panel... dia (individu terlibat) tidak boleh pengaruhi keputusan.

"Salah laku agak sukar... kalau orang nak rasuah, mereka nak rasuah di peringkat mana? Di peringkat proses dan audit? Mereka tidak terlibat dalam proses membuat keputusan, malah ada auditor yang membuat laporan syor supaya diluluskan tetapi ditolak oleh panel kerana tidak berpuas hati," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) itu amat penting dalam menjaga kesaksamaan dan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan.

"Ada cadangan untuk Jakim gunakan penyumberan luar tetapi kita dah ada pengalaman itu dahulu... timbul isu bila Jakim swastakan pemeriksaan dan sebagainya seperti caj, integriti dan tidak mengikut SOP malah sukar dikawal... sebab itu Jakim ambil balik dan putuskan untuk buat sendiri," katanya.

Sijil halal tidak boleh dibeli

Othman berkata adalah mustahil untuk sijil halal dibeli kerana pemohon perlu melalui proses yang amat ketat dan mematuhi semua piawaian halal sebelum sijil diluluskan.

"Jika ada, itu adalah pihak ketiga yang menyamar atau pertubuhan tidak diiktiraf yang mendakwa kononnya mudah mendapat sijil halal sedangkan prosesnya memakan masa yang lama dan amat susah," katanya.

Othman berkata memohon logo halal tidak diwajibkan, tetapi tindakan boleh diambil sekiranya produk tanpa sijil halal diletakkan sebarang logo halal.

"Kita masih meletakkannya (memohon sijil halal) secara sukarela... tetapi kalau tulis halal atau apa-apa cara yang mengaitkan dengan halal, ia salah dan kita boleh ambil tindakan," katanya.

Beliau berkata pengguna boleh memuat turun aplikasi Halal-Square di telefon bimbit atau alat peranti bagi memeriksa kesahihan sijil halal yang digunakan di premis-premis perniagaan.

"Kita bekalkan poster kepada setiap outlet makanan seperti restoran dan hotel yang boleh diimbas menggunakan aplikasi Halal-Square... pengguna boleh tahu sama ada sijil halal premis itu masih sah, tamat tempoh atau palsu," katanya.

Mampu jejas nama negara

Beliau berkata isu halal yang dibesar-besarkan sebelum mendapat pengesahan sah mampu menjejaskan nama Malaysia di mata dunia sebagai hab halal yang menjadi rujukan banyak negara.

Katanya SOP dan standard yang diamalkan Malaysia diiktiraf oleh banyak negara, malah turut diaplikasikan di negara-negara tersebut dalam membangunkan sistem halal masing-masing.

"Sekarang ini negara-negara di Timur Tengah sedang merujuk kepada kita (Malaysia) untuk bimbingan dan bangunkan sistem halal mereka sebab mereka tidak ada sistem sebegitu selama ini... bagi mereka makanan mereka semuanya halal sebab mereka Islam.

"Sebagai negara yang menjadi rujukan banyak negara lain takkanlah kita nak abaikan aspek itu (DNA babi)... kita bimbang kalau isu sebegini memberi imej yang buruk kepada negara," katanya.

Iktiraf badan halal luar

Beliau berkata Jakim turut mempunyai skim Pengiktirafan Halal Badan Luar Negara dan setakat ini 57 badan halal dari 23 negara diiktiraf.

"Ini bagi membantu Jakim dan industri di sini apabila peniaga mengimport bahan mentah, ia memerlukan pengesahan halal dari negara pengeluar... negara pengeluar keluarkan sijil halal dan kita guna pakai.

"Kami tidak mungkin dapat periksa setiap ramuan kerana setiap syarikat mempunyai beratus produk dan beribu bahan ramuan, jadi kita dapatkan kerjasama dengan negara lain dengan menggunakan sistem ini," katanya.

Jakim katanya terlebih dahulu menilai keupayaan badan berkenaan daripada segi syariah, teknikal dan sistem pensijilan terlebih dahulu, sebelum mengiktiraf logo halal yang dikeluarkan mereka.

"Kita pantau bagaimana mereka menjalankan audit di kilang-kilang dan selepas berpuas hati barulah Jakim iktiraf mereka.

"Ada juga negara yang sebelum ini Jakim iktiraf tetapi apabila dibuat semakan semula, didapati mereka tidak lagi patuh dengan keperluan yang ditetapkan, maka Jakim keluarkan mereka daripada senarai," katanya.

Kembalikan keyakinan

Mengakui bahawa isu halal coklat Cadbury itu menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap Jakim tercalar, Othman berkata misinya pada masa ini adalah mengembalikan kepercayaan masyarakat.

"Kesedaran masyarakat sudah begitu tinggi tentang halal, namun mereka sebenarnya tidak faham prosedur yang dibuat Jakim itu bagaimana, sebab itu mereka keliru dan marah pada JAKIM," katanya. - Bernama

Sumber HD - 6-6-2014

DNA babi: Bukan soal pembuktian tapi krisis kepercayaan

AHMAD TARMIZI SULAIMAN | .

Dewan Pemuda PAS Kedah tidak menganggap kenyataan Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Amri Abdullah bahawa mereka sanggup memakan coklat Cadbury untuk mengesahkan kehalalannya sebagai suatu kenyataan yang remeh, namun pihak kami menilai insiden ini sebagai kehilangan kepercayaan masyarakat kepada badan berwajib berkenaan.

Hal ini panas sejak tersiarnya kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 bahawa terdapat unsur DNA babi dalam produk Cadbury.

Hal yang sama boleh dilihat bagaimana Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama pernah mengeluar kenyataan yang disiar dalam majalah Times bahawa adakah beliau perlu menampal sijil lahir beliau yang tertera agama Kristian sebagai anutannya semata-mata untuk menafikan desas desus bahawa beliau pernah beragama Kristian.

Hal ini bukan isu pembuktian tetapi krisis kehilangan kepercayaan. Kepercayaan masyarakat terhadap Jakim bukan suatu perkara baharu. Penglibatan Jakim dalam memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan barangan gunaan Islam d negara ini bermula pada tahun 1974 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak.

Kemudian bermula tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998 pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan, dikendali sepenuhnya oleh Jakim pada tahun 2002 dan kemudian swastakan kembali pada tahun 2008.

Kepercayaan ini kelihatan luntur dan mampu dicerap melalui komen-komen masyarakat Islam melalui media sosial mahupun media cetak sejurus selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat ‘qaul jadid’ yang mengesahkan bahawa dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan bebas DNA babi. Jamil juga telah menyifatkan keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar.

Dalam amalan 'Quality Control dan Quality Assuarance' mana-mana kilang yang mengamalkan pengurusan yang baik, mereka pasti memeriksa sample secara rawak di tempat yang mampu memberi keputusan yang adil dan tepat. Pastilah memilih sampel daripada pasaraya lebih tepat kerana tindakan Jakim mengambil sampel di kilang boleh dieksploitasi, ditukar ganti dan pelbagai penyelewengan yang cocok sinonim agensi kerajaan yang lain.

Rakyat Malaysia yang tepu membaca rekod buruk agensi kerajaan melalui Laporan Ketua Audit Negara saban tahun cukup faham benar selok belok korupsi yang boleh berlaku.

Lebih menimbulkan keraguan dan persoalan di minda rakyat adalah, adakah tindakan segera Jakim mengambil sampel tambahan di kilang sebagai tindakan ‘double check’ atau tindakan meredakan kemarahan pihak korporat yang terlibat dalam isu ini?

Rakyat juga kelihatan menilai Jakim selaku agensi kerajaan yang lemah dan mampu ditolak ke kiri dan ke kanan oleh pihak korporat jika hal penguatkuasaan melibatkan untung rugi sesebuah syarikat walaupun ia melibatkan halal haram dalam pemakanan masyarakat.

Kita juga bersetuju dengan pandangan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang telah mengkritik keras Jakim kerana tidak memiliki makmal sendiri untuk memastikan status halal makanan lebih telus dan terkawal. Sikap suka bergantung dengan ‘third party’ serta tidak mahu membina kepakaran sendiri adalah sikap yang memundurkan umat Islam disaat negara gah melaungkan Islam wasatiyyah.


Pihak Kementerian Kesihatan yang dikatakan membocorkan maklumat keputusan ujian DNA berkenaan pada bulan Mei yang sepatutnya dibincang pada bulan Februari juga meragukan rakyat.

Adakah ada unsur melindungi kesalahan korporat tertentu oleh Kementerian Kesihatan? Adakah korupsi juga berlaku pada pihak kementerian berkenaan sehingga menangguh lama keputusan ujian tersebut dan tidak menyerahkan kepada pihak Jakim yang kelihatan terkapai-kapai semasa pendedahan itu dibuat pada bulan Mei yang lalu?

Adakah pihak Jakim sendiri telah maklum tetapi menyimpan maklumat ini atas desakan pihak tertentu? Hal inilah yang perlu diperjelas oleh Jakim untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada agensi berkenaan semula.

*Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Sumber HD - 6-6-2014

Pengguna mungkin ambil masa yakini Jakim - Jamil Khir

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akur dengan kekeliruan yang berlaku berhubung status halal coklat Cadbury yang turut menimbulkan krisis keyakinan umat Islam terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut beliau, umat Islam mungkin akan mengambil sedikit masa untuk meyakini keputusan yang diumumkan Jakim yang telah membuktikan produk coklat tersebut tidak mengandungi DNA babi.

“Kita faham bahawa ini menyentuh soal kepercayaan, keyakinan dan perasaan, jadi mungkin ianya akan mengambil sedikit masa tetapi saya berharap agar pengguna meyakini tugas Jakim” katanya dipetik Astroawani.

Beliau berkata, kepercayaan harus diletakkan kepada Jakim yang berautoriti dalam menentukan halal atau haram sesuatu produk walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan ada kandungan DNA babi dalam dua sampel coklat itu.

Tegasnya, Jakim tidak mempunyai kepentingan untuk melindungi produk tersebut kerana ia melibatkan makanan dan kesucian umat Islam. - HARAKAHDAILY 5/6/2014

Sumber HD - 5-6-2014

The Halal saga: Cadbury goes on advertising blitz

Harakahdaily - TS | .
In an attempt to recover Muslim consumers’ confidence, chocolate manufacturer Cadbury Malaysia today goes on an advertising blitz calling Malaysians to continue their 40-year trust on their products.

The advertisement titled ‘All is good. Enjoy us again’ was found in many major newspapers trying to reassure the consumers that Cadbury chocolates produced locally are certified Halal by Department of Islamic Development Malaysia (Jakim).

“You’ve trusted us for 40 years and can continue to do so. Thank you Malaysia for believing in us,” stated Cadbury in the advertisement.

Cadbury was caught in a blazing storm after two batches of chocolate products found tainted with porcine DNA by the Health Ministry on May 24 that triggered a public outcry from Muslim non-governmental organisations (NGOs).

The two samples of Cadbury products are: Cadbury Dairy Milk Hazelnut with the batch number 200813M01H I2 and expiry date November 13, 2014; and Cadbury Dairy Milk Roast Almond with the batch number 221013N01R I1 and expiry date January 15, 2015.

However, Jakim cleared the chocolate manufacturer earlier this week after Department of Chemistry (JKM) found no trace of pig DNA (porcine) from the same batches of the allegedly tainted products that were taken directly from the Cadbury factory.

Minister in the Prime Minister’s Department Jamil Khir Baharom had blamed the discrepancy between Jakim, and Health Ministry’s lab test on the source of samples, claiming the latters samples were not directly from the factory, and therefore there was bound to be room for contamination.

Muslim NGOs continue to doubt Jakim’s findings and insist on continuing to boycott Cadbury products.
It is left to be seen how Cadbury advertisement could help Muslims to stop doubting the Halal status of its product.

Sumber HD - 5-6-2014

40 tahun anda percaya kami, kata Cadbury

HARAKAHDALY | .

KUALA LUMPUR: Akibat krisis keyakinan pengguna khususnya bergama Islam terhadap produk Cadbury yang dikaitkan dengan DNA babi, syarikat pengeluar coklat tersebut dilihat mengambil pendekatan menyampaikan mesej harapan kepada rakyat Malaysia.

Dalam beberapa akhbar tempatan, syarikat itu menampilkan iklan satu muka dengan mesej harapan agar rakyat negara ini terus memberi kepercayaan kepada status halal produk mereka.

“Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami.

“Coklat Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia telah mendapat pengiktirafan sijil halal. Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.

“Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan anda," mesej dalam tulisan itu dipetik.

Isu DNA babi timbul selepas kebocoran laporan analisa awal dari makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa dua produk Cadbury iaitu Dairy Milk Hazelnut dan Dairy Milk Roast Almond tercemar dengan DNA babi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian mengesahkan laporan tersebut.

Kemudian dari itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan.

Pengumuman dibuat selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima keputusan ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel terbabit yang diambil terus dari kilang.

Bagaimanapun sebahagian pengguna masih menyatakan rasa ragu-ragu mereka terhadap pengumuman pengesahan terbaru itu. - HARAKAHDAILY 5/6/2014

Sumber HD - 5-6-2014

Wednesday, June 4, 2014

JALANRAYA SEBAGAI KUBURAN

1. Blog Berkaitan - http://pascawangansriraya.blogspot.com/

2. Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/

Kenderaan berkuasa tinggi tidak 'kebal' daripada maut

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Golongan yang memandu kenderaan mewah dan berkuasa tinggi harus sedar bahawa kemalangan maut boleh berlaku jika mereka memandu dengan laju dan cuai, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon.

Katanya, walaupun dilengkapi pelbagai teknologi termoden, hakikatnya kenderaan itu tidak 'kebal' daripada kemalangan yang boleh meragut nyawa.

"Sememangnya kenderaan mewah atau berkuasa tinggi direka dengan kategori tertentu termasuk mampu mencecah kelajuan sehingga 200 kilometer sejam namun ini tidak bermakna jika berlaku kemalangan, kenderaan dan pemandu itu dijamin terselamat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, pemandu juga kerap kali memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan memberi alasan sedikit peningkatan kelajuan tidak akan mendatangkan sebarang masalah.

"Sebenarnya tanggapan itu tidak benar, memandu melebihi had laju, biarpun hanya sedikit peningkatan membawa risiko yang besar," katanya.

Wong berkata setiap jalan raya sudah direka bentuk dengan kategori tertentu dan had laju yang ditetapkan juga berlandaskan reka bentuk jalan raya itu.

"Pengguna jalan raya perlu ingat bahawa kita bukan 'Superman' atau 'Iron Man', kita adalah manusia, adalah penting untuk mencegah pelanggaran berlaku sebelum mengubati yang sudah parah atau menyesali apabila sudah kehilangan nyawa," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Analisa Tingkah Laku dan Penilaian Miros Noradrenalina Isah berkata, kajian Miros pada 2012 mendapati pemandu berusia 42 tahun ke bawah paling cenderung untuk melakukan kesalahan jalan raya termasuk memandu melebihi had laju.

"Ini kerana pemandu di usia itu kurang pengalaman disaman, maka mereka beranggapan kurang berisiko dikenakan tindakan seterusnya menjadikan mereka lebih berani melanggar peraturan," katanya.

Selain itu Noradrenalina berkata kajian mengikut jantina juga mendapati kaum lelaki dua kali ganda lebih cenderung melakukan kesalahan jalan raya berbanding wanita. - Bernama

Sumber HD - 4-6-2014