FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Saturday, April 26, 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS CAWANGAN, DEWAN-DEWAN DAN KAWASAN HULU LANGAT 2014

BULAN APRIL DAN MEI ADALAH BULAN CAWANGAN-CAWANGAN, DEWAN-DEWAN DI KAWASAN HULU LANGAT MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/MAT:

1. AHAD - 13 APRIL 2014 : PAS CAWANGAN BATU 10, CHERAS DAN TAMAN MEGAH DI PASTI TAMAN MEGAH. PERASMI OLEH YB ZAIDY ABDUL TALIB, YDP PK SELAYANG / ADUN TAMAN TEMPLER.

2. JUMAAT - 18 APRIL 2014: PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA DI PASTI TAMAN SRI RAYA. PERASMI YB TN HJ RAZALY HASSAN, YDP PKHL TETAPI DIGANTI OLEH PENOLONG SETIAUSAHA 3 PAS KAWASAN HULU LANGAT, TN HJ MUHAMMAD FAZLI AHMAD. BLOG - http://tamansriraya.blogspot.com/2014/01/naib-presiden-dato-titm-jilid-2.html


3. SABTU - 26 APRIL 2014 : PAS CAWANGAN BANDAR KAJANG DI KK HOTEL, KAJANG. PERASMI YB MOHD KHAIRUDDIN HJ OTHMAN, SU BPPNS MERANGKAP ADUN PAYA JARAS.

4. AHAD - 8 JUN 2014 JAM 8.30 PAGI : DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN HULU LANGAT. TEMPAT DI HOTEL KK,KAJANG.

5. SABTU - 14 JUN 2014 JAM 8.30 PAGI : DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN HULU LANGAT. TEMPAT DI HOTEL KK, KAJANG.

6. SABTU - 21 JUN 2014 JAM 8.30 PAGI : PAS KAWASAN HULU LANGAT KALI KE - 30.  TEMPAT DI KOMPLEK TARBIYAH DARUL HIDAYAH, DUSUN TUA, HULU LANGAT.

Thursday, April 24, 2014

PRK BUKIT GELUGOR

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang ditetapkan pada 25 Mei, penamaan calon, 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 yang digabungkan dengan daftar pemilih 2013 suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat.

"Sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal" katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan kerusi berkenaan di sini.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh, dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh, 74, menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.

Abdul Aziz berkata bagi Pilihan raya kecil (PRK) itu, Dewan Sri Pinang, Georgetown dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

"Bagi tujuan PRK kali ini juga seramai 1,095 orang petugas akan dilantik dan membabitkan kos perbelanjaan RM1.9 juta," katanya.

Sebanyak 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK itu akan mula dijual pada 6 Mei.

Pengundi yang ingin membuat semakan boleh melayari laman sesawang www.spr.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas SPR <jarak>SEMAK<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888 mulai tarikh sama.

Pada PRK kali ini juga Abdul Aziz berkata SPR hanya akan melantik pemerhati tempatan dan tidak iktiraf pemerhati lain.

"Pemerhati dilantik dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dibenarkan membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat mengundi awal, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses penjumlahan undi," katanya.

Bagi memastikan proses pelaksanaan pilihan raya itu berjalan lancar, beliau berkata semua pihak diminta mematuhi arahan polis dalam menjaga ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya.

"Pemimpin parti politik, calon, petugas dan penyokong, NGO dan mana-mana individu terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tata etika berkempen semasa tempoh rasmi kempen," katanya. - Bernama

Sumber HD - 24-4-2014

Monday, April 21, 2014

HIMPUNAN 1 MEI


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menegaskan himpunan 1 Mei ini tetap diadakan di Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata persiapan menjelang perhimpunan itu berjalan lancar dan tiada sebarang perubahan dibuat.

"Tidak ada perubahan tentang himpunan 1 Mei, ia berjalan lancar seperti dirancang.

"Himpunan tetap di Dataran Merdeka setakat ini tidak berubah, tetap mengikut jadual," katanya kepada pemberita sejurus keluar dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau dipanggil polis bersama Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk membincangkan rundingan berkait himpunan itu.

Memperincikan himpunan itu beliau berkata, beberapa lokasi ditetapkan kepada peserta himpunan sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, kumpulan NGO akan berhimpun di KLCC, manakala penyokong parti akan berada di sekitar Kuala Lumpur.

"Ini perhimpunan aman. tidak ada apa-apa kekacauan akan berlaku.

"Selepas mendengar ucapan pimpinan, kita akan bersurai," sambung beliau.

Sementara itu, Tian Chua menyatakan pihak polis tidak ada sebarang halangan untuk perhimpunan tersebut.

"Mereka jemput kita untuk berbincang supaya perhimpunan tersebut berjalan dengan baik.

"Secara prinsip mereka (polis) tidak ada halangan, ada beberapa pandangan diberikan dan kita akan berbincang jika perlu kita akan ubah mengikut cadangan tersebut," katanya.

Beliau memberitahu, Pakatan Rakyat memberi komitmen akan bekerjasama dengan pihak polis dalam memastikan kelancaran penganjuran himpunan itu nanti.

HJ MS - https://www.youtube.com/watch?v=V12zjnw6BGE

Sumber HD - 21-4-2014