FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Thursday, January 16, 2014

PAS SELANGOR (JILID2)


KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dengan kerjasama PAS Kawasan Gombak akan menganjurkan Konsert Gema Selawat bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1435H tahun ini.

Program itu akan diadakan esok, 17 Januari, di Tapak Pasar Malam Greenwood, berhadapan dengan Shell Greenwood Gombak.

Majlis akan bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah di tapak program dan seterusnya dimulai dengan "Talk Show - Anta Tanya, Ana Jawab" bersama penceramah bebas Ustaz Haslin Baharin atau lebih popular dengan nama Ustaz Haslin Bollywood.

Program tersebut akan dikendalikan oleh Leman Raja Lawak yang akan bertindak sebagai moderator.

Sejurus solat isyak, Konsert Gema Selawat akan mengambil pentas.

Antara artis-artis yang akan bakal menyerikan program pada malam itu antaranya, Amar yang popular dengan lagunya, "Macam Cantik Jer, Macam Comel Jer", Nazri Johani, Kumpulan Damai dan Kumpulan Revolusi Pemuda Gombak.

Satu persembahan istimewa dari pimpinan PAS Kawasan Gombak termasuklah Yang Dipertua (YDP) Ustaz Salehuddin Nasir, Timbalan YDP Ustaz Hasbullah Ridzwan, Naib YDP Ustaz Farhan Suhut, AJK Ustaz Mad Cina dan Ketua Pemuda Ustaz Syarhan Humaizi Halim.

Satu majlis selawat ke atas junjungan besar Rasulullah juga akan diadakan sejurus selesai konsert tersebut.

Cabutan bertuah berupa barangan gadjet seperti handphone, barangan elektrik, barangan dapur dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang menarik turut disediakan.

Sumber HD - 16-1-2014

No comments:

Post a Comment