FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Thursday, January 16, 2014

DEWAN ULAMAK PAS PUSAT (JILID 3)


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menuntut penjelasan segera daripada Kementerian Pendidikan isu guru wanita Islam diarahkan membuka tudung jika ingin terus mengajar di SJKC Nan Ya di Kota Tinggi, Johor.

Penjelasan awal Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman seperti mana dilaporkan akhbar pada 14 Jan lalu mengesahkan telah mengambil keterangan daripada empat individu berhubung isu tersebut dan siasatan kes ini telah selesai dan dihantar ke Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

“Perkara seumpama ini jika benar-benar berlaku melibatkan keharmonian beragama antara masyarakat Malaysia,” ujar Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri kepada Harakahdaily.

Katanya, kelewatan memberikan penjelasan akan mengundang pelbagai persepsi negatif dan dibimbangi ada pihak yang cuba mengambil keuntungan politik dengan mempolitikkan isu seumpama ini.

Sumber HD - 16-1-2014

No comments:

Post a Comment