FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Thursday, January 16, 2014

KES MAHKAMAH


KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan di sini menetapkan 28 Jan sebagai tarikh sebutan semula kes ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' dan tiga pengikutnya yang dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili kesemua tertuduh, Hermes Media Putra Ibrahim, tidak hadir di mahkamah bagi menghadiri sesi pengurusan kes berkenaan hari ini.

Ketua ajaran itu, Harun Mat Saat, 47, hadir di mahkamah dengan berpakaian lokap dan berkerusi roda diiringi isteri ketiganya, Azida Mohd Zol,30.

Pada 16 Dis lepas, seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, berasal dari Sabah mengaku tidak bersalah membunuh Ahmad Raffli, 49, di hadapan rumah mangsa di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini pukul 1.50 tengah hari 10 Nov lepas bersama dua lagi yang masih bebas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Harun, Azida dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama-sama Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas, bersetuju melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada waktu dan tempat yang sama yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 120B (1) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib@Hamid. - Bernama

Sumber HD - 16-1-2014

No comments:

Post a Comment