FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Tuesday, January 21, 2014

PAS NEGERI SEMBILAN (JILID 2)


KUALA LUMPUR: Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) amat yakin bahawa pemain pasukan bola sepak Negeri Sembilan masih lagi mampu menunjukkan peningkatan prestasi permainan.

Ketuanya, Nor Azman Mohamad berkata ianya dibantu dengan sokongan padu dari penyokong terutama Ultras Nogori pasukan bola sepak masih ada peluang untuk bangkit.

Katanya, sejarah kegemilangan pasukan bola sepak Negeri Sembilan terukir pada tahun 1948 apabila pasukan tersebut telah menjuarai Piala HMS Malaya (kini dikenali Piala Malaysia), diikuti dengan pencapaian menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2009 dan 2011, manakala bagi Liga Super pada tahun 2006.

Beliau berkata, pasukan bola sepak Negeri Sembilan adalah merupakan antara pasukan yang digeruni lawan suatu ketika dahulu.

Malangnya, ujar beliau pasukan yang kuat ini seakan telah hilang taringnya dan yang paling menyedihkan, pasukan ini telah tersingkir dari saingan Liga Super Malaysia bermula tahun 2014.

“Kita tidak boleh menuding jari hanya kepada pemain sahaja, ia mungkin melibatkan banyak faktor yang perlu kita sama-sama muhasabah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, hal yang sangat penting adalah pihak pengurusan pasukan bola sepak Negeri Sembilan perlu menghindari dari campur tangan politik dalam pengurusan.

“Kami amat yakin sekiranya pasukan bola sepak diurus dengan telus, mutu pasukan akan meningkat,” ujarnya lagi.

Ini, kata beliau telah dibuktikan dengan beberapa pasukan bola sepak di luar negera yang telah bebas dari konflik dalam pengurusan akhirnya berjaya meningkatkan prestasi pasukan.

Justeru, katanya pihak DPPNS optimis sekiranya semua pihak termasuk pengurusan, pemain dan penyokong bekerjasama dengan cara memberi pandangan dan kritikan membina, rakyat Negeri Sembilan akan dapat menyaksikan kegemilangan pasukan bola sepak Negeri Sembilan kembali semula.

Sumber HD - 21-1-2014

No comments:

Post a Comment