FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Wednesday, January 22, 2014

KEDAH DI BAWAH PJ DMO (JILID 2)



KUALA LUMPUR: PAS Kedah terus menuntut penjelasan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berhubung isu pembalakan yang berlaku di sepanjang Lebuhraya Tekih (Trans Eastern Kedah Interland Highway).

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya amat meragui proses tender balak yang diserahkan kepada sebuah syarikat pembalakan pada tahun 2006 itu.

"Kami semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan PANGLIMA, merasa amat dukacita dan merakamkan kekesalan dengan sikap membisu Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah terhadap isu ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria pernah mendedahkan bahawa dari Cina syarikat tersebut mendapat tender melalui proses yang amat pelik serta tatacara bukan konvensional yang sepatutnya diperoleh syarikat lain.

Bagaimanapun berlaku masalah sehingga syarikat tersebut dikatakan telah menyaman anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman Berhad (BDB), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Selepas kerajaan negeri bertukar kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008, syarikat pembalakan ini telah menyaman anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Bina Darulaman Berhad (BDB) atas alasan BDB telah melanggar kontrak.

BDB yang bukan menjalankan perniagaan berteraskan pembalakan telah bertindak melantik peguam bagi menguruskan kes saman tersebut.

Selepas beberapa kali perbicaraan kes dijalankan, sekali lagi Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Barisan Nasional selepas pilihan raya umum 2013.

Secara amat ganjil, BDB telah menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran yang dikatakan mencecah Ringgit Malaysia 2.5 juta.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Kedah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu bagi bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA) yang diketuai Sulaiman Ibrahim untuk terus mendedahkan penyelewengan balak ini.

Mereka meminta kerajaan negeri menjelaskan status aktiviti pembalakan yang rancak dilakukan di kawasan Gulau, Sik membabitkan hutan Simpan Ulu Muda.

Difahamkan, kegiatan itu ketara sejak Oktober lalu di kawasan berhampiran Lebuhraya Tekih dari Durian Burung melalui Galau ke Baling.

Sumber HD - 22-1-2014

No comments:

Post a Comment