Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
Anak baik: Ibu bapa jangan serah 100% kepada guru
KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menyarankan agar institusi kekeluargaan dapat diperkemaskan dengan sebaiknya agar pergaduhan yang berlaku dalam kalangan pelajar perempun dapat dielakkan.
Pengerusi Hewi PMIUM, Sobiroh Mohd Puzi berkara, peranan institusi keluarga cukup penting dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Katanya, ibu bapa adalah individu yang paling penting memastikan keharmonian dalam keluarga mereka.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada beberapa siri pergaduhan yang melibatkan pelajar perempuan yang berpakaian seragam sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun luar.
Kelmarin, video pergaduhan melibatkan pelajar wanita tersebar di laman sosial Facebook dan Youtube.
"Saya percaya sekiranya ibu bapa sedar akan hakikat kepentingan mendidik anak-anak dengan cara asuhan yang baik. Sudah pasti akan melahirkan individu dan anak-anak yang baik dan bermoral," ujarnya.
Tambahnya lagi, ibu bapa sepatutnya tidak meletakkan 100 peratus harapan kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang baik.
"Tetapi perlulah bersama-sama mendidik dan ibu bapa sepatutnya mengambil tanggungjawab yang lebih," ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/6/2014
Sumber HD -6-6-2014

Kes Fathihie bukti mahasiswa ada hak bersuara
KOTA KINABALU: Keputusan perbicaraan Fathihie Daimin, mahasiswa tahun dua Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Kinabalu yang dikaitkan dengan sebelas pertuduhan Akta 174 telah diumumkan Jumaat lalu.
Beliau yang dibicarakan atas kaedah 11, kaedah 13, dan kaedah 15 boleh dikenakan hukuman di bawah Kaedah 48 hanya gara-gara menaikkan status di media sosial Facebook.
Fathihie apabila ditemui turut memaklumkan bahawa beberapa pertuduhan ke atasnya dilihat lebih bersifat peribadi.
Antara pertuduhan itu ucapan tahniah beliau melalui media facebook terhadap bantuan kebakaran yang dilakukan oleh mahasiswa dituduh membuat kenyataan media sebagai representasi kepada pihak UiTM.
Ini merupakan satu lagi fenomena kebangkitan mahasiswa seantero Borneo apabila pertuduhan yang disebut boleh menyebabkan beliau digantung atau dibuang yang hanya diberikan amaran.
Dengan erti kata lain, kes itu lebih tepat kepada mahasiswa sendiri yang mempunyai hak untuk bersuara.
Satu demi satu kemenangan mahasiswa yang berani mencabar Akta Kolej dan Universiti (Auku) dan Akta 174 menunjukkan bahawa peraturan-peraturan yang bersifat mengekang mahasiswa tidak relevan dan mesti dimansuhkan.
Sumber HD - 25-5-2014
Alasan pentadbir UIAM fitnah jahat - Norazmir
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Malaysia, Noorazmir Zakaria menegaskan alasan oleh pihak pentadbiran UIAM bahawa beliau disenaraihitam oleh polis adalah suatu fitnah yang jahat dan bertujuan untuk menghinanya berhubung forum hudud.
"Saya pohon pihak universiti untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis sedemikian rupa," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada malam 14 Mei lalu di mana pihak keselamatan universiti telah bertindak mengunci pintu dewan bagi menghalang perjalanan forum bertajuk “Hudud: Kefahaman Sebelum Perlaksanaan”.
Saya telah dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Imu Wahyu UIAM untuk menjadi ahli panel forum tersebut yang dibuka kehadiran kepada seluruh warga UIAM.
Namun setelah saya hadir ke dewan kuliah yang menjadi lokasi penganjuran forum tersebut, saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa pihak keselamatan UIAM pada saat akhir telah bertindak mengunci pintu dewan walaupun pelbagai persediaan dan kelengkapan dewan telah disediakan oleh pihak penganjur.
Akibat daripada itu, pihak penganjur terpaksa menghampar tikar di luar dewan kuliah untuk meneruskan sesi forum tersebut memandangkan ramai hadirin yang telah hadir.
Saya telah dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa program ini sebenarnya telah pun diluluskan oleh pihak pentadbiran universiti.
Justeru, tidak timbul isu keesahan program ini hingga membawa kepada tindakan mengunci pintu dewan sedemikian.
Saya lebih kesal dengan pihak pentadbiran UIAM apabila pihak penganjur memaklumkan bahawa alasan yang diberikan oleh pegawai keselamatan tersebut adalah kononnya nama saya telah disenarai hitam oleh pihak polis.
Saya ingin menegaskan bahawa alasan oleh pihak pentadbiran UIAM ini adalah suatu fitnah yang jahat dan bertujuan untuk menghina saya.
Saya pohon pihak universiti untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis sedemikian rupa.
Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah dituduh atau didakwa di mahkamah mahupun ditahan oleh pihak polis untuk sebarang kes jenayah.
Justeru, apa justifikasi pihak universiti bagi menafsirkan saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis?
Justeru, saya percaya alasan yang diberikan tersebut adalah alasan yang tidak munasabah, bersifat menghukum, pra-matang, tidak berasas dan bersalahan dengan undang-undang.
Sebaliknya, ia hanyalah alasan yang bersifat afterthought’ (terfikir kemudian) semata-mata demi menghalang forum tersebut daripada diadakan.
Lebih malang, saya dimaklumkan bahawa satu lagi forum yang membincangkan tentang hudud di UIAM turut dibatalkan pada malam tadi di mana kejadian ini berlaku di sebuah universiti yang digelar Taman Ilmu dan Budi.
Saya amat hairan mengapakah pentadbiran UIAM berasa paranoid mengenai topik hudud ini tatkala subjek hudud turut diajar kepada mahasiswa undang-undang syariah di UIAM sendiri.
Seharusnya, universiti merupakan tempat untuk melatih intelektual mahasiswa dan forum sebegini seharusnya diperbanyakkan bagi membentuk nilai diri mahasiswa yang seimbang antara intelektual dan rohani; bukan menjadi pak turut.
Ia adalah sepertimana yang diputuskan di dalam kes Muhammad Hilman Idham & Ors v Kerajaan Malaysia & Ors [2011] 9 CLJ 50, di mana Mahkamah Rayuan menyatakan “Universiti-universiti sepatutnya menjadi tempat memupuk ahli-ahli reformasi dan para pemikir dan bukan institusi-institusi yang melahirkan pelajar-pelajar yang dilatih sebagai robot-robot”.
Saya ingin menyatakan bahawa tindakan pihak universiti sedemikian tidak sekali-kali akan menghalang gelombang anak muda yang cintakan ilmu. Malah, ia lebih menyemarakkan lagi semangat anak muda untuk terus ke hadapan bagi mencari kebenaran.
Justeru, saya mengucapkan syabas kepada anak-anak muda yang tetap bersemangat dan meramaikan majlis forum malam itu dengan tidak berganjak walau ditekan dengan pelbagai cara oleh pihak pentadbiran.
Ia bukti bahawa anak-anak muda kini adalah celik undang-undang dan bukanlah pak turut yang gentar dengan ugutan murahan. Syabas anak muda! - HARAKAHDAILY 16/5/2014
Sumber HD - 16-5-2014

Anak-anak yatim, fakir miskin dan OKU
Kewujudan insan-insan ini sering dipandang sebelah mata oleh masyarakat. Umumnya mereka mendapat bantuan daripada kerajaan, zakat daripada jabatan agama Islam dan sumbangan daripada ahli korporat, namun ianya hanya bermusim. Golongan ini dilihat mewah ketika menjelang bulan Ramadan, banyak jemputan ke majlis berbuka puasa, sumbangan untuk menyambut Syawal serta banyak lagi program-program ‘one-off’ yang dibuat.
Situasi di atas adalah sedikit gambaran kemungkinan yang berlaku dalam masyarakat kita. Saya melihat masyarakat kita sudah membuka mata seluas-luasnya terhadap golongan sedemikian. Semakin banyak pihak yang tidak berkepentingan turun membantu demi menunjukkan rasa tanggungjawab mereka terhadap insan-insan ini. Walaupun sesetengah pihak tidak mendapat sebarang habuan, namun mereka masih sudi bekerja demi membantu masyarakat sekeliling.
Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain
Semangat aktivisme golongan muda haruslah disalurkan pada jalan yang sepatutnya. Idea-idea mereka diharapkan dapat memainkan peranan terhadap pembangunan masyarakat khususnya dan negara umumnya. Lambakan NGO, kelab dan persatuan menunjukkan masyarakat kita mulai serius untuk mengejar status ‘negara impian’. Negara impian yang dimaksudkan ialah suatu masyarakat majmuk di bawah pimpinan yang adil dan saksama, tiada korupsi dan masyarakat yang tertindas.
Pembelajaran sepanjang hayat adalah satu usaha kerajaan untuk memastikan rakyat keluar daripada kepompong kejahilan. Namun, aspek lain yang harus dilihat ialah kualiti dan hak sama rata setiap orang untuk mendapat pendidikan sepanjang hayat. Sebilangan golongan yang tercicir untuk menyambung pelajaran adalah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Kemudahan fasiliti yang tidak mesra OKU menyebabkan golongan ini memilih untuk tidak menyambung pelajaran. Mungkin kerajaan boleh menimbangkan idea untuk membina sebuah pusat pengajian tinggi khas untuk golongan OKU, autisme, disleksia atau menambah baik infrastruktur sedia ada supaya lebih mesra golongan istimewa.
Selain itu, golongan miskin juga sering dinafikan hak mereka di dalam pendidikan. Hampir semua perkara di dunia ini mengguna pakai konsep ‘money based’, setiap perkara mestilah berasaskan wang, jika tidak ia tak mungkin berlaku. Walaupun segala yuran ditanggung kerajaan, bantuan pengajian diberikan, biasiswa dihulurkan, namun wang masih menjadi punca sesetengah orang untuk tidak menyambung pelajaran mereka. Saya masih menanti dan berharap idea-idea tentang pendidikan percuma untuk setiap rakyat dibincang secara serius dan dilaksanakan.
‘You’ll find your happiness when you find your purpose’
Bahagia adalah suatu yang sukar didefinisikan. Ia mungkin memberi seribu maksud kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza tentang kebahagiaan. Begitulah juga dengan masyarakat ‘terpinggir’, pemahaman mereka tentang kebahagiaan sukar untuk didefinisikan kerana kita tidak melalui perit jerih yang melanda mereka. Hakikatnya, tidak akan wujud istilah masyarakat ‘terpinggir’ andai kita tidak melihat mereka sebagai suatu beban, tetapi sebagai suatu tanggungjawab. Maka akan lahirlah sebuah masyarakat madani di bawah ‘negara impian’.
Penulis ialah ahli Gamis, aktivis TFTN, dan mahasiswa Institut Pendidikan UIAM.
Sumber HD - 30-4-2014

- Apr 27, 2014
- BERNAMA
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, lima pelajar lagi turut dilaporkan parah manakala 23 yang lain termasuk pemandu bas cedera ringan.
Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur ASP Mohd Fadhli Daud berkata kesemua pelajar berusia antara 19 dan 24 tahun itu adalah warga tempatan dan dipercayai dalam perjalanan ke Bukit Cerakah, Shah Alam untuk program ukhwah Kelab Student Facilitating Front (STUFF) UIAM.
"Kesemua pelajar yang kritikal berusia antara 21 dan 22 tahun dihantar bersama 26 yang lain ke Hospital Sungai Buloh, seorang dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan seorang lagi iaitu pemandu bas dirawat di Klinik UIAM Gombak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohd Fadhli berkata sebelum kejadian pemandu bas berusia 39 tahun ada mengadu kurang sihat namun polis sedang menjalankan siasatan punca kejadian.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Che Ku Mohd Azizan memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum mengerahkan empat jentera bersama 16 anggota ke tempat kejadian.
“Setiba di tempat kejadian, ada antara mereka terperangkap di celah kerusi namun kesemuanya berjaya dibawa keluar kurang sejam kemudian," katanya.
Seorang pelajar Mohd Farhan Affendi Yunos, 21, berkata dia sedang berbual-bual bersama rakannya ketika kejadian sebelum bas berkenaan tiba-tiba tergelincir ke tepi jalan lalu terbabas.
"Saya ingatkan tidak apa-apa akan berlaku namun sangkaan saya meleset apabila bas itu kemudian terjunam pula ke takungan air di tapak pembesaran jalan itu," katanya.
Mohd Farhan berkata rakan di sebelahnya cedera di muka apabila terkena tingkap bas sewaktu bas terbalik manakala dia hanya cedera di kaki akibat terhimpit di antara rakannya dan kerusi bas. - Bernama
Sumber HD - 27-4-2014
- Apr 14, 2014
- ADIB AZMAN
Masyarakat Baling rata-ratanya golongan petani, senang kata hasil dari keringat mereka bercucuk tanam dan mengutip hasil getah itulah yang menjadi alas perut mereka.
Baik yang menoreh getah, kemudian dikumpul dijadikan getah skrap (masih ingat baunya yang masih tengik dan pekat, kalau melekat pada tangan, susah betul untuk berselera makan).
Kalau yang bersawah, dari relung sawah itulah padi itu dituai untuk ditanak menjadi nasi di dapur, lebihannya pula ditolak kepada peraih.
Memori Baling 1974 mungkin ramai yang sudah tidak mengingatinya, baik yang sudah melangkah umur 40-an, apatah lagi golongan 20-an, kalau ada yang masih ingat, syukur alhamdulillah, di situlah detik nafas rakyat yang tersepit dalam keadaan serba terpuruk kemiskinan di celah desa.
Aparat pemerintah sehingga ke hari ini melupakan isu Baling dan kesengsaraan rakyatnya, malah lebih hina bila mana menconteng arang hitam legam dengan "mengecop" Baling sebagai markas ajaran sesat (lihat kisah Ustaz Ibrahim Libya).
Hanya golongan mahasiswa sahaja yang terpanggil membawa suara rakyat Baling, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim dan Dr. Siddiq Fadzil. Tetapi jawapan mudah menanti mahasiswa sesudah itu, di hujungnya tangkapan ISA.
Persoalan sebenar ialah persoalan kemiskinan, ya kemiskinan. Kemiskinanlah yang membelenggu masyarakat Baling sekian lama sehingga ke hari ini tanpa ada perhatian dari pihak aparat pemerintah.
Mereka tertindas untuk melangsungkan hidup, apalah yang boleh dimakan dan dikumpul untuk perbelanjaan anak ke sekolah kalau hasil kutipan getah skrap hanya RM2.50 sekilogram?
Diikuti dengan kejatuhan harga padi dan sawit pada bulan-bulan yang lepas (Malaysia sudah hampir menuju suku pertama ekonomi)? Inilah yang merunsingkan mereka yang ada rasa "unjuran" prihatin terhadap masyarakat tani.
Diburukkan lagi menjelang 1 April 2015, kadar cukai yang baharu, GST pula yang akan dilaksanakan. Cukai yang dimulakan dengan kadar 6% cukup tinggi di Malaysia sedangkan banyak negara maju seperti Singapura memulakan kadar percukaian GST pada kadar 4%.
Bayangkan jikalau "multi-stages tax" ini dikenakan kepada semua golongan, kalau yang kaya mungkin kurang atau sedikitlah kesannya, kalau masysarakat tani Baling, yang hanya bergantung kepada hasil sawah dan getah, apa yang boleh diharapkan?
Cuba kita bayangkan sekarang harga getah sekrap ialah RM2.50 sekilogram, itupun dibahagi dua antara penoreh dan peraih, jadi berapa sahaja yang tinggal untuk penoreh menyara hidup?
Inilah persoalan keterpurukan, kemiskinan yang melanda masyarakat Baling yang dilupakan pemerintah! Lebih malang orang yang menjaga kawasan Baling ialah orang agama pemerintah sendiri, Jamil Khir Baharom.
Golongan mahasiswa mesti sekali lagi menyeru masyarakat akademik dan rakyat secara amnya, jangan sekali-kali melupakan Baling.
Baling pernah dipenuhi tangan yang diacung ke udara pada tahun 1974, dan pernah juga bermandi darah lewat tahun 1990-an (Peristiwa Memali, Mahathir lupakah?).
Derita rakyat termiskin yang ramainya adalah orang Melayu mesti medapat perhatian yang serius dari aparat pemerintah. Kritikan harus diberikan kepada mana-mana pihak pentadbiran kampus yang sengaja "memanggil dan menyoal siasat" mana-mana pihak pelajar yang cuba menyedarkan mahasiswa tentang derita Baling.
Boleh disifatkan pihak pentadbiran kampus sebegini hanya tahu perut sendiri yang kenyang, dan biar orang lain sekadar lupa dan tidak ingat langsung derita umat Islam yang lain.
Kalau yang dijemput Anwar Ibrahim, Dr. Siddiq Fadzil, atau mana-mana lagi golongan pembangkang (kalau di Indonesia mereka lebih digelar Sahabat Pemerintah), pasti ada sahaja sekatan itu dan ini.
Mungkin golongan pentadbir kampus wajar mendengar ucapan S. Ambiga yang terbaharu, "local universities should act like international varsities". Sekatan-sekatan inilah yang memandomkan kecaknaan dan kefahaman mahasiswa akan tanggungjawab mereka dengan rakyat, apatah lagi kelompok Islam.
Mahasiswa Islamlah yang seharusnya lebih terkehadapan dalam membawa isu dan kefahaman kepada rakyat tentang masalah yang melanda umat, bukan setakat golongan mahasiswa sosialis.
Isu pedulisme mesti ada dan sentiasa segar, bukankah As Syahid Imam Hassan Al Banna pernah menyatakan dalam Muwasafat Tarbiyah, "orang yang beriman ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain".
Solidariti, doa dan kesedaran yang berterusan mesti selalu ada dalam memperjuangkan nasib orang Melayu Islam yang derita tidak cukup makan dan minum malah dihimpit kemiskinan di Baling.
Penulis ialah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sumber HD - 14-4-2014
- Apr 07, 2014
- HARAKAHDAILY
Oleh yang demikian, Mohamed Bukhairy Sofian, Pengerusi SMM memaklumkan bahawa mereka akan berkumpul di Parlimen bagi mendesak kerajaan menangani masalah ini.
“Mahasiswa akan berkumpul di hadapan parlimen esok pagi (selasa) jam 10 pagi bagi mendesak kerajaan bukan sahaja mendengar bahkan turut menyelesaikan isu getah ini.” Maklum Bukhairy dalam kenyataan medianya.
Tindakan berkumpul ini adalah ekoran aktiviti turun pada pada Sabtu Lepas. Pada hari tersebut SMM yang diketuai oleh saudara Khairul Najib Hasyim (Jurucakap SMM) bersama penduduk Baling, mendapati bahawa rata-rata penduduk mengadu mereka terkesan dengan penurunan harga getah yang mendadak.
“Kita faham isu ini memberi kesan kepada sebahagian besar penoreh getah kerana kebanyakan mereka bergantung kepada sumber getah sebagai pendapatan. Seorang lelaki lingkungan 60-an yang mahu dikenali sebagai Pakcik Daud menyatakan bahawa pendapatan bulan hanya RM300 sahaja, sedangkan anak beliau masih bersekolah 4 orang dan seorang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Selepas harga getah turun, pendapatannya merosot. Oleh itu, Mahasiswa bertekad dan berharap peristiwa demo Baling 1974 tidak berulang kembali, dan mendesak supaya kerajaan segera mengambil tindakan terhadap isu ini.” Ujar Khairul Najib.
Penurunan harga getah bermula sekitar Januari tahun ini dan pada masa yang sama kos sara hidup semakin meningkat. Keadaan tersebut menyukarkan lagi hidup penduduk kampung yang telah sedia susah sebelum ini. Sehingga kini tiada tindakan diambil untuk menstabilkan harga getah.
Sumber HD - 7-4-2014
- Mar 29, 2014
- KU HARIZ FARHAN BIN KU AZMAN
Beruntunglah wahai saudaraku,
Allah telah memilih kalian semua,
Untuk menjadi benteng hadapan,
Mempertahankan yang hak,
Menidakkan yang bathil.
Beruntunglah wahai saudara,
Anak muda kami terkinja dengan syahwat dunia,
Anak muda kalian berebut untuk mengejar syahid,
Anak muda kalian berebut menjadi syuhada,
Seorang yang syahid hari ini,
Pasti mereka akan berharap untuk menjadi syuhada seterusnya.
Beruntunglah wahai saudara,
Sunatullah yang sama berulang kepada kalian,
Para rasul dan pengikutnya ditindas,
Kalian juga turut mengalami nasib yang serupa,
Mereka dipenjara,kalian juga dipenjara,
Mereka terkorban,kalian juga terkorban.
Mereka dicaci,kalian juga dicaci.
Beruntunglah wahai saudara,
Allah telah menetapkan kalian untuk dua pilihan,
Hidup mulia atau syahid,
Sekiranya ditakdirkan hidup,
Itu yang terbaik untuk kalian,
Sekiranya menemui kesyahidan,
Itu juga kebaikan untuk kalian.
Beruntunglah wahai saudara,
Kami di sini mengalunkan lagu dan siulan lagha,
Kalian pula tiap saat melaungkan agar mendapat syahid,
Walaupun ianya terasa amat berat,
Terpisah dengan keluarga,
Terpisah dengan rakan sebaya,
Terpisah dengan sekalian nikmat dunia,
Namun itulah yang terbaik untuk kalian.
Beruntunglah wahai saudara,
Para bidadari sedang menantikan kehadiran kalian,
Ribuan malaikat tidak sabar untuk menerima roh kalian,
Tuhan yang Maha Tertinggi menanti kalian di sisi-Nya,
Meskipun ribuan insan menangisi pemergian kalian,
Yakinlah bahawa kalian sebenarnya masih hidup,
Menikmati pelbagai nikmat yang dijanjikan-Nya.
Beruntunglah wahai kalian,
Tiada apa yang perlu kalian risaukan,
Tiada apa yang kalian perlu khuatiri,
Kerana kalian sudah pasrah kepada-Nya,
Hati kalian sudah dipenuhi ketenangan,
Bahawa Dia akan redha dengan kalian,
Redha kerana terkorban di jalan-Nya.
Beruntunglah wahai kalian,
Titisan darah yang menitis di jasad kalian,
Tiap goresan luka yang mengenai kalian,
Akan menjadi saksi kelak,
Bahawa kalian telah berjuang untuk agama-Nya,
Sedang kami tiada apa pun bekalan,
Untuk dipersembahkan kepada-Nya,
Sebagai bukti kami menegakkan agama-Nya.
Beruntunglah wahai saudara,
Perjuangan yang kalian lalui ini,
Meski penuh dengan onak duri,
Meski penuh dengan ranjau yang melintang,
Namun kalian masih lagi tersenyum,
Kerana perjuangan ini menuntut pengorbanan,
Pengorbanan dari segi harta,
Apatah lagi jiwa raga kalian.
Beruntunglah wahai saudara,
Kami di sini meraung sedih bila berlaku kematian,
Kematian orang yang paling kami kasihi,
Tetapi tidak bagi kalian,
Tika rakan kalian gugur akibat hujanan peluru durjana,
Tika rakan kalian gugur akibat sesakan nafas gas beracun,
Kalian mengucap syukur kepada-Nya,
Kerana rakan kalian sudah menepati janji denganNya,
Dan kelak dia akan memberi syafaat kepada kalian,
Sebagai keistimewaan para syuhada.
Beruntunglah wahai saudara,
Seorang yang gugur pada hari ini,
Pasti Dia akan menggantikan dengan puluhan,
Ratusan, malah ribuan anak muda lain,
Yang bersedia untuk menempah mati mulia ini,
Lalu sang mak ayah kalian berebutan berdoa,
Agar anak masing-masing menjadi para syuhada.
Tetapi tidak di sini,
Mak ayah kami rebutan berdoa,
Agar anak kami menjadi biduanita,
Agar anak kami menjadi tukang lawak,
Agar anak kami menjadi pak menteri tiga suku,
Tetapi tiada seorang pun yang berdoa,
Moga anaknya menjadi pejuang agamaNya.
Beruntunglah wahai saudara,
Kematian saudara walau nampak tragis,
Walau tidak berakhir di katil empuk,
Tetapi itulah sebaik-baik pengakhiran,
Kerana kalian mengakhiri hidup dalam perjuangan,
Sedangkan kami disibukkan dengan kerja,
Dilalaikan dengan hiburan,
Didodoi dengan ahli keluarga,
Dibelai dengan enaknya juadah,
Tetapi pengakhiran kami belum tentu seperti kalian.
Beruntunglah wahai saudara,
Perniagaan yang kalian jalankan ini,
Allah telah janjikan dengan imbalan yang besar,
Jannah-Nya yang kekal tidak berpenghujung,
Kalian tidak akan merasa rugi walau sesen pun,
Malah kalian merasakan inilah perniagaan terbaik.
"Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu sebenarnya hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bersenang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersusah hati."
(Surah Ali 'Imraan, 2: 169-170)
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Ini menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar."
(Surah At Taubah, 9: 110)
KU HARIZ FARHAN BIN KU AZMAN
Mahasiswa UKM tahun 2
Sumber HD - 29-3-2014
- Mar 28, 2014
- Published Date
- USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL
Jika kamu tolong Allah, Allah tolong kamu… adalah inti pati janji Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” [Muhammad 47:7]
Namun, mengimplimentasikan janji dalam sebuah medan tempur pedang, panah, nyawa dan darah, ke medan tempur buku, nota, pena dan laptop, boleh menjerat diri.
DULU-DULU
Dulu-dulu saya pernah membaca sebuah majalah yang al-Arqam di Jordan terbitkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama Abuya, murshid jemaah beliau, lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!
Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.
Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.
Ini baru betul intima’ dan wala’ namanya.
Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.
Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70-an dan 80-an, membawa ke awal 90-an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.
HARI INI
Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.
Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terdedah untuk terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.
Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah?
Tentu sahaja tidak.
Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, Facebook, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!
Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.
‘ESCAPISM’
Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?
Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.
Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.
Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.
Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.
Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.
ALASAN
Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.
“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!” kata seorang pelajar.
Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.
Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.
MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’
Sebagai analogi, kita bayangkan tuntutan akademik itu seperti ayam masak merah dalam cerita berikut:
Ayam-Masak-Merah
“Abang nak makan ayam masak merah” kata seorang suami kepada isterinya.
Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.
“Nah, makan” kata sang isteri.
Terkulat-kulat suami mengunyah.
Dalam satu kejadian yang lain, lelaki yang sama memanggil pembantu rumahnya, “Supriani, bapak mahu makan ayam masak merah!”
Lalu si Supriani pergi ke dapur, digorengnya ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.
Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Supriani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.
Sifirnya mudah.
Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan yang Latīf, memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik.
Optimum.
Itqan.
Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada hablun min Allah!
Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.
Lupakah kita kepada firman Allah SWT:
“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.[Al-Qasas 28 : 26]
Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.
Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA
Setuju.
Saya setuju 100%.
Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan, biar pun selalunya ia berpihak kepada yang tekun berusaha.
Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output. Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignment… itulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.
Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan, Insha-Allah.
Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana. Lantas segenggam ijazah pun belum tentu ada nilainya!
Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!
Lebih membimbangkan, kelemahan penguasaan ilmu, dan upaya pemikiran kritis yang rendah, boleh menjadikan seorang penceramah bebas itu seorang Ruwaybidhah, sang safih yang dungu dan tidak malu mempamerkan kedunguannya dalam mengatur urusan ramai.
AKIBAT LEMAH AKADEMIK
Kadang-kadang kita menganggap akademik hanya sebagai wasilah. Sekadar tiket untuk memenangi kepercayaan masyarakat. Seumpama lesen.
Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat.
Syariatullah…
Pelajar pengajian Islam yang tidak menguasai pengajiannya akibat lemah tahap pembelajaran akan terdedah kepada jenayah di masa depan.
“Ustaz, apa hukumnya zakat tabungan KWSP?” tanya seorang jemaah di surau.
“Alamak… itulah benda yang pensyarah bincangkan tapi aku tak pergi kelas masa tu!” rungut si ustaz di dalam hatinya.
“Err… saya rasa tak payah kot!” jawab si ustaz ala-ala mujtahid.
Tidakkah perbuatan itu suatu pengkhianatan? Memberikan panduan muamalat yang salah kepada masyarakat, mengingkari Syariat Allah SWT lantaran kecuaian dirinya sendiri semasa di alam pembelajaran. Semasa belajar sudah biasa tidak buat homework, bila berceramah pun tidak buat homework.
Itu jenayah terhadap Syariatullah.
Sunnatullah…
“Err, pesakit diabetik ini nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya?”seorang doktor muda berteka-teki di dalam dirinya.
Akibat kemalasannya terhadap kelas pengajian, atau belajar secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang ditentukan Allah SWT hanyalah pada kadar 6 ke 10 unit.
Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.
Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?
Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.
Mencetus mudarat..
Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!
Ke mana anda mahu membawa dakwah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?
ALLAH MESTI TOLONG
Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.
Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.
“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!” yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.
Cuba perhatikan firman Allah SWT:
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu.” [Al-Baqarah 2 : 282]
Allah SWT berjanji akan membantu.
Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.
TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIK (komited dengan Syariatullah) malah SAINTIFIK (komited dengan Sunnatullah).
Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!”
Tidak sama sekali.
Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda sallallahu alayhi wa sallam sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.
Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda sallallahu alayhi wa sallam telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Strategi yang pada hari ini layak digelar sebagai SAINS KETENTERAAN.
Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan kerja seharian. Baginda sallallahu alayhi wa sallam tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita!”.
Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.
Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.
BERLATIH MENGURUSKAN REALITI
Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.
Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.
Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.
Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.
Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.
TAMRIN DISIPLIN
Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.
TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN.
Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.
“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah 2 : 216]
Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.
Berdisiplinlah!
http://saifulislam.com/
Sumber HD - 28-3-2014
Mahasiswa bantah gantung 529 rakyat Mesir
- Mar 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Muhammad Aliemran Norasid, selaku presiden PKPIM, bagi pihak mahasiswa turut mengutuk tindakan Mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati tersebut atas kesalahan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis.
Yang berikut kenyataan media PKPIM.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merasa dukacita dan kecewa (disappointed and frustrated) dengan keputusan Mahkamah Mesir ke atas 529 anggota Ikhwan Al-Muslimin yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis.
Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan mahkamah yang seolah-olah menafikan hak rakyat Mesir khususnya penyokong Presiden Mohammed Mursi. Presiden Mohammed Mursi telah dipilih oleh rakyat mesir secara sah dalam pilihanraya Mesir 2011.
Oleh hal yang demikian, PKPIM menyeru semua mahasiswa dan aktivis pelajar tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bantah Hukuman Gantung 529 Rakyat Mesir pada Jumaat, 28 Mac 2014 ini di Kedutaan Mesir.
PKPIM akan mengerahkan seluruh ahli PKPIM untuk sama-sama menunjukkan tanda protes terhadap keputusan Mahkamah Mesir ini. PKPIM yakin, usaha ini akan memupuk semangat kesatuan rakyat Malaysia terhadap saudara kita di Mesir.
Muhammad Aliemran Norasid
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Sumber HD - 27-3-2014