1. Blog Berkaitan - http://pascawangansriraya.blogspot.com/
2. Blog Terdahulu - http://jombersamapas.blogspot.com/
Kenderaan berkuasa tinggi tidak 'kebal' daripada maut
KUALA LUMPUR: Golongan yang memandu kenderaan mewah dan berkuasa tinggi harus sedar bahawa kemalangan maut boleh berlaku jika mereka memandu dengan laju dan cuai, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon.
Katanya, walaupun dilengkapi pelbagai teknologi termoden, hakikatnya kenderaan itu tidak 'kebal' daripada kemalangan yang boleh meragut nyawa.
"Sememangnya kenderaan mewah atau berkuasa tinggi direka dengan kategori tertentu termasuk mampu mencecah kelajuan sehingga 200 kilometer sejam namun ini tidak bermakna jika berlaku kemalangan, kenderaan dan pemandu itu dijamin terselamat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata, pemandu juga kerap kali memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan memberi alasan sedikit peningkatan kelajuan tidak akan mendatangkan sebarang masalah.
"Sebenarnya tanggapan itu tidak benar, memandu melebihi had laju, biarpun hanya sedikit peningkatan membawa risiko yang besar," katanya.
Wong berkata setiap jalan raya sudah direka bentuk dengan kategori tertentu dan had laju yang ditetapkan juga berlandaskan reka bentuk jalan raya itu.
"Pengguna jalan raya perlu ingat bahawa kita bukan 'Superman' atau 'Iron Man', kita adalah manusia, adalah penting untuk mencegah pelanggaran berlaku sebelum mengubati yang sudah parah atau menyesali apabila sudah kehilangan nyawa," katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Analisa Tingkah Laku dan Penilaian Miros Noradrenalina Isah berkata, kajian Miros pada 2012 mendapati pemandu berusia 42 tahun ke bawah paling cenderung untuk melakukan kesalahan jalan raya termasuk memandu melebihi had laju.
"Ini kerana pemandu di usia itu kurang pengalaman disaman, maka mereka beranggapan kurang berisiko dikenakan tindakan seterusnya menjadikan mereka lebih berani melanggar peraturan," katanya.
Selain itu Noradrenalina berkata kajian mengikut jantina juga mendapati kaum lelaki dua kali ganda lebih cenderung melakukan kesalahan jalan raya berbanding wanita. - Bernama
Sumber HD - 4-6-2014

No comments:
Post a Comment