FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Tuesday, March 4, 2014

NGO - CUEPACS DAN MTUC



PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mengkaji semula skim pekerja di tiga institusi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Presiden Ceupacs Azih Muda berkata institut terbabit ialah Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), Institut Agro Bioteknologikal Malaysia (ABI) dan Institut Genom Malaysia (MGI) yang bakal digabung di bawah Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).

"Antara skim pekerja yang dilihat tidak memberi keadilan kepada para pekerja di tiga institusi ini ialah skim gaji, skim pesaraan, kelayakan gratuiti dan skim perubatan yang tidak sama sebelum dikorporatkan," katanya dalam sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia malam tadi.

Pada 17 Feb lepas, Azih meminta Mosti menangguh pelaksanaan pengkorporatan tiga institusi miliknya sehingga 1 Mac dan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam permasalahan itu demi menjaga kebajikan kakitangan namun langkah berkenaan tetap diteruskan.

Justeru, Ceupacs meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengambil perhatian terhadap permasalahan itu kerana membabitkan kebajikan kakitangan di institusi berkenaan untuk jangka panjang.

Azih berkata Cuepacs kesal dengan tindakan pihak pengurusan tertinggi di institusi terbabit yang dilihat seperti memaksa kira-kira 71 pekerjanya untuk menandatangani skim korporat pada hujung Februari lepas.

"Selepas menerima tekanan daripada pengurusan tertinggi, sama ada menerima tawaran atau diberhentikan kerja dan tidak dibayar gaji, pekerja tiada pilihan selain menandatangani skim berkenaan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 4-3-2014

No comments:

Post a Comment