FB PAS NEGERI SELANGOR

FB PAS NEGERI SELANGOR
FB BPPNS - BERKOMUNIKASI SECARA CEPAT DAN MUDAH

Thursday, March 6, 2014

LAJNAH PEKERJA, PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR - ABANG AHMAD KARDEE ABANG MASAGUS


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa hanya 20 peratus ayam disembelih dijamin halal adalah satu permasalahan yang serius.

Ini kerana, ayam adalah antara makanan harian masyarakat Malaysia dan soal hukum tidak boleh dipandang remeh khususnya oleh umat Islam.

Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna & Alam Sekitar Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata masalah ini bukanlah kali pertama dilaporkan malah kini ianya dilihat semakin serius.

"Setiap kali musim perayaan menjelma maka banyaklah pendedahan mengenai status halal yang melibatkan daging ayam.

"Namun hari ini, kita dicanangkan masalah ini di luar musim perayaan dan di saat harga barang semuanya naik," katanya.

Beliau turut mencadangkan pihak kerajaan mengambil beberapa langkah perlu bagi menyelesaikan masalah yang berlaku ini.

Antara cadangan yang diutarakan termasuklah menjalankan penguatkuasaan dan operasi semak status penyembelihan halal yang berterusan dan efisien.

Katanya, kelompangan yang wujud dalam penguatkuasaan akan menyebabkan penguasaha berskala besar terus bebas memproses ayam yang diragui penyembelihannya.

Beliau juga menggesa pendakwaan ke atas pengusaha yang telah melanggar peraturan sedia ada dan usha itu hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai satu usaha “pre-emptive”.

"Jakim dan badan-badan agama hendaklah menyediakan dan menggaji pegawai bertauliah untuk ditempatkan atau memeriksa di beberapa pusat penyembelihan utama dan berskala besar dan sederhana.

"Selain itu, peranan pihak kerajaan di dalam mengadakan kursus kemahiran menyembelih haiwan juga hendaklah diadakan," kata beliau lagi.

Menurut Ahmad Kerdee lagi, Malaysia adalah yang negara yang pertama sekali di dunia mengeluarkan manual untuk pemprosesan ayam halal (MS 1500 : 2009) dan manual inilah yang menjadi panduan untuk negara lain seperti Brazil dan di Eropah.

Maka katanya, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dan Jakim hendaklah segera menangani permasalahan ini sebelum ianya membarah.

"Jika masih gagal dan perkara ini menemui jalan buntu, kami mengusulkan agar Menteri dan Pengarah terbabit DIPECAT dari jawatan dan diberikan kepada orang baru yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber HD - 6-3-2014

No comments:

Post a Comment