NEW DELHI: Narendrabhai Damodardas Modi, 63, (gambar) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri India yang baharu di hadapan Presiden Pranab Mukherjee dalam upacara besar-besaran di Rashtrapati Bhavan (Kediaman Presiden) di sini hari ini.
Modi dijangka mengetuai kabinet yang lebih kecil daripada bekas perdana menteri Manmohan Singh.
“Mengekalkan komitmen kepada 'Kerajaan Minimum, Tadbir Urus Maksimum', kita telah membuat perubahan positif dan belum pernah dilakukan dalam pembentukan Kementerian,” kata Modi.
Beliau juga berkata pelbagai kementerian akan ditransformasikan menjadi kementerian organik untuk mempercepatkan kerja dan mewujudkan koordinasi yang lebih baik antara jabatan.
Buat kali pertama, pemimpin negara-negara Persatuan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) diundang ke upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri India.
Pemimpin yang hadir termasuk Presiden Afghanistan Hamid Karzai, Perdana Menteri Bhutan Tshering Tobgay, Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom, Perdana Menteri Nepal Sushil Koirala, Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif dan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa.
Bangladesh diwakili oleh Speaker Shirin Chaudhury sementara Perdana Menteri Mauritius Navinchandra Ramgoolam juga hadir.
Bekas presiden India iaitu Pratibha Patil dan A.P.J. Abdul Kalam, perdana menteri yang berundur Manmohan Singh dan presiden Parti Kongres Sonia Gandhi adalah antara kenamaan yang hadir.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Naimun Ashakli Mohammad ialah antara diplomat asing yang menghadiri upacara itu. Kira-kira 4,000 tetamu menghadiri upacara.
Modi, tokoh nasionalis Hindu dan pemimpin Parti Bharatiya Janata memenangi pilihan raya umum India yang mencatat sejarah yang belum pernah disaksikan sejak 1984.
Modi yang dilahirkan di Vadnagar di daerah Mehsana yang ketika itu negeri Bombay (sekarang Gujarat) pernah membantu ayahnya menjual teh. Beliau memasuki politik pada 1985 apabila menyertai BJP.
Sepanjang pembabitannya dalam politik, beliau membentuk gabungan dengan ahli-ahli politik dalam BJP dan menduduki jawatan yang berpengaruh dalam parti di Gujarat.
Pada 2001, beliau menjadi ketua menteri negeri itu dan menyandang jawatan itu sehingga 2014 apabila beliau melepaskan jawatan untuk menjadi Perdana Menteri India.
Tadbir urus dan pembangunan progresif di Gujarat merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kemunculannya dalam arena politik India dan dunia. - Bernama Sumber HD - 27-5-2014
Zunar dedah konspirasi terhadap Anwar dalam buku baru
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Sesuai slogan berjuang melalui kartun, Zunar mendedahkan konspirasi penguasa untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari kali pertama di era Mahathir hinggalah ke era Najib.
Buku berjudul "Komplot Penjarakan Anwar - Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip", menampilkan 59 kartun baru yang mengkritik keras tingkah laku tokoh-tokoh politik, hakim-hakim, tukang sumpah, polis dan Peguam Negara.
"Semua mereka melakonkan sebuah skrip besar memfitnah serta menzalimi Anwar semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah tuan-tuan politik untuk terus mengekalkan kuasa. Tuduhan liwat adalah adegan utama lakonan jijik mereka," kata Zunar.
Menurut beliau, semua espisod yang disampaikan dalam buku ini ini bukan kerana sosok Anwar sebagai individu.
"Anwar adalah simbol mangsa kezaliman dan fitnah penguasa. Tetapi dalam melaksanakan skrip konspirasi, penguasa telah mengheret institusi kehakiman, kepolisian, Peguam Negara, institusi agama dan lain-lain sehingga semua institusi di Malaysia telah hancur. Kesannya akan menimpa semua kita. Kerana itu isu dalam buku ini adalah isu rakyat," tambah beliau.
Menurut kartunis itu lagi, buku ini diterbit bukan atas tujuan mendapat keuntungan, sebaliknya atas tanggung jawab sebagai manusia untuk menyampaikan kebenaran memandangkan media kartun adalah cara berkesan.
"Bakat melukis yang dianugerah Tuhan kepada saya bukanlah kelebihan, tetapi adalah sebuah tanggung jawab. Kerana itu saya harus menggunakan karya-karya saya untuk menyampaikan fakta kepada orang ramai terutama yang cuba disembunyikan oleh kerajaan seperti dalam kes Anwar.
"Kerana itu, buku ini hanya dijual dengan harga RM10 dengan tujuan agar ramai mampu memiliki dan menyebarnya," tegas beliau.
Buku setebal 52 muka surat ini diterbitkan dalam dua versi - Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Pelancarannya akan dilakukan oleh YB Nurul Izzah, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Dato' A Samad Said pada 23 Mei ini, di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Sila klik di sini untuk maklumat lengkap http://bit.ly/1klnxGp .
Buku ini tidak akan dijual di kedai kerana tekanan pihak berkuasa, namun pembelian secara online boleh dibuat di sini BM http://bit.ly/1nbMW9b dan ENG http://bit.ly/1lCPHJS . - HARAKAHDAILY, 22/5/2014 Sumber HD - 22-5-2014
KUALA LUMPUR: Bekas model majalah lelaki, Felixia Yeap menulis di facebooknya bahawa tiap-tiap hari beliau kena fitnah, tegur dan sangkaan buruk.
"Tapi saya terus istiqomah! Sebab saya tidak lupakan semua yang masih sokong dan sayang saya, syukur...syukur," tulisnya.
Di dalam facebook itu juga, beliau menarik perhatian pembaca mengenai twitter yang bukan ditulisnya.
Justeru, beliau mengingatkan sesiapa yang mengendalikan twitter itu sila jangan cuba menabur fitnah atau bercakap yang bukan-bukan.
HANYA INI SEMUA SAHAJA YANG DIKENDALIKAN OLEH SAYA SENDIRI. Sumber HD - 26-5-2014
Ada ustaz berminat terhadap saya - Felixia Yeap
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Felixia Yeap mengakui banyak lelaki yang mendekatnya yang terdiri daripada lelaki Melayu termasuk dalam kalangan ustaz setelah berhijab.
Berbanding dahulu, katanya lelaki yang mendekati beliau pada kali ini mengajak berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu.
"Ada juga ustaz yang berminat terhadap saya,” ujarnya dipetik Kosmo online.
Menurut bekas model berusia 27 tahun itu, seperti mana memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, justeru dia juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam.
“Sebaliknya, saya lakukan semua perkara atas kerelaan sendiri,” katanya yang mahu memeluk Islam pada Ramadhan ini.
Sehubungan itu, jika tiba waktu berkahwin kelak, beliau berdoa agar iman suaminya lebih tebal daripadanya untuk membimbingnya menjadi isteri dan muslimah yang baik.
"Saya tidak mahu Allah membalikkan hati saya semula dengan tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama," ujarnya lagi.
Justeru, Felixia memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT.
Sumber HD - 16-5-2014
Bayern Munich bina masjid kerana Franck Ribery
HARAKAHDAILY | .
SEMAKIN ramai pemain bola sepak yang beragama Islam yang mewakili kelab-kelab utama dunia diberikan layanan yang istimewa kepada mereka.
Kelab-kelab berkenaan memberi ruang kepada mereka untuk menjalani dan mengamalkan cara hidup Islam.
Antara kelab bola sepak terkemuka dunia yang bertindak demikian ialah kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.
Pada tahun lepas, kelab itu bersetuju untuk menanggung 85 peratus kos pembinaan masjid dan perpustakaan Islam besar di Stadium Allianz Arena.
Sebanyak 15 peratus kos selebihnya, akan ditanggung para peminat dan pemain.
Keputusan itu diambil setelah mendapat permintaan daripada pemain utamanya, Franck Ribery bagi memudahkan pemain serta peminat beragama Islam menunaikan solat lima waktu.
Pada peringkat awal, Franck Ribery hanya meminta satu ruangan kecil bagi memudahkan beliau dan penyokong untuk menunaikan solat.
Pihak pengurusan kelab itu juga dilaporkan berusaha mencari imam untuk masjid tersebut.
Kelab bola sepak Inggeris, Newcastle United juga menyediakan tempat bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat. - HARAKAHDAILY 29/4/2014 Franck Ribery di Mekah
KUALA LUMPUR:Cute and kelakar betul Ustaz Don, tulis bekas model majalah Playboy Felixia Yeap di dalam facebooknya.
Beliau menulis demikian merujuk kepada video di Youtube cara membaca surah al-Fatihah yang betul yang ditunjukkan oleh Ustaz Don.
Tulisnya lagi, especially bila dia sampai part "ihdinas-siraatal mustaqeem"...
Susah juga nak baca bila berpelat macam saya ni...haha. Saya yang dengar cara saya sendiri baca pun rasa nak tergelak...berpusing2 berbelit2 lidah ni jadinya...
KUALA LUMPUR: “Anne Mary baru sahaja berhijrah ke Islam. Apa yang membuatkan saya kagum ialah kesungguhannya menjadi seorang muslim dalam erti kata sebenar,” tulis Heliza Helmi.
Menulis di dalam facebook semalam, beliau memetik kata-kata Anne Mary "my aurat is for my husband now. I want to cover properly".
Menurut Heliza lagi, Anne juga menyatakan bahawa dahulu dia seorang ketua kelab remaja gerejanya.
Bagi beliau, kiranya dia bukanlah calang-calang orangnya.
Sememangnya ini, menurutnya adalah satu perubahan yang benar-benar serius buatnya.
“She was inspired by the senior reverts in her islamic class. She can now (less than 1 year) read the basic surahs and as far as i know performs her 5 daily solat religiously. The first time we jemaah together, saya yang sebak,” tulisnya.
Tambahnya, Anne Mary juga adalah seorang guru berdedikasi dan tegas tetapi bertempat.
Anne, jelasnya bekas guru kepada anak beliau, Muhammad.
Menurutnya lagi, sewaktu di sekolah lama setiap hari selepas sekolah atau di hujung minggu anaknya akan meminta-minta dihantar kembali ke sekolah.
“He loves his teacher to bits. This is my present to you dear lovely Anne...you inspire me to be better,” tulisnya.
KUALA LUMPUR: Bekas model Playboy, Felixia Yeap mahu belajar untuk lebih bersangka baik kerana hati menjadi lebih tenang.
Menulis di dalam facebooknya, beliau menyatakan adalah lebih baik membuat perkara yang berfaedah daripada mengulangi penjelasan kepada mereka yang mahu mencari gaduh.
“Daripada memberi ulangan penjelasan kepada orang-orang yang seperti hanya mahu mencari gaduh sahaja, baik saya buat benda yang lebih berfaedah.
“Selain banyakkan bersabar, saya juga nak belajar untuk lebih bersangka baik. Hati pun lebih tenang nanti,” tulisnya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong usahanya itu dengan ikhlas.
“Dan target saya...satu chapter setiap malam sebelum tidur,” tulisnya lagi dengan memuatkan helaian buku kisah Nabi Muhammad s.a.w.
KUALA LUMPUR: “Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurah seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurah saya, adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?” tanya Felixia Yeap menerusi facebooknya, semalam.
Justeru, beliau bertanya pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya.
Bagi beliau, ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.
“Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?” tanya beliau lagi.
Album pertamanya "Premier Mandat" diterbitkan pada tahun 1999 semasa usianya 19 tahun. Sepuluh tahun kemudian, lima album telah berjaya dihasilkannya.
Sekurang-kurangnya lapan anugerah muzik dimenanginay sejak tahun 2004 hingga 2007. Paling berjaya adalah ketika Diam's meraih MTV Europe Music Awards pada tahun 2006.
Namun, di puncak kerjayanya itu, Diam's mengalami kemurungan. "Di puncak kerjaya, saya mengalami kemurungan yang teruk. Saya telah berjumpa ramai ahli psikologi, tapi tidak ada seorang pun dari mereka yang boleh membantu saya, " kata Diam's.
Diam's mengaku mula mencari jawapan atas segala kekacauan jiwanya ketika melihat seorang rakan Muslimnya menunaikan solat. Sejak saat itu, dia mulai mempelajari Islam dengan membaca terjemahan kitab suci Al-Quran.
"Memeluk Islam adalah hasil renungan peribadi saya setelah mempelajari agama ini dan membaca Al-Quran," kata Diam 's yang memeluk Islam pada 2008.
Setelah masuk Islam Diam's memakai tudung dan lebih fokus pada kegiatan-kegiatan sosial.
Diantaranya, membantu anak-anak yatim.
* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah /bersamadakwah.com
Hidup sebagai kaum bangsawan dengan kegelimangan harta, kehormatan, dan kemasyhuran sering kali diimpikan ramai orang.
Hidup sebagai bangsawan laksana hidup di sebuah negara dongeng dengan sekali perintah segala keinginan boleh menjadi kenyataan. Begitu juga yang dialami oleh Lady Evelyn Cobbold.
Sesuai dengan gelaran Lady yang melekat pada namanya, Evelyn Cobbold lahir sebagai seorang anak bangsawan. Lahir dengan nama Evelyn Murray di Edinburgh pada 17 Julai 1867, Evelyn merupakan anak tertua dari bangsawan Scotland, Charles Adolphus Murray, Pangeran Dunmore ke-7 dan Lady Gertrude Coke, anak perempuan dari Pangeran Leicester kedua.
Dengan takdir hidup yang dijalaninya sebagai anak bangsawan, sejak kecil Evelyn merasa berbagai macam kenikmatan.
Namun, Evelyn dan keluarganya berhijrah mengikut ayahnya ke Wilyah yang lebih eksotik di Afrika Timur. Sejak itu kehidupan Evelyn banyak dikelilingi pembantu tempatan dari penduduk asli Mesir dan Algeria. Evelyn banyak menghabiskan musim sejuk bersama dengan pembantu tersebut dan kehidupannya juga banyak dipengaruhi oleh cara-cara Islam dan tradisi Arab.
Tentang kehidupan masa kecilnya, Evelyn menulis: "Aku menghabiskan musim sejuk di Vila Moorish, di sebuah lembah di luar Algeria. Di sanalah aku belajar bahasa Arab dan yang paling aku gemari adalah saat melarikan diri dari status bangsawanku dan melawat masjid bersama teman-teman Aljazairku. Tanpa sedar, aku merasa menjadi seorang Muslim di dalam hatiku.
"Beberapa tahun berlalu dan aku tinggal di Rom bersama beberapa rakan Itali dan tuan rumah menawarkan aku adakah aku mahu bertemu Paus. Tentu saja saya sangat mahu. Kemudian, semasa Yang Mulia Paus tiba-tiba bertanya adakah aku seorang Katolik, beberapa saat lamanya aku tidak menjawab untuk kemudian berkata bahawa aku seorang Muslim."
Untuk seorang wanita bangsawan, umur seperti Evelyn adalah lewat dalam bab pernikahan. Dia berkahwin pada usia 24 tahun dengan John Dupuis Cobbold, seorang lelaki keturunan keluarga pembuat bir yang kaya raya di sebelah timur Inggeris.
Mereka bertemu di Kaherah dan berkahwin di sana pada April 1891. Pasangan suami isteri ini dikurniakan tiga orang anak yang lahir antara tahun 1893 hingga 1900.
Pada tahun 1900, Lady Evelyn melakukan perjalanan tanpa suaminya. Dia kembali ke Afrika Utara tahun 1911 pada usia 43 tahun dan melakukan perjalanan di Mesir. Pada tahun 1912, buku tentang perjalanannya tersebut diterbitkan dengan judul Wayfarers in the Libyan Desert.
Sejak saat itulah dan seterusnya, pengakuan dirinya sebagai seorang Muslim semakin meningkat. Lady Evelyn kemudian menukar namanya menjadi Lady Zainab.
Setiap musim sejuk Lady Zainab melawat Mesir dan sejak tahun 1915 dia menjalin persahabatan dengan Marmaduke Pickhall, dengan seorang Inggeris Muslim yang menghasilkan salah satu penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Inggeris yang sangat dihargai.
Pada tahun 1920, maklumat yang bersifat jenaka menyebarkan bahawa Lady Evelyn masuk Islam menjadi penyebab kerenggangan hubungannya dengan keluarga Cobbold. Akhirnya, pada tahun 1922 Evelyn dan suaminya rasmi bercerai.
Evelyn memperoleh harta yang sangat banyak, termasuk hutan mengandungi rusa di Glencarron.
Harta tersebut menjadikan dirinya sebagai wanita terkaya di wilayahnya. Selepas kematian suaminya pada tahun 1929, Evelyn mula serius untuk melakukan perjalanan haji ke Mekah.
Keseriusannya pergi mengerjakan haji diwujudkan dengan mengemukakan permohonan ke Hafiz Waba, Menteri Arab Saudi di London yang kemudian menuliskan surat permohonan rasmi kepada Raja Abdul Aziz di Riyadh.
Lama permohonan tersebut untuk dibalas. Bukan sifat Evelyn untuk menunggu, dia kemudian menghantar surat perkenalan kepada Harry St . John (Abdullah Philby) di Jeddah.
Philby sendiri telah menjadi Muslim sejak tahun 1930. Sambil menunggu izin dari Raja, Philby lah yang menetapkan perjalanan menggunakan kereta ke Madinah.
Akhirnya, pada tahun 1933, keinginan evelyn untuk menunaikan ibadah haji menjadi kenyataan selepas Raja Abdul Aziz mengabulkan permohonannya.
Demikianlah kisah Lady Evelyn Cobbold, seorang wanita bangsawan Inggeris pertama yang menunaikan haji ke Mekah. Bahkan, boleh dikatakan bahawa Lady Evelyn lah wanita asli kelahiran Inggeris pertama yang melakukan perjalanan haji. Kisah perjalanan haji Evelyn dituliskan dalam buku yang berjudul Pilgrimage to Mecca (Berhaji ke Mekah).
Dalam sejarahnya, tidak banyak fakta yang didapati bahawa Evelyn secara rutin melaksanakan ibadah solat. Namun, diyakini bahawa dia telah mengisytiharkan syahadah dan mengerjakan haji menjadi puncak membuktikan dunia sebagai Muslim.
Lady Evelyn Zainab meninggal 30 tahun selepas menunaikan haji, tepatnya pada Januari 1963, salah satu bulan yang paling sejuk dalam sejarah Inggeris. Evelyn dikebumikan mengikut syariat Islam di kawasan Glencarron.
* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
SIAPA tidak kenal Muhammad Ali, peninju dunia kulit hitam berasal daripada Amerika Syarikat?
Muhammad Ali dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay, Jr. Dilahirkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1942; beliau kini berusia 72 tahun.
Ketika berusia 33 tahun, beliau menyertai Nation of Islam pimpinan Elijah Mohamad dan akhirnya memeluk Islam pada 1975.
Pada 1999, Ali dianugerahi “Sportsman of the Century” oleh Sports Illustrated. Beliau menyandang juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali.
Dengan jolokan “The Greatest” (Yang Maha Besar, meskipun beliau kemudiannya menyedari bahawa hanya Allah Yang Maha Besar), Ali terlibat dalam beberapa pertarungan tinju bersejarah.
Di antaranya dengan Joe Frazier dan George Foreman yang dikalahkannya dengan KO (knockout) untuk memenangi juara tinju dunia bagi kali kedua.
Di sepanjang kareer tinjunya, Ali hanya mengalami 5 kekalahan (4 kalah dengan kiraan mata dan satu TKO) dan tanpa seri.
Ali mencatat 56 kali kemenangan dengan 37 KO dan 19 kiraan mata.
Ali terkenal dengan gaya bertinjunya yang lain dari yang lain. Dia digambarkan sebagai “menari bak kupu-kupu dan menyengat bagaikan lebah” dan menggunakan teknik “the rope-a-dope”.
Ali pernah digantung daripada beraksi kerana enggan menyertai program kerahan tenaga tentera pemerintah Amerika Syarikat dalam perang Vietnam. Ungkapan beliau yang terkenal ketika menolak kerahan tenaga itu adalah: “Saya tidak ada masalah dengan orang-orangVietcong, dan tidak ada satupun orangVietcong yang memanggilku dengan sebutan Nigger!”
Sikap antiperang beliau terserlah apabila mengecam secara terbuka kempen ketenteraan Amerika Syarikat di Vietnam dengan berkata:
“Saya tidak akan pergi 10 ribu batu untuk menolong serangan dan pembakaran terhadap manusia dan melanjutkan dominasi majikan kulit putih yang memperhambakan manusia berkulit berwarna di seluruh dunia. Ini adalah hari dan era di mana ketidakadilan yang biadab berakhir.
“Mengapa mereka mengarahkan saya memakai uniform dan pergi puluhan ribu batu jauhnya dari kediaman saya dan menggugurkan bom dan menembak peluru ke arah orang berwarna perang di Vietnam sedangkan orang yang dipanggil Negro di Louisville (Amerika Syarikat) dilayan seperti anjing dan dinafikan hak asasi mereka sebagai manusia?”
Paling membanggakan Malaysia mempunyai pengalaman manis bersama Muhammad Ali!
Pada 30 Jun 1975, satu perlawanan bersejarah untuk merebut Tali Pinggang Tinju Heavyweight Sedunia (World Heavyweight) telah diadakan di antara Muhammad Ali dan seorang lagi lagenda tinju dunia, Joe Bugner.
Sebelum itu, Bugner yang juga Juara Tinju Eropah kelahiran Hungary, pernah bertarung dengan Ali pada 1973. Ali menang dalam perlawanan 12 pusingan itu. Dalam perlawanan itu, Ali mengakui bahawa Bugner mempunyai keupayaan untuk menjadi juara dunia dalam sukan tinju.
Ini mendorong Bugner untuk bertemu kali kedua dengan Muhammad Ali dan Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi acara bersejarah itu.
Pertarungan bersejarah pada 1975 di Stadium Merdeka telah disaksikan secara langsung di seluruh tanah air (menerusi RTM) dan 59 buah negara lain. Sekalipun tewas, Bugner kemudiannya menempa nama selaku Juara Tinju Heavyweight WBF, Juara Tinju Heavyweight Australia dan Juara Tinju Heavyweight PABA, pada tahun-tahun berikutnya.
Ali telah mengaut keuntungan sebanyak $2 juta manakala Bugner mencatat keuntungan $500,000 dalam perlawanan yang disaksikan lebih 22,000 orang penonton di Stadium Merdeka.
Selepas perlawanan bersejarah ini, Ali buat kali pertama menyatakan hasratnya untuk bersara.
Meskipun perlawanan ini kemudiannya dicemari dengan kontroversi kes mahkamah yang menggegarkan politik Selangor dan negara, pertarungan Muhammad Ali-Joe Bugner akan terus dikenang oleh peminat tinju tanah air khususnya, sebagai salah-satu peristiwa bersejarah negara.
TELUK INTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Umno menjelaskan pendirian mereka dengan tindakan biadab Gerakan terhadap usaha PAS melaksanakan hukum hudud selama ini.
Menurutnya, Gerakan bertegas menolak hudud secara tidak demokratik apabila menyerahkan notis saman terhadap PAS untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke parlimen.
Gerakan juga kata beliau telah membuat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur di samping mengugut untuk membuat benteng manusia di hadapan parlimen bagi menghalang Ahli Parlimen PAS membawa masuk rang undang-undang itu.
"Adakah Umno sedar Gerakan yang mereka sokong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ini lebih teruk menolak hudud dengan cara penentangannya sangat merbahaya dan ekstrem yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat di negara ini?
"Saya minta Umno jawab adakah mereka bersetuju dengan segala tindakan Gerakan itu," katanya ketika ditemui Harakah di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, semalam. Turut serta ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Mahfuz menjelaskan, Umno perlu tahu calon mereka di Teluk Intan adalah presiden kepada parti yang sangat biadab dalam menentang hukum hudud dan bukannya hanya melihat kepada DAP semata-mata.
Tegas beliau, Umno perlu sedar Gerakan lebih teruk menentang hudud berbanding DAP yang menolak atas dasar perlembangaan dengan semangat sistem demokrasi.
Jelas beliau, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya masih membuka ruang demokrasi dalam pendiriannya tentang hudud berbanding Gerakan yang menafikan hak rakyat PAS untuk membawa rang undang-undang melalui sistem demokrasi. - HARAKAHDAILY 29/5/2014 Sumber HD - 29-5-2014 DNANA -https://www.youtube.com/watch?v=sWnksJI0G9o
KUALA LUMPUR: Isu hudud tidak akan memisahkan kesetiaan PAS terhadap rakan politiknya malah ia membuka ruang kepada kemunculan politik baru dengan syarat semua parti politik perlu membuat perubahan untuk menampung politik baru generasi muda, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof.
Ketika membentangkan pandangannya dalam majlis forum bertajuk "Perspektif Kemunculan Mengenai Hudud di Malaysia" anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) dan Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), beliau berkata generasi muda hari ini lebih tertarik dalam membincangkan soal kos sara hidup dan pendidikan.
Selain Dr Mujahid, turut dijemput sebagai panelis ialah Ahli Parlimen Sepang yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Mydin, Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong, Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya, wakil MCA serta wakil NGO, Gan Peng Siew.
Forum dipengerusikan Tan Sri Michael Yeoh dari Asli.
Dalam ucapannya juga, Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menekankan sikap PAS yang terbuka kepada kritikan.
Hanipa pula ketika berucap menjawab persoalan sama ada hudud bertentangan dengan perlembagaan negara atau tidak.
Menurut beliau, perlaksanaan hudud tidak bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan ia boleh dibincangkan tanpa perlu mengubah asas perundangan yang ada.
Liew Chin Tong lebih menekankan bahawa PAS mempunyai isunya tersendiri walaupun DAP menyatakan sikapnya untuk tidak bersetuju dengan PAS.
Fathul Bari pula berkata, hudud perlu difahami dalam konteksnya yang lebih tuntas.
Sambil menyokong pembentukan jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyarankan supaya jawatankuasa teknikal itu turut melibatkan wakil nonmuslim untuk menerima pandangan mereka.
Wakil MCA pula mengakui bahawa isu hudud memberi tekanan kepada parti itu dan berpendapat ia sukar untuk diterima apatah lagi dalam suasana DAP didakwa sebagai penyebab utama pengundi cina lari dari MCA.
Dalam sesi soal jawab banyak soalan diajukan kepada PAS dan DAP serta bagaimana mereka menguruskan perbezaan pandangan ini.
Dr Mujahid menjawab, isu hudud tidak akan memisahkan kesetiaan PAS terhadap rakan politiknya malah ia membuka ruang kepada kemunculan politik baru dengan syarat semua parti politik perlu membuat perubahan untuk menampung politik baru generasi muda.
Kegagalan berubah, ujarnya akan mengancam survival parti-parti politik terbabit dan kemungkinan besar mereka 'akan terhapus'.
Kesemua ahli panel bersetuju bahawa masa depan negara adalah lebih utama dipelihara walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam isu-isu tertentu. - HARAKAHDAILY, 28/5/14 Sumber HD - 28-5-2014
Hakim syarie boleh bersidang di Mahkamah Tinggi
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut melihat rasionalisasi kesalahan kes hudud boleh bersidang di Mahkamah Tinggi sedia ada dengan penambahan bilangan hakim.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, dua hakim syarie boleh dibawa untuk duduk bersama hakim mahkamah tinggi sedia ada.
“Hakim syarie boleh bersidang di Mahkamah Tinggi yang ada sekarang.
Dua hakim syarie dan seorang hakim sivil bagi mengadili kes-kes berkaitan jenayah hudud.
“Lagi pun sekarang hukuman di bawah takzir suudah ada di bawah panel code yang diamalkan di negara kita,” katanya ketika membentang kertas kerja pada seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di Putik hari ini.
Pada sebelah pagi kertas kerja pertama dibentang bekas anggota Exco kerajaan Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah, manakala pengulasnya anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Kertas kerja Dr Fadzli diulang peguam Datuk Wan Mutalib Wan Embong dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Dr Fadzli berkata, selain melaksanakan perundangan syariah bagi kesalahan jenayah, proses Islamisasi undang-undang yang ada sekarang juga boleh dilakukan.
Menurutnya juga kerajaan negeri merancang bagi memperkasakan lagi institusi pendakwaan kes syarie dengan mewujudkan satu institusi yang berdikari.
Katanya bahagian pendakwaan boleh dicadang dipisahkan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Wan Mutalib pula berkata, semasa PAS mentadbir Terengganu kerajaan negeri ketika itu meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Fasal 3 dengan menjadikan syariah sebagai sumber rujukan negeri.
“Kena peruntukan syariah dalam perlembagaan itu sendiri bagi memudahkan pelaksanaan perundangan syariah,” katanya ketika mengulas kertas kerja tersebut.
Beliau juga meluahkan rasa bimbang apabila kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Hudud Kebangsaan akan menyebabkan perundangan tersebut tidak dapat dilaksanakan di Kelantan.
“Kalau ditengok kepada pengalaman lampau apabila kerajaan mewujudkan sesebuah jawatankuasa bagi mengkaji sesuatu bermakna tidak jadilah apa yang hendak dilaksanakan.
“Saya juga mencadangkan selepas sudah 21 tahun enakmen hudud diluluskan di Kelantan beberapa jawatankuasa perundangan perlu diwujudkan. Begitu juga prasarana perundangan perlu disiapkan lagi,” ujarnya.
Nik Abduh berkata, selepas runtuhnya Khalifah Islamiah di Turki kira-kira 90 tahun lalu, perundangan hudud tidak lagi berjalan di kebanyakan Negara umat Islam.
Katanya, selepas penjajah datang hukum Islam hanya berjalan dalam soal nikah kahwin sahaja, manakala kesalahan jenayah menggunakan perundangan ciptaan barat.
Dr Mohd Khairuddin pula berkata, halangan politik dan ugutan daripada Perdana Menteri menghalang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dilaksanakan.
“Kelantan telah cuba berusaha mengikut kemampuan maksimum sehingga ditubuh Jawatankuasa Teknikal sebagai langkah ke hadapan bagi melaksanakan perundangan syariah.
“Ini bukan soal perangkap kerana wajib bagi kita melaksanakan perundangan hudud syariah di mahkamah,” katanya. - HARAKAHDAILY 24/5/2014 Sumber HD - 24-5-2014
RTM tidak bagi laluan Kelantan jelaskan hudud
ASLANI M| FOTO ZAMANI MD ZAIN | .
KOTA BHARU: Sehingga kini RTM tidak memberi sebarang jawapan bagi membolehkan kerajaan negeri menjelaskan mengenai perundangan hudud kepada masyarakat, kata Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Katanya, permintaan itu dibuat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan Dewan Undangan Negeri 10 Julai 1994 selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dibentang 24 Nov 1993.
“Kita pernah memohon supaya RTM siarkan penerangan mengenai hudud tetapi tidak dijawab oleh RTM. Biar pun begitu kita telah melalui proses yang begitu teliti sebelum enakmen dibentang di persidangan Dun. Malah sebelum dibawa ke persidangan Dun kita juga adakan seminar pada 17 Nov 1993 di Balai Islam.
“Telah banyak kali diadakan bengkel, kolokium, seminar sebelum enakmen dibawa ke persidangan Dun. Prosesnya yang hebat dan mendapat tempat dalam masyarakat yang tidak pernah berlaku pada enakmen lain,” katanya merasmikan seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di Putik hari ini. (Gambar atas)
Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood.
Seminar julung kali dianjurkan Dewan Ulama PAS Pusat selepas diwujudkan Jawatankuasa Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan. Pesertanya datang dari seluruh negara.
Ustaz Ahmad yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, selepas dilulus kerajaan negeri tidak dibenarkan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah melalui sepucuk surat yang dihantar Perdana Menteri ketika itu.
“Kita mendapat surat yang begitu mendukacitakan daripada Tun Dr Mahathir, malah beliau juga menuduh sebagai hudud PAS.
“Biar pun kita dihalang namun ia tidak mematikan usaha kita. Kerajaan negeri menganjurkan pelbagai seminar lagi bagi mencari jalan ke arah pelaksanaannya. Dan hasil daripada rumusan seminar 2012 ada pakar melihat Kelantan ada peluang untuk melaksanakan hudud.
“Dan sekarang kita berusaha untuk membawa private bill ke parlimen selepas dilihat ada sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya menteri dalam ucapannnya di parlimen memberi jaminan untuk menyokong mana-mana negeri yang hendak melaksanakan hudud dan ia perlu dibawa sendiri pembangkang.
“Maka Kelantan pada 2 April menyambut baik dan membuat keputusan untuk bawa private bill ke parlimen,” katanya.
Menurutnya juga pada tahun lepas kerajaan negeri memasukkan dalam bajet 2013 sebanyak RM1 juta untuk menyediakan prasarana ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan.
Sumber HD - 24-5-2014
Hudud: Media berbahasa Cina perlu beri gambaran jelas
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Media-media tempatan terutamannya berbahasa Cina diharap memainkan peranan menjelaskan isu hudud bagi membolehkan masyarakat bukan Islam lebih faham.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, media sewajarnya memainkan peranan proaktif bagi menjelaskan segala kekeliruan yang timbul.
“Apa yang berlaku sekarang didapati masyarakat bukan Islam kurang memahami apa yang dimaksudkan sebagai perundangan hudud.
“Keadaan tambah mengelirukan lagi apabila laporan media tidak jelas mengenai perkara itu. Sepatutnya kalau media tidak tahu mereka datang berjumpa kami.
“Editor perlu mendapat kefahaman yang lebih jelas,” katanya kepada media selepas program penjelasan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II kepada masyarakat bukan Islam di sebuah hotel di sini malam tadi.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohamad Fadhli Hassan, Datuk Nassurudin Daud, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lim Guan Seng.
Selain itu Pengerusi Gabungan Persatuan Tionghua Kelantan, Ooi Poh Chung, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Lee Sing Loong.
Lebih 100 masyarakat bukan Islam termasuk India dan Siam serta penghulu-penghulu tanpa mukim hadir pada program tersebut.
Petang semalam difahamkan MCA turut menganjurkan program penerangan mengenai hudud di pejabat parti tersebut yang dihadiri kira-kira 50 ahli parti itu.
Sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan akan membawa private member’s bill ke parlimen bagi membolehkan Kelantan dapat melaksanakan perundangan hudud bagi masyarakat Islam di Kelantan.
Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri sedia berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk Umno bagi menjelaskan mengenai hukum hudud.
“Kami bersedia pada bila-bila masa sahaja bagi menjelaskan perundangan tersebut kepada mana-mana pihak.
“Bagaimanapun penjelasan kepada masyarakat bukan Islam akan dipertingkat lagi memandangkan masih ramai masih keliru lebih-lebih lagi laporan media yang agak mengelirukan,” katanya.
Pada program itu beberapa wakil masyarakat Tionghua mahu kepastian perundangan hudud benar-benar tidak dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di Kelantan.
Merungkai masalah itu Mohd Amar berkata, analogy yang mudah untuk difahami seperti juga dengan sembahyang dan puasa tidak dikenakan terhadap orang bukan Islam.
Bagaimanapun bagi orang beragama Islam yang didapati bersalah tidak akan terlepas dengan perundangan hudud kerana mereka menganut agama Islam.
Dr Fadhli pula menjelaskan hanya enam kes sahaja yang boleh dikenakan hukuman hudud iaitu mencuri, merompak, berzina, menuduh orang berzina, minum arak dan murtad.
Menjawab soalan lain Mohd Amar berkata, pelabur tidak perlu gusar terhadap pelaksanaan perundangan hudud kerana keadaan negeri lebih aman dan sentosa daripada perlakuan jenayah.
“Pelabur hanya akan berminat datang untuk melabur apabila berlaku kestabilan politik dan keselamatan mereka terjamin.
“Hudud akan menjamin untuk melahirkan keamanan dalam negeri. Ini boleh dilihat di Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu dan Qatar yang melaksanakan perundangan Islam tetap didatangi pelabur-pelabur dari barat,” ujar Mohd Amar. - HARAKAHDAILY 24/5/2014 Sumber HD - 24-5-2014
Hudud: Adakah Mah setuju kenyataan Shabery?
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Adakah calon BN pada PRK Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong bersetuju dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung pelaksanaan hudud?
Ini berikutan kenyataan Shabery di Putrajaya semalam yang berkata jika DAP menang jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak hudud.
"Kalau begitu, kita tanya Shabery adakah dengan menyokong calon BN daripada Gerakan bererti menyokong atau bersetuju dengan pelaksanaan hudud?
"Adakah Mah yang juga Presiden Gerakan setuju dengan kenyataan Shabery itu?" tanya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata, rakyat umumnya mengetahui bahawa Gerakan menentang keras pelaksanaan hukum hudud.
Pada 24 April lalu, sekumpulan Pemuda Gerakan menyerahkan notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993) melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.
Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersama 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob di Pejabat Agung PAS.
Justeru, Mustafa mengingatkan Shabery selaku menteri agar tidak membuat kenyataan seperti itu lagi.
"Tak kanlah taraf menteri membuat kenyataan serendah itu," ujarnya kepada Harakahdaily.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRK yang berlangsung 31 Mei ini, Mah menentang calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. - HARAKAHDAILY 21/5/2014 Sumber HD - 21-5-2014
Hudud: Ikram perhebat penerangan untuk bukan Islam
HARAKAHDAILY | .
Dr Mujahid (tiga dari kiri) dalam forum hudud di Seremban.
SEREMBAN: Bagi memberikan gambaran sebenar tentang hukum jenayah syariah khususnya hudud, satu forum berhubung topik tersebut telah diadakan dewan kuliah Sekolah Chung Hwa, dekat sini.
Forum anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri Sembilan yang diterajui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dewan Himpunan Cina Negeri Sembilan itu membariskan lima ahli panel.
Panelis ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiyaz Sarwar, Haris Ibrahim dan Wong Kong Fatt serta aktivis Islam, Zaid Kamarudin.
Dr Badlishah Sham dari Ikram Negeri Sembilan bertindak sebagai moderator.
Pada sesi soal jawab, Dr Mujahid menerima pelbagai pertanyaan daripada peserta yang majoritinya bukan Islam berhubung hasrat PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah.
Menurut beliau, PAS bersedia untuk dikritik apabila isu pelaksanaan hudud menjadi perdebatan dalam jalur demokrasi.
Dr Mujahid malah menegaskan bahawa membincangkan perundangan hudud oleh bukan Islam tidak semestinya bererti menentang Islam.
PAS ujarnya bersedia menerima kritikan dengan berlapang dada.
"Banyak soalan diajukan dan kesemua peserta berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
"Perbincangan terbuka dapat memastikan perbahasan hudud tidak dikuasai hanya sentimen dan emosi," ujar beliau.
Menurutnya, gabungan NGO diterajui Ikram berhasrat menganjurkan 'road show' di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat mendapat peluang mendengar berbagai pandangan berhubung pelaksanaan hukum jenayah syariah di negara ini.- HARAKAHDAILY, 20/5/2014 Sumber HD - 20-5-2014
Hudud: Ikram syor beri masa kepada JK Teknikal
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan bertepatan dengan kehendak syariah, mencari pendekatan yang terbaik dan mengelak ianya dari dipolitikkan.
"Ikram bersedia menawarkan segala kepakarannya bagi menjayakan usaha ini," ujar Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad kepada Harakahdaily.
Justeru, Ikram juga mengalu-alukan keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Persendirian pada Persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.
Ini, ujarnya memberi masa yang lebih kepada Jawatankuasa Teknikal dan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.
Ikram, jelas beliau akan menggerakkan ahlinya dalam memberi penerangan mengenai keindahan syariat Islam serta terus iltizam dalam usaha ke arah penegakan syariat Islam yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Islam sebagai ad-deen adalah satu sistem kehidupan yang lengkap. Ia merangkumi semua persoalan kehidupan manusia sama ada individu atau masyarakat yang akhirnya membawa kepada kehidupan akhirat.
Keindahan undang-undang dan syariat Islam tidak dapat dilihat dan dinikmati sepenuhnya melainkan ia dilaksanakan seluruhnya. Islam tidak boleh dilihat dari satu aspek semata-mata. Islam bukan sekadar akidah. Islam juga bukan hanya ibadah tetapi juga akhlak. Islam bukan setakat mengurus persoalan kekeluargaan tetapi juga kemasyarakatan. Islam bukan terbatas kepada isu kewangan atau perbankan malah merangkumi isu keadilan sosial dan memerangi penindasan serta kezaliman.
Pelaksanaan syariat Islam termasuk melaksanakan hukuman hudud, menuntut beberapa fasa dan tindakan demi menjamin keadilan dan kesejahteraan semua.
Pertama: Masyarakat perlu diberi penjelasan agar memahami falsafah dan tujuan sebenarnya sistem jenayah syariah;
Kedua: Pemerintah perlu memastikan kebajikan rakyat didahulukan sehingga rakyat tidak terdorong melakukan jenayah atau maksiat;
Ketiga: Pemerintah perlu memastikan segala usaha atau dorongan ke arah maksiat dikurangkan;
Keempat: Pemerintah perlu berusaha agar unsur-unsur yang mempamerkan keindahan Islam turut dilaksanakan seperti sistem ekonomi yang adil dan tidak menindas, ketelusan, tadbir urus yang baik, pertanggungjawaban dan kebebasan bersuara.
Adalah menjadi kewajipan serta tanggungjawab pemerintah memastikan masyarakat tidak melakukan jenayah atas sebab tekanan atau terpaksa. Hukuman sepatutnya disasarkan kepada mereka yang sengaja melakukan jenayah. Bagi orang Islam, melaksanakan hukum seperti yang ditetapkan di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. adalah tuntutan agama.
Enakmen Kanun Kesalahan Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Maka adalah wajar orang Islam diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Ia meliputi hukum qisas, hudud dan takzir. Enakmen ini hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menyokong usaha ke arah perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
Pelaksanaan enakmen ini sebaiknya hendaklah melalui semua fasa yang dinyatakan di atas.
Ikram mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan enakmen ini bertepatan dengan kehendak syariah, mencari pendekatan yang terbaik dan mengelak ianya dari dipolitikkan. Ikram bersedia menawarkan segala kepakarannya bagi menjayakan usaha ini.
Ikram juga mengalu-alukan keputusan untuk tidak membentangkan Rang Undang-undang Persendirian pada Persidangan Dewan Rakyat bulan Jun 2014. Ini memberi masa yang lebih kepada Jawatankuasa Teknikal dan rakyat untuk mengemukakan pandangan dan cadangan.
Ikram akan menggerakkan ahlinya dalam memberi penerangan mengenai keindahan syariat Islam serta terus iltizam dalam usaha ke arah penegakan syariat Islam yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat.
Ikram menyeru semua lapisan masyarakat agar bersikap positif dalam menghadapi apa jua isu dan saling bantu membantu untuk memastikan Malaysia terus aman, maju dan makmur.
Sumber HD - 12-5-2014
PAS tangguh hasrat bawa undang-undang persendirian laksana hudud
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini mengambil keputusan tidak akan meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan Jun ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal yang bakal ditubuhkan untuk mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
Dalam satu kenyataan media tiga perenggan yang ditandatangani Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau berkata mesyuarat telah membuat pertimbangan dalam isu Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan dan mencapai keputusan berikut:
PAS Pusat mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Persidangan Bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya.
Amat menghairankan, tiba-tiba "hudud" dijadikan salah satu faktor kekalahan DAP dalam PRK P76 Teluk Intan.
Dalam meraikan hubungan dan semangat PR, kenyataan dan analisa "separa masak" oleh YB Gobind Singh, MP Puchong yang mengaitkan isu "hudud" sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan calon DAP di Teluk Intan amat-amat dikesali.
Sebaliknya isu "hudud" sedikit pun tidak terkesan ke atas pengundi-pengundi bukan Melayu dalam PRK Bukit Gelugor yang berlaku hanya selang beberapa hari.
Semangat dan rasa hormat menghormati dalam PR sepatutnya berlaku secara timbal balik, bukan hanya di satu pihak sahaja.
PAS sentiasa berusaha menjaga perkara ini, malangnya DAP kerap kali selalu terlupa atau sengaja lupa akan hakikat perkara ini.
Isu hudud atau Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan adalah isu di peringkat negeri Kelantan semenjak tahun 1993, sudah dibincang di pelbagai peringkat dan oleh pelbagai termasuk pimpinan DAP. Tetapi kenyataan YB Gobind tersebut, jelas menunjukkan kegagalan beliau dalam memahami isu tersebut.
Sebagaimana PAS tidak pernah mengkritik ideologi, prinsip dan strategi politik DAP secara terbuka lebih-lebih kepada media, maka sepatutnya secara bermoral DAP diharapkan dapat melakukan perkara yang sama.
Buat ke sekian kalinya DAP perlu faham walaupun enggan terima, bahawa "hudud" adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang menjadi dasar PAS.
Pada asasnya PAS boleh menerima sikap kontra DAP dan YB Gobind terhadap isu hudud, sebab kita semua bersetuju untuk "semua pihak berhak tidak bersetuju". Tetapi meletakkan isu tersebut sebagai faktor kekalahan adalah jauh daripada kematangan berpolitik.
Sepatutnya faktor calon, pengundi, isu setempat dan gerakerja parti bertanding yang menjadi bahan analisa.
Amat malang sebuah parti yang sudah dianggap kuat dan berpengaruh dikatakan kalah, kerana suatu isu yang tiada hubungkait dengan kawasan berlakunya pilihan raya tersebut.
Adakah ini menunjukkan parti yang bertanding gagal melaksanakan tanggungjawab penerangan kepada pengundi?
Dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang ditandingi oleh PAS dan berakhir dengan keputusan kalah pada pihak lawan, seingat saya belum ada kenyataan-kenyataan terbuka pemimpin PAS yang meletakkan isu dan rakan sekutu sebagai salah satu daripada faktor kekalahan.
Secara peribadi kaedah membelasah kawan apabila kita kalah dalam sesuatu perlawanan adalah jauh daripada kematangan dan hanya menjarakkan lagi hubungan khasnya dalam PR.
Jangan akhirnya kita sendiri mengeluh atas tindakan-tindakan yang "kurang manis" yang kita lakukan.
Sebahagian yang terlibat mengundi YB Gobind di Puchong dan melakukan gerak kerja pilihan raya semasa PRU13 yang lepas adalah juga ahli dan penyokong PAS.
Sehubungan dengan itu, nasihat saya ialah kita masing-masing menjaga perasaan dan sensitiviti prinsip dan ideologi perjuangan parti kita.
Semoga keharmonian ini tidak tergugat dengan kenyataan-kenyataan yang melukakan, yang hanya bakal memanjangkan jangka hayat BN untuk terus berkuasa.
Penulis ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Puchong. Sumber HD - 5-6-2014
Teluk Intan: DAP jangan salahkan pihak lain
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kelantan menolak andaian pemimpin DAP kononnya isu hudud menjadi faktor parti itu gagal mempertahankan Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil (PRK) Sabtu lalu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, DAP tidak sepatutnya menyandarkan kekalahan di Teluk Intan kepada orang lain tanpa melihat dalaman parti itu sendiri.
“Kalau hendak dakwa Teluk Intan kalah kerana isu hudud mengapa pula di Bukit Gelugor parti terbabit boleh menang sedangkan isu hudud juga hangat diperkatakan ketika itu.
“Berdasar kepada pengamatan banyak pihak, isu calon menjadi antara faktor yang perlu diambil kira. Oleh itu sikap menyalahkan orang lain tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan di Kelantan Trade Centre di sini, hari ini.
Semalam seorang pemimpin DAP, Gobind Singh Deo menyifatkan kontroversi pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan parti itu di Teluk Intan.
Sedangkan sebelum ini kajian Dr Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Center mendapati hanya 12 peratus responden pengundi Cina yang peka terhadap isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Pada PRK Parlimen Teluk Intan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila tewas sebanyak 238 undi kepada Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan.
Sebelum itu di PRK Bukit Gelugor, Ram Karpal juga dari DAP berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 undi.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, faktor pengundi luar tidak balik mengundi menyumbang kepada penurunan sekitar 7,000 undi DAP.
“Isu ini wajar dilihat secara holistik dan tidak hanya menyalahkan PAS semata-mata. Jika logik demikian mahu dipakai, adakah wajar PAS pula menyalahkan DAP jika gagal menarik undi kaum Melayu.
“Sikap menyalahkan PAS dan hudud hanya suatu analisa tergesa-gesa. Keluarlah analisa yang lebih adil,” katanya. - HARAKAHDAILY 4/6/2014 Sumber HD - 4-6-2014
Saya tidak sama dengan Tunku Aziz – Dyana Sofya
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dyana Sofya Mohd Daud membidas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu apabila menyedari bahawa ‘ia tidak berbilang kaum’.
Tegasnya, beliau menyertai DAP kerana memahami serta mengagumi perjuangan pemimpin dan prinsip berbilang budaya parti itu serta pengalamannya sama sekali jauh berbeza dengan Tunku Aziz.
Justeru, bekas calon DAP pada PRK Parlimen Teluk Intan itu menghargai kesungguhan parti itu yang sentiasa membela semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama.
"Saya percaya dengan prinsip melakukan sesuatu yang betul tanpa mengambil kira kesan dan risiko," ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, beliau menyertai DAP tanpa sebarang niat untuk dilantik apa-apa jawatan kerana hanya mahu bersama orang-orang yang berfikiran terbuka, berkongsi visi dan misi serta mengambil bahagian dalam perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik.
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, beliau sama sekali tidak memandang DAP hanya sebagai sebuah parti politik tapi lebih daripada itu, iaitu sebuah keluarga.
Sebelum menyertai DAP, beliau tidak pernah merasai semangat sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum yang menghormati antara satu sama lain
“Saudara-saudari saya dalam DAP telah membuatkan saya sedar bahawa tidak mustahil untuk menjadi rakyat Malaysia sejati tanpa kepura-puraan," tegasnya. - HARAKAHDAILY 3/6/2014 Sumber HD - 3-6-2014
Jangan kecewa kalah di Teluk Intan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Seluruh jentera PAS telah menunjukkan semangat luar biasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 31 Mei lalu pilihan raya itu walaupun bukan PAS yang bertanding.
Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, oleh itu jentera PAS tidak perlu berasa terlalu kecewa dengan kekalahan tersebut kerana telah melakukan yang terbaik.
"Biarpun tewas, tetapi ianya bukannya memberikan gambaran kegagalan gerak kerja PAS oleh kerana jentera telah bertungkus-lumus bekerja untuk menarik sokongan pengundi," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, walaupun kerusi itu bukanlah ditandingi oleh PAS, namun salah satu kerusi di dalam parlimen itu adalah milik PAS iaitu Dun Changkat Jong, maka jentera wajar bermuhasabah.
"Kami masih gagal untuk menarik sokongan pengundi di dalam Dun Changkat Jong apabila kekal tewas dengan majoriti agak besar khususnya dari kalangan pengudi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan BN.
"Kita akan membuat post-mortem bagi mengenalpasti apakah strategi yang berkesan dan tidak berkesan supaya selepas ini akan lebih bersedia," katanya.
Kenaikan tiga peratus pengundi Melayu ujarnya adalah rangsangan kepada jentera PAS di Teluk Intan untuk terus berusaha menarik sokongan kelompok tersebut kerana ianya sangat penting bagi PAS itu sendiri.
"Kepada seluruh jentera, anda telah membuat yang terbaik. Jangan sesekali kecewa sebaliknya harus menganggap tiada istilah kalah dalam kamus perjuangan," katanya. - HARAKAHDAILY 3/6/2014 Sumber HD - 3-6-2014
Teluk Intan: Terima kasih kepada petugas PAS
MOHD SYAMSUL ALAUDDIN | .
Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera PAS yang bertungkus lumus membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) P076 Teluk Intan.
Walaupun bukan PAS yang bertanding, namun PAS tetap 'all out' menggerakkan jentera bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan dikekalkan.
Pemuda PAS melahirkan rasa terharu dengan semangat yang ditunjukkan jentera khususnya daripada negeri-negeri yang tidak putus-putus turun demi mentaati arahan pimpinan.
Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak telah berjaya menjalankan peranannya untuk menyusun gerak kerja disamping mengerah tenaga pemuda untuk turun ke lapangan untuk membantu.
Walaupun gagal mempertahankan kerusi Teluk Intan, kami tetap gembira dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat walaupun berlaku sedikit kemerosotan.
Kegagalan itu adalah sebagai medan muhasabah untuk pimpinan dan jentera melihat dimana kekurangan yang ada namun ianya tidak boleh menjadikan gambaran tentang kesungguhan kerja buat para jentera.
Kami berharap semua jentera tidak berputus asa sebaliknya menjadikannya sebagai suntikan semangat untuk terus berjuang.
Kami yakin pilihanraya ini menjadi platform penting kepada PAS untuk mempersiapkan kekuatan bagi memastikan pilihanraya akan datang, Dun Changkat Jong akan berjaya ditakluk kembali.
*Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Perak Sumber HD -2-6-2014
PRK Teluk Intan: Pengundi luar antara faktor kalah
MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Analisis awal Pakatan Rakyat mendapati faktor pengundi luar yang tidak balik mengundi antara faktor kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei lalu.
Pengarah Jawatankuasa Induk PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, tumpuan bagi memastikan pengundi luar balik mengundi tidak diambil satu keperluan utama ketika itu menyebabkan ramai yang tidak pulang mengundi.
"Ini terbukti apabila sasaran kita untuk peratusan keluar mengundi pada 73 peratus tidak tercapai.
"Faktor pengundi luar kita tidak letakkan sebagai keperluan utama untuk memanggil mereka pulang agar peratusan itu tercapai dan ini menyebabkan kita mengalami kekalahan apabila hanya 66.67 peratus sahaja keluar mengundi," jelasnya kepada Harakahdaily.
Pada PRK Teluk Intan lalu, calon BN Datuk Mah Siew Keong menang tipis terhadap calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.
Mengulas lanjut Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, kebanyakan pengundi luar berasa selesa dengan kemenangan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu dengan majoriti lebih 7,313 undi sehingga merasakan tidak perlu pulang.
"Ini sebagai pengajaran, kita jangan ingat kemenangan yang lepas tidak menjamin kemenangan kita akan datang.
"Bila lihat kita menang dengan majoriti yang besar maka kita tidak perlu mengundi, ini satu kesilapan dan ia tidak harus diulangi pada masa akan datang, ini peringatan kepada semua," sambung beliau.
Beliau berkata, peningkatan sokongan pengundi Melayu sebanyak tiga peratus juga tidak dapat menampung untuk kemenangan DAP.
Jelasnya, PAS akan memastikan gerak kerja jentera bagi Parlimen Teluk Intan akan terus bekerja bagi meningkatkan lagi sokongan pengundi Melayu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. - HARAKAHDAILY 2/6/2014 Sumber HD - 2-6-2014
Teluk Intan: Perlu lebih ramai calon muda
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemilihan calon muda seperti Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan yang lalu adalah suatu langkah yang baik bagi Pakatan Rakyat dalam menarik sokongan pengundi muda.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Iskandar berkata ianya juga perlu dijadikan penanda aras oleh Pakatan Rakyat untuk mengetengahkan lebih ramai lagi calon dari golongan muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
"Kami juga akan sentiasa bersedia untuk melahirkan tokoh-tokoh muda agar ditampilkan sebagai calon yang berwibawa sebagai calon daripada PAS.
"Kami juga yakin, pengundi-pengundi muda bersedia memberikan sokongan jika kita bersedia menampilkan calon-calon yang bertenaga dan mampu menjadi pemimpin untuk menyuarakan isu-isu rakyat sama ada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu beliau mewakili pemuda Pakatan Rakyat Perak mengucapkan terima kasih kepada pengundi muda yang telah mengundi Dyana pada pilihan raya tersebut 31 Mei lalu.
Biarpun Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya itu, namun katanya apa yang lebih penting adalah jalinan semangat dan kerjasama antara pemuda ketiga-tiga parti dalam menggerakkan jentera kempen.
"Kami mengharapkan semua gerak kerja sejak bermula tempoh berkempen hingga selesai PRK Teluk Intan akan membina persafahaman yang lebih jitu serta langkah yang lebih tersusun menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 nanti," katanya. - HARAKAHDAILY 2/6/2014 Sumber HD - 2-6-2014
Anak muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia terutama golongan muda agak kecewa dengan kekalahan Dyana Sofea pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan semalam, tulis Abu Hassan Adam.
Menurutnya, mereka telah menaruh sepenuh harapan agar Dyana akan membawa’obor’ perjuangan politik baru ke arena politik Malaysia bersama-sama dengan pemimpin muda lain.
“Mereka telah menaruh sepenuh harapan yang beliau akan termampu untuk menukar lanskap politik Malaysia ke suatu era yang sesuai dengan perkembangan politik abad ke-21,” tulis beliau di dalam blognya.
Sebenarnya, bagi beliau Dyana hanya kalah di PRK Teluk Intan tetapi telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia yang tidak mengira bangsa dan kaum.
“Anak muda pastinya menaruh harapan menggunung kepada Dyana Sofea. Teruskan perjuangan murni itu,” tulisnya lagi.
Calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.
PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 1/6/2014 Sumber HD - 1-6-2014
3 sebab awal kekalahan DAP di Teluk Intan
LIM GUAN ENG | .
DAP mengucapkan tahniah kepada UMNO sebagai pemenang sebenar Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu gembira atas kemenangan yang menjadi berita "manis" kepadanya pada malam terakhir lawatan rasmi ke China.
Walaupun Presiden Gerakan, Mah Siew Keong menang dengan undi majoriti tipis, 238 undi, dan akan dilantik sebagai Menteri Kabinet, kemenangan itu adalah milik UMNO. Sama ada Mah akan menjadi Menteri "UMNO" bergantung kepada sama ada dia boleh lulus ujian pertamanya bahawa dia tidak akan menjadi Menteri "UMNO" dengan memastikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta maaf kerana menggelar orang Cina sebagai tidak bersyukur?
Walaupun mempunyai Menteri UMNO ini bermakna lebih banyak projek pembangunan, namun projek-projek ini akan memberi lebih manfaat kepada kroni UMNO berbanding rakyat. Mah perlu membuktikan bahawa beliau boleh menunaikan janji yang dibuat kepada pengundi Teluk Intan dalam tempoh 3 tahun akan datang dan tidak hanya bergantung kepada "gula-gula 'yang diberikan kepada pengundi dalam tempoh pilihan raya.
Tiga Sebab Awal Bagi Kekalahan DAP: Pembetulan Untuk Laporan Palsu Bahawa Saya Menyalahkan Dyana Sofya Atas Kehilangan Kerusi Parlimen Teluk Intan
Saya terkejut dengan laporan palsu bahawa saya telah menyalahkan pencalonan Dyana Sofya sebagai punca kehilangan kerusi Parlimen Teluk Intan yang sebelum ini milik DAP. Kenyataan tersebut jelas jauh dari kebenaran dan saya berharap pembetulan ini boleh diterbitkan.
Dalam ucapan saya malam tadi di luar Pusat Operasi Pilihan Raya Teluk Intan, saya telah menegaskan bahawa DAP tidak menyesal dalam menamakan Dyana sebagai calon DAP. Saya telah menggariskan 3 sebab untuk menamakan Dyana sebelum ini pada 17 Mei 2014. Bahawa masa telah tiba untuk kita memberi peluang kepimpinan kepada wanita dan anak muda serta melahirkan Malaysia baru yang menolak politik perkauman, supaya seorang Melayu boleh mewakili Cina atau India dan sebaliknya.
Mungkin Dyana tidak mempunyai cukup masa dalam 2 minggu ini kerana beliau adalah muka baru kepada pengundi tetapi saya dipetik dari Soekarno bahawa jika kita boleh mendapatkan 10 lagi anak-anak muda seperti beliau, kita boleh "goncangkan" Malaysia dan UMNO. Saya membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa DAP tidak akan berputus asa dengan usaha ini seperti yang dinyatakan di atas.
Kemudian media bertanya kepada saya tentang punca kekalahan DAP, termasuk sama ada pengundi bukan Melayu tidak dapat menerima calon dari kaum lain. Saya telah menyatakan tiga sebab. Satu, kemerosotan peratus keluar mengundi daripada 48,649 undi atau 80.4% dalam pilihan raya umum tahun lepas kepada 39,850 undi atau 66.5% dalam pilihan raya kecil ini merupakan faktor kritikal dalam mengurangkan majoriti 7,313 DAP sebelum ini kepada kemenangan tipis BN dengan 238 undi.
Dua, pengundi takut dengan ancaman politik pembangunan dengan dakwaan pembangunan hanya boleh diberikan oleh seorang Menteri Kabinet, dan juga ancaman politik samseng dan keganasan oleh UMNO dalam tempoh pilihan raya.
Ketiga, mungkin kerana Dyana baru, seorang wanita, muda dan calon parlimen Melayu yang pertama daripada DAP, dia tidak diterima sepenuhnya oleh semua 3 kaum. Analisis awal menunjukkan bahawa terdapat penurunan dalam sokongan antara pilihan raya umum tahun lepas untuk pilihan raya kecil ini untuk pengundi Cina dari 85% kepada 70%, kaum India jatuh dari 61% kepada 50% tetapi sedikit peningkatan sokongan orang Melayu dari 25% kepada 28%. Laporan penuh analisis bedah siasat akan diumumkan kemudian.
Saya juga telah mengucapkan terima kasih kepada cawangan tempatan di bawah Jawatankuasa Perhubungan Parlimen (PLC) Teluk Intan yang bekerja rapat dengan DAP Kebangsaan dan Perak, Pengarah Operasi Pilihanraya, Sdr Tony Pua dan Wong Kah. PLC menemani saya untuk hari dari pagi hingga malam apabila saya melakukan tinjauan mesra di sekitar Teluk Intan. DAP kalah walaupun kita berjuang sebagai satu pasukan dari peringkat nasional ke negeri dan cawangan.
Pada masa akan datang, DAP perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi luar kawasan untuk pulang ke rumah untuk meningkatkan jumlah pengundi; untuk meyakinkan pengundi bahawa pembangunan bukan hak keistimewaan; dan juga menerima Malaysia baru tanpa politik perkauman di mana seorang Melayu boleh mewakili bukan Melayu dan bukan Melayu mewakili Melayu.
Tiada mana-mana pemimpin DAP termasuk saya menyalahkan Dyana atas kekalahan ini. DAP juga tidak menyalahkan mana-mana komuniti untuk tidak menyokong secukupnya DAP. Sebaliknya DAP mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami dengan mempercayai impian DAP untuk era baru politik tanpa rasuah dalam Malaysia baru bagi setiap rakyat.
DAP menerima keputusan sebenar rakyat kerana dalam demokrasi, sentiasa ada menang dan kalah. DAP akan kembali dan bekerja untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dari semua kaum dalam masa 3 tahun untuk pilihan raya umum yang akan datang. Seperti semua pemimpin DAP, Dyana juga tidak akan berhenti dan beliau berkata, "Ini bukan kali terakhir anda melihat saya, dan saya akan meneruskan perjuangan ke arah Me’Malaysia’kan Malaysia."
DAP akan terus menyokong Dyana Sofya untuk Malaysia baru. DAP menggesa semua rakyat Malaysia, anak muda dan wanita, untuk menyertai Dyana Sofya dalam DAP dengan mengatakan "Tidak" kepada politik perkauman.
Sumber HD - 1-6-2014
Warga Teluk Intan tunggu universiti dan lebuh raya
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Melalui kemenangan BN pada PRK Teluk Intan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri, Datuk Mah Siew Keong akan dilantik menjadi menteri atas kapasitinya sebagai Presiden Gerakan.
“Melalui beberapa janji yang terkandung dalam manifestonya pula, pembinaan sebuah universiti tentulah antara yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Teluk Intan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.
Menurutnya, melalui beberapa janji menteri yang lain lain pula seperti wifi yang lebih laju, pembangunan yang lebih banyak, pembinaan lebuh raya Banting-Taiping yang dijanji dipercepatkan, uniform untuk anggota Rela dan sebagainya, semuanya itu sedang dinanti oleh penduduk Teluk Intan walaupun Mah berkata, semua itu bukan janjinya dan beliau tidak terikat dengannya.
Namun, katanya jika semua janji itu tidak ternampak bayangnya atau sebatang tiang pun gagal dinaikkan menjelang pilihan raya 2018 nanti, tidak mustahil kerusi Teluk Intan ini kembali semula ke pangkuan DAP.
“Meskipun ada kemungkinan sesetengah pemimpin Umno bersikap agak sombong dan poyo dengan kejayaan merampas kerusi Teluk Intan ini daripada DAP, tetapi secara keseluruhannya pola pengundian masih menjanjikan persaingan yang sengit dalam pilihanraya umum akan datang. Najib, Umno dan BN belum boleh bersenang-lenang lagi,” tulisnya lagi.
Pada PRK Teluk Intan semalam, BN berjaya merampas kembali kerusi parlimen itu yang kali terakhir pernah dimenanginya pada 2004 dahulu.
Dengan peratusan keluar mengundi begitu menurun iaitu hanya sebanyak 66.5 peratus, Mah memperolehi 20,157 undi manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi. Undi rosak pula sebanyak 550.
KUALA LUMPUR: Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, namun calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu tetap menang dari segi moral.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kekalahan dengan majoriti yang kecil itu membuktikan kekalahan moral kepada calon Barisan Nasional (BN).
BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.
"Tahniah kepada Dyana kerana saingan yang beliau berikan kepada BN.
"Walaupun kalah tetapi beliau tetap menang dari segi moral dan kemenangan tipis BN ini cukup memalukan apatah lagi yang bertanding merupakan Presiden Gerakan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Katanya lagi, sejak awal lagi Dyana diserang dari pelbagai sudut termasuk daripada agensi kerajaan sendiri, namum beliau mampu menghadapinya.
"Dyana bukan sahaja menghadapi serangan dari jentera BN tetapi dari agensi kerajaan.
"Ketabahan yang beliau tunjukkan ini merupakan satu permulaan baik untuknya bagi meneruskan perjalanan politik pada masa akan datang," katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai peratusan keluar mengundi yang merosot iaitu hanya 66.5 peratus sahaja, beliau berkata jangan selesa dengan keputusan PRU13 lalu
"Ini suatu peringatan kepada pengundi walaupun di mana sahaja, kita jangan berasa selesa bila melihat majoriti yang tinggi diperolehi pada pilihan raya umum yang lepas.
"Setiap pengundi perlu keluar dan balik bila adanya PRK, kemenangan dahulu tidak boleh menjamin kemenangan akan datang, saya harap ini dapat memberi pengajaran," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 31/5/2014 Sumber HD - 31-5-2014
Teluk Intan: Dyana Sofya 19,919 Mah Siew Keong 20,157
HARAKAHDAILY | .
TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.
Mah yang juga Presiden Gerakan mendapat 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud, memperoleh 19,919 undi dengan 550 undi rosak.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Teluk Intan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini, sebentar tadi.
Pada PRK Teluk Intan ini, peratusan keluar mengundi adalah rendah iaitu sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir berbanding 80.7 peratus pada PRU13 tahun lepas.
PRK Teluk Intan daiadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah menang dengan majoriti 7,313 undi apabila memperoleh 27,399 undi sementara calon BN, Mah mendapat 20,086 undi dan calon Bebas, Moralingam Kannan 279 undi. - HARAKAHDAILY 31/5/2014 Sumber HD - 31-5-2014 DSMD -http://www.kinitv.com/video/7525O74 SPR - http://www.kinitv.com/video/7525O74 Sumber MK - 31-5-2014
Kononnya Dyana la yang minum [arak tu] .... Tapi sebenarnya amoi yang kat bawah tu [gambar asal] Sumber HD - 31-5-2014
Pemimpin Umno berbaju dacing masuk tempat mengundi
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kelihatan memasuki tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dengan berpakaian berlambangkan BN.
Lebih memeranjatkan lagi apabila Tajuddin yang juga Ketua Bahagian Umno Pasir Salak masuk dengan tidak memakai tag kebenaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Gambar tersebut dikirim kepada Harakahdaily oleh Adun Pasir Pinji, Howard Lee yang merupakan wakil calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Mengikut etika pilihan raya, mana-mana individu tidak dibenarkan membawa masuk lambang kepartian ke dalam kawasan pusat pembuangan undi.
Howard Lee ketika ditemui berkata, beliau telah berjumpa dengan Pegawai Pilihanraya PRK Teluk Intan dan telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung tindakan Tajuddin yang jelas melanggari etika pilihan raya.
"Beliau bukan hanya masuk dengan tidak menggunakan tag SPR malah beliau memakai baju berpakaian BN, bukan satu lambang tetapi banyak," jelasnya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014 Sumber HD - 31-5-2014
Teluk Intan: Nombor pimpinan PAS digodam
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Nombor telefon yang digunakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Teluk Intan, Mohd Akram Ayub telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Nombornya telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang berunsur fitnah dan saraf untuk meragukan pengundi-pengundi Teluk Intan.
Pelbagai SMS telah disebarkan menggunakan nombor tersebut dan ramai pengundi memaklumkan bahawa mereka menerima pelbagai SMS yang meragukan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Teluk Intan, Muhammad Basyir ketika ditemui memaklumkan bahawasanya Akram menafikan sekeras-kerasnya SMS yang disebarkan itu dihantar oleh dirinya.
Kata beliau, pihaknya mendapat maklumat dan aduan ramai tentang sebaran SMS palsu itu yang telah menyebabkan pengundi-pengundi keliru serta terpengaruh.
Tegas Basyir, beliau tidak menolak kemungkinan ia boleh mempengaruhi pengundi hingga menyebabkan keputusan pengundian juga terkesan.
"Kami yakin perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sangat terdesak sehingga sanggup membuat tindakan demikian.
"Kami akan berbincang dan kemungkinan akan membuat laporan polis berhubung tindakan khianat itu," jelasnya.
Sumber HD - 31-5-2014
PRK Teluk Intan: Kecoh kerana ghairah raih undi
BERNAMA | .
TELUK INTAN: Sejumlah 40.13 peratus atau 24,050 daripada 59,927 pengundi telah menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sehingga 12 tengah hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau berpuas hati dengan proses PRK itu yang berjalan lancar.
Sekurang-kurangnya 70 peratus pengundi dijangka keluar mengundi hari ini, katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini, lebih ramai golongan tua yang keluar mengundi berbanding pengundi muda.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zamby Abdul Kadir yang ditemui pemberita ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak, di sini berkata proses pengundian berjalan lancar walaupun berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.
"Difahamkan berlaku kekecohan di beberapa kawasan seperti di Kampung Bahagia kerana keadaan yang sesak dengan jumlah pengundi yang ramai dan penyokong kedua-dua parti berdiri terlalu dekat antara satu sama lain," katanya.
Beliau berharap tidak ada provokasi melampau daripada kedua-dua parti penyokong sepanjang proses mengundi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan di pusat pengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dan Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam pagi tadi berlaku disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti politik melakukan provokasi dan meraih undi di saat-saat akhir.
"Polis sentiasa memantau keadaan namun kekecohan yang berlaku berjaya dikawal anggota yang bertugas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Seramai 60,349 pengundi, terdiri daripada 25,310 pengundi Cina, 23,301 (Melayu) dan 11,468 (India) dan selebihnya bangsa lain, layak mengundi pada PRK kali ini.
Sementara itu, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal PRK itu, telah menjalankan tanggungjawab pada 27 Mei lepas.
PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Pada PRU Mei 2013, Seah menang dengan majoriti undi 7,313 dalam pertandingan tiga penjuru. - Bernama Sumber HD - 31-5-2014
Teluk Intan: 'Perang mulut' perayu undi
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Proses pembuangan undi secara keseluruhannya berjalan dengan lancar walaupun ada kekecohan kecil di beberapa tempat.
Sejak bermula proses mengundi, calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud telah mula melawat tempat-tempat pembuangan undi.
Manakala penyokong daripada kedua-dua belah pihak bersama-sama merayu undi dalam usaha terkahir memujuk pengundi sebelum masuk ke pusat pengundian.
Kemeriahan terasa di semua pusat pengundian dengan pelbagai gelagat daripada perayu undi dengan aksi-aksi masing-masing.
Walaupun berlaku 'perang mulut' antara kedua-dua belah pihak, namun tidak ada kekecohan besar terjadi sebaliknya masing-masing bertindak matang menghadapi suasana tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima beberapa laporan tentang provokasi yang berlaku namun ia dapat dikawal oleh pihak keselamatan.
BN dilihat kekurangan modal apabila masih mengharapkan 'seluar dalam' untuk menarik sokongan pengundi.
Berlaku juga tindakan berbaur lucah daripada Wanita Umno apabila menunjukkan aksi kurang sopan kepada perayu undi daripada kalangan petugas PAS namun tindakannya itu tidak diendahkan.
Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan ketika ditemui menggesa pengundi-pengundi keluar mengundi secepat mungkin bagi mengelak berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini hingga menyebabkan tidak sempat untuk membuang undi.
Namun begitu, beliau berpuas hati dengan 'mood' pengundi ketika ini yang memberikan respon positif kepada DAP dan Pakatan Rakyat.
Sumber HD - 31-5-2014
Teluk Intan: 22.95 peratus keluar mengundi sehingga 10 pagi
BERNAMA | .
TELUK INTAN: Sejumlah 22.95 peratus atau 13,754 pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sehingga 10 pagi ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Cuaca cerah pagi ini memboleh pengundi menunaikan tanggungjawab mereka seawal 8 pagi.
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan isteri, Datin Yeoh Pooi Hoon mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz pada 9.10 pagi.
Tinjauan Bernama mendapati pengundi warga emas turut dibantu petugas SPR dengan kerusi roda untuk masuk ke pusat pengundian. Peraih undi kedua-dua calon juga kelihatan berada 50 meter dari pusat pengundian.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meluangkan masa meninjau beberapa pusat mengundi di sekitar kawasan Parlimen Teluk Intan.
Beliau memulakan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz di sini pada kira-kira 9 pagi, diiringi pegawai SPR.
Dalam lawatan itu, Abdul Aziz memantau kelancaran perjalanan proses mengundi di pelbagai saluran, termasuk memastikan keadaan peti undi mengikut peraturan yang ditetapkan.
Seramai 60,349 pengundi, terdiri daripada 25,310 pengundi Cina, 23,301 (Melayu) dan 11,468 (India) dan selebihnya bangsa lain, layak mengundi pada PRK kali ini.
Sementara itu, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal PRK itu, telah menjalankan tanggungjawab pada 27 Mei lepas.
PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Pada PRU Mei 2013, Seah menang dengan majoriti undi 7,313 dalam pertandingan tiga penjuru.
Sumber HD - 31-5-2014
PRK Teluk Intan: 35 pusat pengundian dibuka 8 pagi
BERNAMA | .
TELUK INTAN: Sebanyak 35 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 59,927 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.
Semua pusat mengundi akan ditutup 5 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Timah yang akan ditutup pada pukul 4 petang kerana mempunyai sedikit pengundi.
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Jalan Changkat Jong, di sini.
Pada pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.
Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau juga menjangkakan keputusan PRK Parlimen Teluk Intan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam.
Sementara itu, cuaca di Teluk Intan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.
PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Pada PRU Mei 2013, Seah menang dengan majoriti undi 7,313 dalam pertandingan tiga penjuru. - Bernama Sumber HD - 31-5-2014
Dyana Sofya bukti DAP tidak perkauman - Mujahid
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud akan pecahkan tembok perkauman yang ditanam oleh BN selama ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, DAP telah bertindak berani meletakkan calon berbangsa Melayu yang beragama Islam bagi melawan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Menurutnya, PAS sangat kagum dengan keberanian DAP yang digambarkan parti chuvanis Cina oleh BN khususnya Umno.
"Saya sangat 'salute' dengan keberanian DAP yang sangat berani apabila meletakkan Dyana sebagai calon.
"Inilah bukti DAP bukannya parti perkauman seperti parti komponen di dalam BN," katanya ketika berucap di ceramah kemuncak DAP, Bandar Teluk Intan dekat sini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan, Pakatan Rakyat tidak mengamalkan semangat perkauman dalam perjuangannya dan buktinya semua parti gabungan itu meletakkan calon berbilang bangsa.
PAS katanya turut meletakkan selain Melayu sebagai calon termasuklah di parlimen Air Hitam yang ditandingi oleh Mantan Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
"Kita tidak ada beza, siapa mahu lawan rasuah, perkauman, tipu rakyat mari bersama Pakatan Rakyat.
"Mari kita lawan sama-sama dan parti Umno, MIC, MCA, Gerakan sampai mereka tak boleh cari makan," jelasnya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014 Sumber HD - 31-5-2014
Ibu sebak sokongan warga Teluk Intan kepada Dyana
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat tidak dapat menahan sebak melihat sambutan warga Teluk Intan terhadap anaknya.
Beliau menitiskan air mata ketika rakyat menyambut dengan girang kehadiran Dyana ke Majlis Ceramah Kemuncak DAP di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan malam tadi.
Kira-kira 20,000 hadir ke program terakhir sebelum tamat tempoh berkempen itu dan hadirin yang hadir menunggu dengan penuh sabar calon DAP yang akan dipilih oleh mereka.
Kehadiran anak muda berumur 27 tahun disambut dengan laungan "Dyana, Dyana, Dyana" oleh ribuan hadirin pelbagai bangsa, kaum serta lapisan tanda sokongan padu terhadapnya.
Yammy duduk di tempat duduk di bawah menzahirkan rasa hibanya dan mengesat airmatanya yang mengalir tanda rasa gembira terhadap sokongan rakyat.
Dalam pilihan raya kecil ini, beliau berdiri teguh di belakang anaknya walaupun Dyana dan dirinya sendiri diserang bertubi-tubi oleh BN dengan pelbagai dakyah ditimbulkan.
Walaupun beliau adalah ahli Umno namun merestui pencalonan Dyana kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.
Beliau menghabiskan masanya bersama anak perempuannya itu di sepanjang tempoh berkempen. - HARAKAHDAILY 31/5/2014 Sumber HD - 31-5-2014
20,000 hadiri malam kemuncak kempen Dyana
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan, pengundi di parlimen Teluk Intan membawa harapan besar rakyat Malaysia.
Katanya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan diharap menjadi platform untuk membuka lembaran baru politik di negara ini ke arah yang lebih baik.
Ujar Dyana, rakyat mahukan tembok perkauman yang diasaskan BN dapat dipecahkan dan membina jambatan perpaduan masyarakat pelbagai kaum tanpa mengira bangsa, agama serta warna kulit.
"Kita harus bersatu padu menolak politik perkauman, saya bertanding disini untuk runtuhkan tembok perkauman dan timbulkan politik baru.
"Saya yakin majoriti rakyat Malaysia sama seperti saya, sudah tibanya untuk kita bangkit untuk tuntut semula negara Malaysia," ujar anak muda itu.
Ujar beliau, pelbagai usaha dibuat bagi memecah belahkan perpaduan rakyat dengan isu perkauman namun DAP bersama Pakatan Rakyat sangat komited untuk membina jambatan perpaduan.
Perpaduan itu katanya sangat penting oleh rakyat dinegara ini dan tidak boleh menerima lagi politik berasaskan perkauman.
Dyana menyatakan, pilihan raya kecil itu adalah sangat penting untuk memalaysiakan kembali Malaysia yang telah dijajah dengan semangat perkauman oleh BN.
"Saya menyeru rakyat Teluk Intan bersama saya serta rakyat Malaysia menolak politik perkauman dan politik perpecahan," katanya ketika berucap dalam program ceramah kemuncak DAPdi Dataran Jalan Mahkota Teluk Intan.
Pihak penganjur menganggarkan kira-kira 20,000 hadir ke ceramah kemuncak itu sebelum waktu kempen tamat tepat jam 12.00 tengah malam tadi dan ianya mengakibatkan jalan di bandar Teluk Intan sesak.
Hadir sama dalam majlis itu antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Program tersebut meneggelamkan majlis yang turut diadakan berdekatan iaitu di dataran Menara Condong yang sangat hambar apabila tidak sampai 80 orang hadir. - HARAKAHDAILY 31/5/2014 Sumber HD - 31-5-2014
Undi Dyana, patahkan tongkat perkauman BN
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: PAS melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang diwakili DAP mempunyai harapan yang cerah untuk memperoleh kemenangan dalam Pillihan Raya Kecil (PRK) P076 Teluk Intan yang akan berlangsung esok.
Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan respons daripada masyarakat setelah jentera dan pimpinan PAS disemua peringkat memberikan komitmen tinggi terhadap gerak kerja kempen.
Dalam merealisasikan kejayaan, Naib Presiden PAS itu mengharapkan pengundi khususnya orang Melayu dapat menunaikan amanah esok dengan penuh tanggungjawab dan tidak gentar serta takut kepada ugutan-ugutan daripada mana-mana pihak.
"Kepada pengundi Melayu, inilah masanya untuk kita buktikan kesefahaman dan kesepaduan antara kaum disamping mematahkan tongkat penting BN ini setelah tidak lagi mengharapkan kepada MCA dan MIC.
"Jika kalahnya Presiden Gerakan ini, saya yakin parti itu akan lumpuh dan BN kehilangan baki tongkat yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS, Padang Tembak Teluk Intan dekat sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin menyatakan, setakat pagi tadi gerak kerja jentera PAS telah melebihi 90 peratus dan akan meningkat dalam baki tempoh yang ada ini.
Beliau mengharapkan semua petugas serta pimpinan yang ditugaskan di kesemua 18 Unit Peti Undi (UPU) dapat memastikan pecutan serta sentuhan terakhir dapat dijelmakan dalam baki yang ada bagi memastikan semua matlamat serta key performance indicator (KPI) dapat dicapai.
"Saya yakin dan percaya melalui komitmen yang diberikan, sikap yang ditujukkan oleh jentera kawasan-kawasan dari negeri Perak dan negeri-negeri dalam akan berakhir dengan kejayaan," jelasnya.- HARAKAHDAILY 30/5/2014 Sumber HD - 30-5-2014
PRK Teluk Intan kotor kerana BN, bukan PR
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tidak berhak melabel Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai paling kotor kerana partinya sendiri mengamalkan taktik itu sepanjang kempen berjalan, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Beliau berkata, kenyataan Mah itu jelas menggambarkan bahawa beliau cuba menutup kesalahan sendiri, kerana umum mengetahui BN adalah sumber kepada kekotoran yang sedang berlaku.
Tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu, sumber kekotoran dalam PRK ini bukan Pakatan Rakyat tapi Umno BN sendiri.
“Ini dapat dilihat dalam kempen 24 jam setakat ini, di mana mereka telah mengedar pelbagai risalah fitnah penuh pembohongan di seluruh Teluk Intan,” ujarnya dipetik Roketkini.
Menurutnya, risalah itu dalam pelbagai bahasa, sebagai contoh akhbar Anson Bay yang mengeluarkan fitnah jahat terhadap DAP untuk meraih undi.
“Antara yang tertera dalam risalah itu adalah seperti jika DAP berkuasa kami kononnya akan mengusir orang Melayu, menghapuskan mata pelajaran agama Islam di sekolah dan hanya boleh dipelajari di surau ataupun masjid, menjelang 2020 agama rasmi negara adalah Kristian kerana 90 peratus kepimpinan menganut agama itu, bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua dan sistem raja akan dihapuskan,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, hari ini.
Beliau menegaskan, Mah tidak boleh lagi menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dalam taktik penipuan seperti ini.
“Persoalannya, adakah Mah bersedia bertanggungjawab dalam perkara ini? Dia mungkin boleh kata tak tahu, semuanya dia tak tahu,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 30-5-2014
Surat terbuka Dyana untuk orang Teluk Intan
DYANA SOFYA MOHD DAUD | .
Tuan/puan orang Teluk Intan yang baik budi,
Dua minggu sudah begitu memerah tenaga, namun sangat mengujakan. Sejak dinamakan oleh DAP sebagai calon pilihan raya kecil Teluk Intan, saya melalui pelbagai pengalaman dalam masa dua minggu ini jika dibanding dengan usia 27 tahun saya.
Dengan tiba-tiba saya menjadi tumpuan menteri-menteri Umno yang tidak dapat menahan diri daripada memberi komen tentang rupa paras saya. Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu tuan-tuan supaya jangan undi saya hanya sebab saya memakai gincu. Datuk Zahid Hamidi pula berkata saya ini tidaklah cantik sangat jika jumpa berdepan. Datuk Ahmad Maslan pula menekankan bahawa isterinya sendiri, bahkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman pun boleh menang jika ini satu pertandingan ratu cantik.
Rupa paras saya langsung tidak penting dalam pilihan raya kecil yang sangat penting ini. Saya tidak masuk DAP untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Saya menyeru orang Teluk Intan untuk menilai saya melalui nilai, prinsip dan impian saya untuk Malaysia yang lebih baik. Saya mahu memenangi pilihan raya ini bukan kerana rupa paras, tapi kerana kebolehan saya untuk membawa perubahan dalam lanskap politik Malaysia di Parlimen.
Lawan politik saya telah menyerang dengan ganas dan bersembunyi di sebalik blog-blog yang menyokong Barisan Nasional, dan juga risalah-risalah yang menfitnah saya dengan menggunakan gambar palsu dan tuduhan-tuduhan tidak berasas tentang moral dan etika saya. Sewaktu melawat beberapa pasar malam, saya bertemu beberapa pembuli dari kalangan penyokong Umno yang mengejek-ejek, mengganggu malah cuba menghalang laluan kempen.
Terdapat menteri yang malah turut menyebarkan penipuan bahawa saya bukan seorang peguam dan tidak mempunyai ijazah undang-undang. Walaupun saya telah membuktikan bahawa saya telah diiktiraf sebagai peguam pada tahun 2011, itu nampaknya tidak relevan bagi BN, yang begitu terdesak untuk menang dengan apa cara sekali pun.
Serangan paling jahat datang daripada seorang bekas menteri yang menuduh saya ini seorang pengkhianat Melayu. Jelas sekali mereka tidak peduli bahawa pengkhianat sebenar orang Melayu adalah pemimpin BN yang menyalahgunakan kuasa, memperkayakan kroni dan sanak saudara serta melakukan rasuah yang merugikan kita semua.
Taktik kotor dan jahat oleh pihak lawan tidak akan mematahkan semangat saya untuk memperjuangkan hak kesemua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terpinggir dan didiskriminasi. Saya tidak akan merasa lemah semangat dan saya tidak akan menjadi pengkhianat kepada rakyat Malaysia.
Sementara pemimpin Umno melabel saya sebagai pengkhianat orang Melayu, pemimpin Gerakan pula menyerang saya kononnya saya ini ekstremis Melayu kerana dakwaan hubungan saya dengan pertubuhan Perkasa. BN terus melakukan pendekatan pecah dan perintah di mana mereka memberi mesej berbeza kepada kaum-kaum yang berbeza.
Biar saya jelaskan di sini. Pada waktu saya diminta ibu saya untuk membantu dengan tugas-tugas mendaftarkan peserta atau memakaikan bunga kepada VIP sewaktu penubuhan Perkasa ketika saya masih seorang mahasiswa lebih 5 tahun lalu, saya tidak terlibat dengan aktiviti Perkasa, dan saya juga bukan seorang ahli. Bahkan ibu saya sendiri menjauhkan diri daripada Perkasa dan tidak lagi aktif setelah beliau tidak bersetuju dengan aktiviti dan prinsipnya.
Saya membesar dalam keluarga Umno dan melihat sendiri bagaimana Perkasa berfungsi, dan ini meyakinkan saya bahawa DAP mempunyai platform dan nilai-nilai terbaik demi memperjuangkan negara Malaysia yang lebih demokratik, adil dan makmur dari segi ekonomi.
Saya yakin bahawa Malaysia telah rosak akibat 57 tahun politik perkauman melalui sistem pecah dan perintah oleh BN. Saya sedih melihat bagaimana pemimpin BN dan proksi mereka seperti Perkasa menghasut rakyat pelbagai kaum untuk membenci sesama sendiri, berbanding berjuang demi kebaikan sesama sendiri.
Saya mahu buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan hanya orang Cina yang boleh membantu orang Cina, bukan hanya Melayu yang boleh membantu Melayu, dan bukan hanya orang India boleh membantu orang India. Saya ingin menunjukkan contoh, demi membina sebuah negara di mana seorang Melayu boleh membantu seorang Cina, seorang Cina boleh membantu seorang India dan seorang India boleh membantu seorang Melayu. Impian saya adalah untuk MeMalaysiakan semula Malaysia.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas budi baik dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya oleh orang Teluk Intan. Sambutan hangat dan kasih sayang dari semua kaum – Melayu, India dan Cina memperkukuhkan keyakinan saya terhadap masyarakat negara ini, serta memperkuatkan keazaman saya untuk berjuang demi Malaysia.
Dengan sokongan pengundi Teluk Intan, saya berharap dapat menunaikan janji saya untuk berpindah dan tinggal di daerah yang begitu indah dan bersejarah ini. Saya berjanji untuk memberikan khidmat bakti kepada anda dengan penuh komitmen dan dedikasi, dan memastikan ngauman Teluk Intan menggegarkan Parlimen Malaysia.
Sumber HD - 30-5-2014
Dyana lancar buku sulung 'Di Sini Bermula'
HARAKAHDAILY | .
TELUK INTAN: Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud mengambil peluang sempena Pilihan Raya Kecil Teluk Intan bagi melancarkan hasil karya sulungnya iaitu sebuah buku bertajuk 'Di Sini Bermula'.
Majlis pelancaran malam tadi turut disaksikan pimpinan Pakatan Rakyat, antaranya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Buku tersebut menampilkan kumpulan tulisan Dyana yang disiarkan pelbagai media sebelum ini.
Dalam pada itu, Dyana menyatakan penghargaannya kepada Kit Siang yang tanpa henti mendorong beliau untuk menyampaikan buah fikiran dalam bentuk tulisan.
“Ketika awal berkhidmat (sebagai setiausaha politik Kit Siang), mentor saya selalu kata, ‘awak perlu mula menulis, perlu terus menulis’.
“Jadi, saya tujukan buku ini kepada beliau yang sentiasa mendorong saya. Buku ini adalah tulisan seikhlas hati saya,” katanya dipetik Roketkini.
Sementara itu, Kit Siang dalam ucapannya berkata beliau kagum dengan Dyana yang berjaya menerbitkan buku pertama seawal usia 27 tahun.
“Buku pertama saya, ‘Time Bombs in Malaysia’ terbit pada tahun 1978, ketika saya berusia 37 tahun. Namun, Dyana berjaya terbitkan pada umur 27 tahun,” katanya.
Beliau juga menyifatkan buku itu pasti akan menyangkal tohmahan Barisan Nasional bahawa Dyana adalah ‘boneka’ semata-mata.
“Mereka kata Dyana ini boneka, alat dan tiada fikiran sendiri…Saya kata beliau adalah 3B – brain, beauty, bravery (bijak, cantik, berani),” jelasnya. - HARAKAHDAILY 30/5/2014 Sumber HD - 30-5-2014
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan janji jawatan kabinet kepada Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika menang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebagai tindakan terdesak BN.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam itu tidak lebih sekadar mahu mengumpan pengundi.
"Ini tindakan terdesak PM untuk mengumpan di saat akhir untuk selamatkan parti yang telah lumpuh di persada politik negara.
"Jangan terpedaya dengan taktik perdana menteri ini," katanya kepada Harakahdaily.
Salahuddin yang juga Pengarah Induk PAS PRK Teluk Intan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib berhubung tawaran itu semalam.
Najib ketika bercakap kepada pemberita di Beijing semalam berkata Mah akan dilantik sebagai menteri kabinet jika menang pada PRK itu.
Mengulas lanjut, Salahudin mempersoal, jika Mah benar-benar berwibawa dan penting pada BN, kenapa sewaktu dua penggal menjadi ahli parlimen itu sebelum ini, beliau tidak dilantik menjadi menteri.
"Apa yang kita nampak, tawaran ini bukan atas wibawa Mah, tetapi mahu memancing undi dan mahu menyelamatkan nyawa Gerakan," kata beliau.
Mah sebelum ini dua penggal menjadi ahli parlimen Teluk Intan selepas menang kali pertama pada Pilihan Raya Umum 1999 dan mengekalkan kemenangan pada PRU 20014 sebelum tewas pada PRU 2008 dan 2013. - HARAKAHDAILY 30/5/2014 Sumber HD - 30-5-2014
Dyana sembah tahniah pelantikan Sultan Nazrin Shah
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud merakamkan sembah tahniah kepada Sultan Perak yang ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diisytiharkan petang tadi.
Di masa yang sama beliau turut mengulangi rasa dukacita dan sedih atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dan mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh baginda.
"Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada DYMM Dr Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang diisytiharkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada hari ini 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435 Hijrah.
"Patik berdoa agar DYMM Paduka Seri menerajui negeri Perak Darul Ridzuan dengan penuh bijaksana bagi memastikan kesejahteraan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan media.
Dyana berkata, pimpinan serta ahli DAP dan Pakatan Rakyat yakin Sultan Nazrin akan memenuhi impian dan harapan rakyat Perak Darul Ridzuan.
Pengisytiharan perlantikan Sultan Nazrin diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah. - HARAKAHDAILY, 29/5/2014 Sumber HD - 29-5-2014
Sultan Azlan lambang perpaduan rakyat Perak - Dyana
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Calon DAP Pilih Raya Kecil P.076 Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud pagi ini turut berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah.
Beliau diiringi pimpinan Pakatan Rakyat diketuai oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Terdahulu, Dyana dalam satu kenyataan menzahirkan merafak sembah takziah atas kemangkatan baginda.
Beliau menyifatkan Alllahyarham Tuanku adalah lambang perpaduan dan persaudaraan bagi rakyat Perak.
"Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Paduka Seri.
"Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan bertakwa," katanya.
Semalam juga Pakatan Rakyat turut mengumumkan pembatalan segala aktiviti kempen PRK tersebut sehingga selesai majlis pemakaman Allahyarham Tuanku Sultan selesai. - HARAKAHDAILY 29/5/2014 Sumber HD - 29-5-2014
Janji Dyana di Teluk Intan
ABD SHUKUR HARUN | .
MENGIKUTI sehari suntuk kempen calon DAP yang mewakili /Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyaksikan bagaimana beliau dalam waktu paling singkat menjadi begitu popular. Begitu ramai hendak bersalaman dan mengajaknya bergambar.
Berdasarkan situasi yang telah saya saksikan itu dan mendengar pendapat orang ramai yang ditemui, saya kira rating Dyana terus meningkat dan mempunyai potensi untuk menang.
Beberapa orang yang ditemui di Dataran Menara Condong Teluk Intan itu memberitahu saya bahawa Dyana adalah calon yang perlu diberi sokongan. Kata mereka, calon ini berpendidikan tinggi, muda, cerdas dan mampu mewakili penduduk Teluk Intan.
Calon ini disambut meriah oleh rakyat di Teluk Intan di mana-mana pun beliau pergi, baik di kawasan Cina mahupun di kawasan Melayu dan India dan semuanya hendak bersalaman dan bergambar dengannya.
Dyana mewakili generasi baru, tetapi menariknya beliau kelihatan diterima baik oleh kalangan generasi lama yang ditemuinya, malah golongan wanita berebut-rebut bersalaman dengannya dan mengajaknya bergambar.
Jadual kempennya padat tetapi calon ini tidak kelihatan letih bahkan sentiasa mengukir senyum, kadang-kadang tertawa. Selama sehari suntuk beliau dan rombongan kempen, mengadakan lawatan jauh di pedalaman Teluk Intan hingga ke sempadan negeri Selangor.
Beliau menemui pengundi di Taman Cicely, Markas Besar PAS Jalan Padang Tembak, beramah mesra dengan pengundi di Ulu Bernam, Estet Sungai Samak dan Kampung Sungai Samak dan beberapa tempat lagi.
Dalam ucapannya di pertemuan dengan pengundi, Dyana mengulangi janjinya untuk berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat di Teluk Intan jika dipilih nanti di mana akan mengetengahkan pelbagai masalah penduduk tempatan di situ di Dewan Rakyat.
Di samping itu akan memberi fokus kepada masalah kenaikan harga barang yang sangat membebankan rakyat. Masalah ini sangat besar dan rakyat benar-benar terbeban dengan kos hidup yang demikian tinggi.
Beliau juga akan mengulangi tuntutan mengenai caruman sosial wanita supaya dapat dilaksanakan seperti mana yang dinyatakan oleh Pakatan Rakyat di mana setiap isteri berhak dilindungi di bawah skim ini.
Dyana juga berkata, sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat, apa yang ingin diperjuangkannya adalah meruntuhkan benteng perkauman yang sekian lama membelenggu rakyat Malaysia.
Politik baru yang ingin diketengahkannya adalah politik berlandaskan dasar yang membawa pembangunan dan kebajikan rakyat.
Beliau mewakili generasi muda untuk membawa satu politik baru buat masa depan negara. Jika dipilih beliau berjanji akan berusaha menentang rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran kewangan negara.
Beliau juga mahu memperjuangkan tadbir urus yang baik bagi negara.
Bagi Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob yang sehari suntuk mengikuti siri kempen Dyana 28 Mei lalu, calon muda Melayu DAP itu berbakat besar dan punyai potensi menjadi pemimpin politik wanita negara yang berwibawa.
Berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Uiniversiti Teknologi MARA (UiTM), Dyana petah berucap serta mampu menyampaikan mesej dengan terang dan jelas.
"Beliau punyai kualiti seorang pemimpin politik, ada keyakinan diri dan tidak gugup berhadapan dengan orang ramai," tambah Dr Rosli.
Dyana menegaskan bahawa penyertaannya dalam PRK Teluk Intan membawa lima mesej utama iaitu:
1. Mengajak rakyat menolak dasar ekonomi 'harga barang naik' yang boleh dilihat dengan tindakan kerajaan BN menaikkan harga minyak, gas, tarif elektrik dan yang terbaru memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula tahun hadapan.
Menurut Dyana, dasar ekonomi BN ini perlu diganti dengan dasar ekonomi yang lebih baik termasuk meningkatkan pendapatan rakyat.
2. Mengajak rakyat menolak politik perkauman apatah lagi para pengasas kemerdekan negara membawa dasar menyatukan kaum-kaum yang ada di negara ini untuk mencapai kemerdekaan. Sehubungan itu wujud 'perkongsian kuasa' di antara kaum di negara ini dan warisan ini akan beliau pertahankan.
3. Mengajak masyarakat menolak politik samseng yang cuba dibawa oleh sesetengah pihak khususnya sepanjang kempen PRK Teluk Intan berlangsung.
4. Mewakili suara wanita Malaysia dalam dunia politik. Kehadiran beliau diharap dapat meningkatkan lagi suara wanita di Dewan Rakyat dan arena politik negara.
5. Mewakili golongan muda, bakal pemimpin negara yang perlu digilap bakat mereka daripada sekarang. Penyertaan beliau dalam politik pada usia muda akan memberi harapan baru kepada golongan muda bagi menerajui negara di masa hadapan.
Saya melihat dengan adanya PRK , bandar Teluk Intan tiba-tiba menjadi sibuk, restoran dan gerai makan dipenuhi orang ramai hingga pekerjanya kelihatan ‘tidak cukup’ tangan untuk melayan pelanggan.
Lebih menarik lagi adalah poster gambar Dyana di mana-mana seperti turut menghiasi bandar itu. Bahkan ada yang mengambil poster gambar Dyana untuk ditampal di rumah mereka.
Pemimpin Pakatan Rakyat sangat mengharapkan seberapa ramai mungkin pengundi akan turun mengundi 31 Mei ini.
Kemenangan Dyana pada PRK Teluk Intan pasti membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara. - HARAKAHDAILY, 29/5/2014 Sumber HD - 29-5-2014
PRK Teluk Intan: Gerak kerja PAS capai tahap 80%
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Gerak kerja daripada jentera PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah mencapai tahap yang sangat memuaskan iaitu 80 peratus.
Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, jentera di semua peringkat yang diarah daripada seluruh negara telah memberikan komitmen yang tinggi untuk turun membantu kempen walaupun PAS tidak bertanding disitu.
Menurutnya, jentera dan operasi di peringkat induk serta seluruh Unit Peti Undi (UPU) beroperasi dengan baik dan segala perancangan program berjaya dilaksanakan dengan baik.
"Baki dua hari yang akan datang ini saya yakin akan dapat melebihi daripada gerak kerja sekarang untuk memastikan kemenangan terhadap calon DAP," katanya ketika ditemui Harakahdaily di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, dekat sini, semalam.
Naib Presiden PAS itu menyatakan, dalam pilihan raya ini PAS telah merancang pendekatan inklusif khususnya kepada pengundi sasaran termasuklah golongan muda dan pengundi luar.
Selain itu, PAS katanya mempergiatkan program-program seperti ziarah, santuni rakyat, dan ceramah kelompok dalam baki tempoh kempen ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada DAP.
Bagaimanapun, ujarnya PAS menangguhkan aktiviti kempen semalam sebagai menghormati kemangkatan Sultan Azlan Shah yang akan dimakamkan selepas solat Asar nanti.
"PAS ambil perhatian kepada pengundi sasaran, kelompok tegar BN tidak lagi menjadi kumpulan sasaran kami.
"Kami akan berusaha sedaya mungkin, sekurang-kurangnya mengekalkan sokongan orang Melayu kepada DAP," ujarnya.
Beliau menjelaskan, Umno sangat mengharapkan penyokong PAS tidak menyokong dan memberi undi kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan angan-angan semua undi mereka itu akan pergi kepada BN.
Namun, jelas beliau pengharapan Umno itu hanya angan-angan apabila ahli dan penyokong PAS konsisten untuk menyokong serta memberi undi kepada Dyana 31 Mei nanti. - HARAKAHDAILY 29/5/2014 Sumber HD - 29-5-2014
Facebook palsu burukkan imej Dyana Sofya
ROKETKINI | .
TELUK INTAN: Pihak lawan nampaknya kehabisan peluru sehingga terpaksa menyebarkan propaganda dan fitnah melalui laman Facebook palsu yang dicipta khas, serupa dengan laman Facebook rasmi calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.
Laman palsu tersebut yang sekadar mempunyai tidak sampai 5,000 bilangan ‘like’ cuba menyebarkan beberapa propaganda jahat, meskipun kebanyakan perkongsiannya adalah sama dengan laman asli.
Laman yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasofyaDAP itu semalam membuat tuduhan kononnya Dyana mahu Rejimen Askar Melayu Diraja dibuka kepada semua kaum.
Bukan itu sahaja, ia turut cuba menjatuhkan imej Dyana dengan satu perkongsian mengenai UiTM, namun menggunakan Bahasa Inggeris yang salah.
Pun begitu masih ramai yang terkeliru dan tertipu, sedangkan laman Facebook rasmi Dyana yang mempunyai lebih 67 ribu bilangan ‘like’ telah pun mendedahkan hal terbabit.
Laman sebenar yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasof dalam perkongsian semalam menyatakan terdapat banyak lagi laman palsu yang dihasilkan dengan tujuan memburukkan imej Dyana.
“Sebarang ‘posting’ rasmi tentang Dyana dan kempennya hanya akan dikongsi di laman ini,”
“Kami merayu semua kawan-kawan untuk membantu melaporkan laman palsu tersebut yang sedang menyebarkan fitnah tentang Dyana,” tulis pengendali laman rasmi tersebut.
Didedikasikan untuk Dyana Sofya dan pengundi Teluk Intan
Mula belayar di waktu senja
Di lambung ombak tekak meloya
Calon DAP muda remaja
Itulah dia Dyana Sofya
Ubi keledek dibuat pajeri
Gulai lemak itik serati
Otak cerdik bijak bistari
Muka cantik menawan hati
Berjuang hebat luka parah
Pantang undur selagi tak sudah
DAP hebat melakar sejarah
Calonkan Melayu Umno dah gundah
Kompas hebat jadi pedoman
Di bawa bersama sebagai peneman
Hancurkan perjuangan berbau perkauman
Politik baru jadi idaman
Berjuang berjemaah tidak sendirian
Terus istiqamah dalam perjuangan
Dyana Sofya tetap pendirian
Diugut digertak tak makan saman
Gerakan geram gara-gara Umno
Bercakap bohong, mengarut melalut
BN berkempen cara kuno
Janji pembangunan tak lekang di mulut
Tempat ceramah penuh tak muat
Hujah disampai sungguh terhibur
Rakyat Teluk Intan semakin meluat
Gerakan ditolak BN tersungkur
Menara condong banyak riwayat
Tempat berehat pasti diingati
Politik baru Pakatan Rakyat
Diterima pengundi sepenuh hati
Perjuangan rakyat menjadi paksi
Pengundi semua menjadi badi
Teluk Intan menjadi saksi
BN berkubur ditolak pengundi
Perjuangan Pakatan tidak disangsi
Hebat dan mantap lagi kukuh
31 Mei menjadi saksi
Pemerintah zalim dihumban runtuh
~ Sofi Wahab
Melaka
Sumber HD - 28-4-2014
Cakap Zahid Hamidi paling sensasi di Teluk Intan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah pemimpin Umno yang paling kerap dan rajin turun berkempen di Teluk Intan.
Keadaan itu bukan saja disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin kanan Umno yang mahu memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong tetapi mungkin juga disebabkan kawasan Parlimen yang diwakilinya, Bagan Datoh adalah bersebelahan dengan Teluk Intan.
“Ahmad Zahid juga paling banyak program serta paling banyak bercakap dengan media. Dalam masa yang sama, beliau juga paling banyak mengeluarkan kenyataan sensasi dan kontroversi di Teluk Intan ini,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Menurutnya, Zahid bercakap mengenai anggota Rela yang tidak mengundi dalam pilihanraya umum lalu dan memberi amaran agar menunaikan tanggungjawab kali ini kerana mendakwa beliau tahu siapa mereka itu.
Beliau menambah, Zahid juga menawarkan janji memberi uniform baru kepada anggota Rela jika calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini tetapi jika BN kalah, "belilah sendiri".
Ketika semua media dan jentera kempen banyak memperkatakan calon DAP, Dyana Sofya yang dianggap cantik dan muda, berbeza dengan calon BN, Mah Siew Keong yang dianggap agak tua dan kitar semula, Ahmad Zahid juga berkata, "Dyana Sofya bukanlah cantik sangat. Dia hanya cantik dalam gambar dan cantik sikit ketika muncul dalam televisyen tapi tidaklah cantik sangat secara realitinya".
Mengenai pengundi Cina pula, ulasnya lagi Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno melabelkan mereka sebagai golongan yang tidak bersyukur dan gembira jika calon BN kalah kerana mereka adalah golongan kaya dan mempunyai pelbagai jenis perniagaan.
Semalam pula, Zahid sekali lagi menimbulkan sensasi dengan memberi amaran kepada golongan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan sepanjang kempen pilihanraya kecil Teluk Intan ini.
Sultan Perak mangkat, Pakatan tangguh aktiviti kempen
HAZAYANI ZAKARIA | .
TELUK INTAN: Pakatan Rakyat menangguhkan semua aktiviti kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada malam ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub sebaliknya berkata, jentera PAS digalakkan mengadakan majlis tahlil di surau dan masjid.
"PAS mengucapkan takziah dan berasa dukacita atas kemangkatan Sultan Perak dan sehubungan dengan itu, segala aktiviti malam ini ditangguhkan dan disambung semula esok.
"Ahli PAS digalakkan menggantikan segala aktiviti dengan majlis tahlil," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Pengarah Kempen DAP PRK Teluk Intan, Wong Kah Who turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan.
“Patik sekalian juga ingin mengumumkan segala aktiviti kempen DAP PRK Teluk Intan malam ini akan ditangguhkan sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan baginda,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, calon DAP yang mewakil Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan, Dyana Mohd Daud dalam satu kenyataan juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan.
"Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada hari Rabu 28 Mei 2014.
"Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Paduka Seri. Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan takwa.
"Patik sekalian ingin menyatakan rasa dukacita dan sedih di atas pemergian Paduka Seri yang menjadi lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat Perak Darul Ridzuan," ujarnya.
Sultan Azlan yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi akan dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. - HARAKAHDAILY 28/5/2014 Sumber HD - 28-5-2014
'Dyana mania' landa negara, selamat tinggal Umno BN
Satu waktu dulu pernah aku tulis membayangkan kemungkinan UMNO akan senasib dengan dinosaur, sejenis binatang yang gagah dan kuat yang ditakuti oleh semua binatang di atas bumi ini, akhirnya hilang dan lenyap. Oleh itu aku membayangkan apakah UMNO juga akan serupa nasibnya dengan dinosaur. Kini sudah mula muncul satu ‘petunjuk’ yang dinamakan ‘Dyana Mania’ dalam PRK Teluk Intan. Apakah ‘Dyana Mania’ akan menjadi pemangkin kepada proses penghijrahan anak muda Melayu khususnya meninggalkan UMNO. Baca lagi
Sumber HD - 28-5-2014
Rakan peguam Dyana dedah putar belit Umno
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Rakan peguam Dyana Sofya tampil mengemukakan bukti menjawab tohmahan beberapa laman blog pro-Umno kononnya calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan itu bukanlah seorang peguam.
Peguam Afiq Mohamad Noor yang menulis di laman sosial Twitter mempamerkan sijil perakuan amalan guaman Dyana yang merupakan seorang rakan kongsi firmanya dan menjalankan amalan guaman pada tahun 2012 dan 2013.
“Akhir-akhir ini ramai yg mempersoalkan adakah benar Dyana Sofya merupakan seorang peguam atau tidak?”
“Saya mengesahkan bahawa Dyana Sofya adalah rakan kongsi, peguam dan rakan sekerja saya di sebuah firma di Cyberjaya,” tulis beliau di Twitter dipetik Roketkini.
Afiq yang juga seorang peguam Lawyers for Liberty, menunjukkan dua sijil amalan guaman tahunan Dyana bagi tahun 2012 dan 2013 yang kedua-duanya ditandatangani Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Mohd Khushairy Ibrahim.
“Dyana telah bersama dengan firma kami sejak 9 November 2011 sehingga 30 Disember 2013,” tambah beliau lagi.
Dyana menerima ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 2010, sebelum menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma undang-undang korporat di Bukit Bintang dan seterusnya diiktiraf sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2011.
Beliau tidak menjalankan amalan guaman setelah tidak memperbaharui sijil tahunannya apabila dilantik sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tahun lalu.
Carian di laman web Majlis Peguam menunjukkan Afiq merupakan seorang peguam di firma undang-undang Nizamuddin Hamid & Co. yang beralamat di Cyberjaya.
Sumber HD - 28-5-2014
Undilah Dyana demi pertahan masa depan bersama
LIM GUAN ENG | .
BN dan Umno menguruskan pilihan raya Teluk Intan dengan cara yang sama mereka menguruskan negara, dengan memainkan perasaan anda terhadap ketakutan dan segala yang buruk dengan menggunakan pembohongan, kata makian dan kebencian.
Cubaan mencemarkan karakter calon wanita muda kami, Dyana Sofya dan juga ibunya, menunjukkan BN dan Umno telah jelas kehilangan mandat untuk mentadbir dan kehilangan hak untuk mewakili rakyat Teluk Intan.
BN hanya tahu menyebarkan kebencian kerana hanya inilah sahaja justifikasi terhadap rasuah dan salahguna kuasa yang mereka lakukan.
BN hanya tahu bagaimana untuk bermain dengan ketakutan anda demi menutup kesalahan mereka mentadbir ekonomi dan mengakibatkan fenomena Barang Naik termasuk kenaikan harga petrol, gula, elektrik dan bayaran insuran kenderaan serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bukannya 1Malaysia, tetapi sebaliknya 1MDB yang mendapat puluhan bilion ringgit dana rakyat dalam pelaburan berisiko hanya untuk kepentingan kroni. Berbanding menguruskan kesengsaraan akibat kenaikan harga barang, rakyat Malaysia disuruhnya makan kangkung. Berbanding melakukan sesuatu untuk menaikkan bayaran gaji, lebih ramai pula pekerja asing dibawa masuk.
Daripada membela hidup rakyat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad pula dinaikkan darjatnya dengan kenaikan tarif elektrik supaya menambah keuntungan dan nilai sahamnya.
Kami boleh menyelesaikan masalah anda seandainya kami memenangi Putrajaya. Kami telah tunjukkan apa yang kami mampu lakukan di Pulau Pinang, dan kami boleh lakukan yang lebih baik di peringkat nasional.
Seperti mana kami lakukan di Pulau Pinang; kami membantu warga emas, ibu tunggal, mahasiswa, orang kurang upaya, ibu-ibu tidak bekerja, pemandu teksi, nelayan, masalah kekurangan rawatan dialisis serta memperbaiki infrastruktur sekolah demi meningkatkan kualiti pendidikan.
BN dan Umno sudah habis akal dan tidak ada alasan lagi untuk menerangkan kenapa slogan 1Malaysia sudah tidak kelihatan. Sebabnya mudah sahaja.
Ini semua angkara sebuah lohong hitam yang bernama 1MDB, yang menelan puluhan bilion duit rakyat dalam pelaburan berisiko oleh mereka yang diragui kepakarannya, hanya untuk mengkayakan kroni.
Terlalu sedikit kepercayaan yang ada sewaktu 1Malaysia dilaungkan, tambah sedikit apabila slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ diambil alih oleh pelampau kaum dan agama yang menyebarkan kebencian dan keganasan.
Masanya telah tiba untuk seluruh rakyat Malaysia bersatu, di mana seorang pemimpin Melayu boleh menjaga yang bukan-Melayu dan pemimpin yang bukan-Melayu boleh menjaga orang Melayu.
Teluk Intan adalah langkah pertama kita menuju Putrajaya pada tahun 2017 nanti demi meletakkan noktah kepada perpecahan dan politik perkauman yang dibawa oleh BN.
BN sudah tidak ada alasan. Di bawah BN, harapan dan masa depan yang cerah hanya dijanjikan untuk anak-anak pemimpin BN dan kroni mereka.
BN tidak peduli tentang kelangsungan hidup anda yang akan terkesan akibat kenaikan harga barang dan GST.
BN tidak peduli masa depan yang memberi peluang saksama yang anda mahukan untuk anak-anak anda, dalam sebuah negara Malaysia yang bersih dan selamat daripada ancaman jenayah.
Anda tidak ada harapan mahupun masa depan di bawah BN. Undilah Pakatan Rakyat dan calon DAP, Dyana Sofya demi mempertahankan harapan dan masa depan bersama!
Rencana di atas adalah surat terbuka kepada para pengundi Parlimen Teluk Intan oleh penulis selaku Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP. Sumber HD - 28-5-2014
Contohi pengundi Bukit Gelugor - Ramkarpal
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Ramkarpal Singh Deo yang baru memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor merayu para pengundi Teluk Intan mengambil contoh kebijaksanaan pengundi Bukit Gelugor pada PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.
Beliau yang berucap di Pekan Teluk Intan semalam memberitahu pengundi Teluk Intan perlu mengekalkan kemenangan calon yang mewakili Pakatan Rakyat dari DAP, Dyana Sofya Mohd Daud agar hak rakyat terus mendapat pembelaan.
"Satu undi kita ini adalah undi untuk kita menentang rasuah, penyelewengan dan segala bentuk penindasan tekanan hidup terhadap rakyat.
"Undi kita ini sebagai satu usaha kita menuntut pendidikan percuma, soal keselamatan mahupun keluar dari belenggu kemiskinan," ucap beliau di hadapan kira-kira lima ribu orang.
Jelas beliau, PRK Bukit Gelugor merupakan satu pilihan raya yang cukup aman dalam sejarah pilihan raya sebelum ini.
"Bila Barisan Nasional (BN) tidak bertanding, PRK akan menjadi cukup aman tanpa ada sebarang provokasi.
"Tetapi jika mereka menyertai pelbagai fitnah, budaya samseng timbul. Kita tengok dari awal lagi bagaimana Dyana difitnah dengan gambar-gambar seksi, sekarang bukan dasar yang dibawa tetapi politik kotor.
"Kita berlawan dengan hujah, kita tidak berlawan dengan tangan ataupun kekerasan. Pakatan Rakyat menolak politik samseng," katanya.
Tambahnya lagi, BN akan terus berusaha bagi memastikan calon Pakatan Rakyat gagal memasuki parlimen bagi memudahkan mereka meluluskan dasar yang menekan hidup rakyat.
"BN memang tidak mahu kita berada di parlimen, sebab mereka tahu kita akan berhujah menentang dasar-dasar yang menekan rakyat seperti mana GST.
"BN hanya mahu calon yang tahu setuju sahaja dan takut untuk berhujah menentang dasar-dasar yang zalim, ini yang mereka mahu," sambung beliau.
Beliau menyeru agar pengundi Teluk Intan mengambil peluang yang ada ini untuk mengekalkan kemenangan dan sebagai isyarat kepada kerajaan agar tidak terus melaksanakan dasar-dasar yang membebankan kehidupan rakyat. - HARAKAHDAILY 28/5/2014 Sumber HD - 28-5-2014
PRK Teluk Intan: MIC nasihati pemimpin BN agar 'jaga mulut'
BERNAMA | .
TELUK INTAN: Timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam (bold) semalam meminta pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berkempen bagi pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan supaya berhati-hati dengan kata-kata mereka tentang kumpulan 'tertentu' di negara ini.
Beliau berkata dengan tinggal empat hari sahaja lagi akan tiba hari pengundian, apa jua tindakan yang diambil perlulah yang boleh meningkatkan sokongan pengundi atau sekurang-kurangnya boleh mengekalkan jumlah sebelum ini.
"Pendekatan yang digunakan perlulah bersifat terangkum," katanya kepada pemberita ketika melawat Hospital Teluk Intan di sini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang perkara yang perlu ditangani secara berhati-hati semasa berkempen.
Subramaniam bagaimanapun tidak menafikan bahawa kadangkala, kerana terlalu bersemangat, pemimpin mungkin mengucapkan sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan.
"Kata-kata begitu mungkin terkeluar. Sebenarnya, mereka hendak katakan sesuatu yang mereka rasa boleh memberi sokongan kepada sesuatu kumpulan, tapi akhirnya menimbulkan penentangan daripada kumpulan lain pula. Kita perlu kekalkan keadaan yang seimbang," katanya.
Dalam pilihan raya kecil Sabtu ini, calon BN Datuk Mah Siew Keong berdepan dengan Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP. - Bernama Sumber HD - 28-5-2014
RM70 juta untuk dua ekor panda, bantuan OKU dihenti
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) menyelar keputusan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak yang menamatkan bantuan bulanan JKM terhadap seorang orang kelainan upaya (OKU) di Teluk Intan.
Mangsa bernama Sabri Ahmad dari alamat 37, Kampung Banjar, Teluk Intan menerima notis penamatan bantuan tersebut bermula bulan Jun 2014 atas alasan yang tidak jelas iaitu kerana beliau tidak bekerja.
Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata apa yang mengecewakan kerana beliau adalah seorang OKU sejak dahulu dan tidak ada sebab untuk beliau dihentikan dari menerima bantuan bulanan JKM.
“Beliau tidak menerima sumbangan dan bantuan mana-mana pihak yang lain malah tidak bekerja, lebih menyedihkan adalah beliau mempunyai enam orang adik beradik down sindrom.
“Ibu dan bapanya yang sudah lanjut usia yang menanggungnya selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, dalam keadaan Sabri sendiri OKU, tidak bekerja dan tidak mendapat bantuan JKM, bagaimana keluarganya mampu membiayai keperluan hidup adik beradiknya yang juga dikategorikan sebagai OKU.
Justeru, ujar beliau PPM merasa kesal dengan sikap pilih kasih 'double standard' JKM dan kerajaan Malaysia dalam mengagihkan sumbangan dan bantuan terhadap rakyat susah yang memerlukan.
“Dalam keadaan kerajaan berbelanja besar RM70 juta untuk dua ekor panda, apakah salah untuk rakyat terutama mereka yang susah mendapat manfaat dari kemudahan kerajaan untuk keperluan mereka,” katanya lagi.
Sepatutnya, ujar beliau insan seperti ini diberikan perhatian lebih dengan pelbagai kemudahan agar mereka mampu meneruskan hidup seperti insan sempurna yang lain.
“PPM dengan ini mendesak jawapan segera dari JKM Perak dan menuntut agar bantuan untuk penerima ini, Sabri Ahmad diteruskan seperti sedia kala,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/5/2014 Sumber HD - 27-5-2014
Jamal Abdillah belum cukup ramaikan orang datang kempen BN
Panggil Jamal Abdillah pun banyak ini saja orang datang sokong ???. Sebenarnya bukan orang tak suka Jamal Abdillah tetapi bila ia melibatkan BN, rakyat Teluk Intan pun sudah muak dan tolak UMNO BN.
Ini kalau dalam perkiraan orang-orang UMNO ribu-ribu nih kah kah kah kah. Yang datang pun makcik dan pakcik-pakcik UMNO je, yang muda remaja semua sokong Dyana Sofya.
Tak pasal-pasal Jamal dapat malu padahal kalau dia buat persembahan selalunya dewan akan penuh. Tapi kali ini orang pun meluat nak pergi tengok pasal BN yang panggil atas tujuan kempen.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 27-5-2014
Demi Dyana, ibu umum keluar Perkasa
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Ibu kepada Dyana Sofya, Yammy Samad hari ini mengumumkan keluar dari NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Beliau membuat pengumuman itu pada sidang media di Bilik Gerakan DAP hari ini.
Yammy berkata tindakan tersebut diambilnya selepas melihat Dyana Sofya terus menjadi mangsa kepada serangan media pro Barisan Nasional (BN).
"Kalau isu Perkasa ini terus menjadi persoalan dan bahan kepada BN terhadap Dyana, hari ini biar saya keluar dari Perkasa," jelasnya.
Yammy berkata, beliau telah meninggalkan NGO tersebut sejak setahun yang lalu apabila melihat pertubuhan pendesak Melayu itu telah lari dari matlamat asal perjuangan.
Beliau yang turut menafikan tuduhan setengah pihak mengatakan beliau merupakan Ketua Wanita Perkasa.
"Saya hanya menjadi Jawatankuasa Penaja sahaja dan bukannya Ketua Wanita sepertimana yang dituduh oleh sesetengah pihak," sambung beliau.
Sementara itu Dyana yang juga calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, yang sebelum ini mengatakan ibunya merupakan ahli Perkasa berkata, beliau tidak jelas tentang perkara itu.
"Selepas saya bertanya baru saya mengetahui, ini hanyalah salah faham sahaja dan bukan masalah besar," jelasnya.
Beliau yang turut menafikan penglibatan aktif beliau di dalam Perkasa serta menjadi ahli kepada NGO itu.
"Tuduhan kata saya kata aktif dan tolong Perkasa itu adalah sewaktu saya masih belajar, waktu itu ibu meminta saya menolongnya," katanya. - HARAKAHDAILY 26/5/2014 Sumber HD - 27-5-2014
Dyana jawab tuduhan menipu sebagai peguam
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Calon Pakatan Rakyat dari DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mendakwa bahawa beliau merupakan seorang peguam yang sah.
Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini, beliau turut membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.
"Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.
"Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam," jelasnya.
Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.
Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. - HARAKAHDAILY 26/5/2015 Sumber HD - 27-5-2014
Beban kos hidup antara manifesto Dyana
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: DAP meletakkan sasaran empat agenda utama dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud melancarkan manifesto tersebut pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di Bandar Baharu sebentar tadi.
Jelas Dyana, manifesto ini dibentuk dari hasil pandangan yang diambil dari 400 pengundi Teluk Intan dari segenap lapisan masyarakat di kampung mahupun di bandar.
"Sebelum memulakan kempen PRK ini, kami telah menjalankan sebuah kajian tinjauan bebas dan hasil dari tinjuan tersebut menunjukkan hampir 60 peratus penduduk Teluk Intan mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.
"Ia lebih rendah daripada purata minima kebangsaan yang berasa pada tahap RM4,025," jelasnya.
Tambah beliau, empat agenda tersebut meliputi kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita.
"Dalam agenda kos sara hidup kita melihat bebanan rakyat dari dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan, kita akan melawan dasar kerajaan yang membebankan rakyat seperti cukai GST.
"Selain itu juga kita akan memastikan perbelanjaan negara diurus dengan lebih berhemah," katanya.
Menurut beliau lagi, bagi memastikan tadbir urus yang lebih bersih, beliau akan memastikan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang negara dapat ditangani sepertimana pentadbiran bersih dari Kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kita melihat lebih 70 peratus rakyat Malaysia berusia kurang daripada 40 tahun dan ini bermaksud Malaysia mempunyai tenaga kerja yang muda.
"Kebanyakan anak muda Teluk Intan terpaksa mencari rezeki di luar dan ia berlaku atas dua faktor utama iaitu dasar kerajaan yang memusatkan pembangunan di Lembah Klang termasuk kurangnya peluang pekerjaan dan latihan," sambung beliau.
Dyana akan turut memperjuangkan hak kaum wanita dalam memastikan sebanyak 30 peratus di parlimen serta jawatan utama dalam sektor swasta dan kerajaan menjadi milik wanita.
"Sekiranya saya mendapat peluang untuk mewakili rakyat Teluk Intan di Parlimen, saya berjanji untuk menetap di Teluk Intan dan menjaga amanat sebagai duta pekan ini untuk kepentingan rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 26/5/2014 Sumber HD - 27-5-2014
PRK Teluk Intan: 150 keluar mengundi setakat 10.30 pagi
BERNAMA | .
TELUK INTAN: Sejumlah 150 orang atau 36.5 peratus daripada 410 pengundi awal keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Teluk Intan setakat pukul 10.30 pagi ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pengundian awal di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini berjalan dengan baik.
"Ini mencerminkan persiapan yang baik dengan kerjasama Ketua Polis Daerah Hilir Perak," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal.
Abdul Ghani turut meminta wakil parti politik yang bertanding tidak mewujudkan 'barung panas' atau pejabat kerana SPR menyediakannya di setiap sekolah yang diwartakan sebagai pusat pengundian.
Tindakan mewujudkan 'barung panas' ini boleh menyebabkan suasana hari pengundian tidak sempurna dan mencetuskan provokasi, katanya.
Penubuhan barung melanggar Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya, dengan parti yang bertanding dilarang membuka, menubuh atau menyenggara pejabat atau barung dalam bahagian pilihan raya yang calon bertanding.
Abdul Ghani berharap parti yang bertanding dalam PRK ini mencontohi perjalanan PRK Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang serta PRK Dewan Undangan Negeri Balingian di Sarawak baru-baru ini yang berjalan dengan baik.
Selain itu, beliau turut mengingatkan parti yang bertanding supaya tidak membangkitkan perkara sensitif serta mencetuskan provokasi untuk menjamin PRK Parlimen Teluk Intan berjalan dengan baik.
"Kalau kita lihat keadaan perang poster amat hebat di sini dan persaingan juga sengit... kita mohon kepada mereka yang terlibat terutama kepada orang luar dari Teluk Intan janganlah menimbulkan suasana tidak baik," katanya.
PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Pengundian biasa PRK itu akan diadakan Sabtu ini dengan sejumlah 60,349 pengundi terdiri daripada 23,301 pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina dan 1,468 pengundi India layak mengundi. - BERNAMA
Calon BN di Teluk Intan Mah Siew Keong berkata, beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas janji-janji yang dibuat oleh menteri-menteri tanpa kehadirannya. ULASAN GB
Anehnya calon BN itu tidak percaya dan tidak yakin dengan janji-janji menteri-menteri UMNO BN sendiri...
Dan lebih pelik beliau sendiri berjanji untuk menubuhkan sebuah universiti di Teluk Intan...? Baca lagi # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily Sumber HD - 27-5-2014
PRK Teluk Intan: DAP sedia bas 'Jom Balik Undi'
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: DAP menyediakan 25 buah bas kepada pengundi luar yang bekerja di Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura bagi mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.
Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu bagi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sebanyak 10 buah bas disediakan, manakala di Singapura pula sebanyak 15 buah.
"Bagi mempermudahkan pengundi luar untuk balik, DAP telah menyediakan kemudahan bas dari Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura.
"Untuk Kuala Lumpur dan Selangor, pengundi hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk tiket pergi dan balik, manakala bagi pengundi yang kerja di Singapura tiket percuma diberikan untuk perjalanan balik ke Singapura sahaja," jelasnya pada sidang media di Gerakan DAP di sini.
Beliau yang berharap dengan kemudahan ini dapat meningkatkan sasaran sokongan seramai 900 orang dari pengundi luar bagi DAP mengekalkan kemenangan.
"Kita harap dengan kemudahan yang disediakan ini, pengundi-pengundi yang bekerja di luar dapat balik menunaikan tanggungjawab mereka.
"Kita mengharapkan sokongan pengundi luar bagi mengekalkan kemenangan calon yang mewakili Pakatan Rakyat dari DAP, Dyana Sofya," kata beliau yang Ahli Parlimen Beruas.
Ngeh yang turut memberitahu perkhidmatan bas itu disediakan melalui sumbangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat
Bagi sekitar Lembah Klang, bas akan bertolak dari Stesen LRT Bukit Jalil dan Stesen LRT Kelana Jaya jam 7.00 dan 8.00 malam pada 30 Mei.
Untuk perjalanan balik ke Lembah Klang akan bertolak jam 6.00 petang pada 31 Mei dan 1 Jun.
Sementara itu untuk perjalanan balik ke Singapura, tarikh perjalanan adalah 31 Mei (malam) dan 1 Jun (malam).
Pengundi yang berada di luar Teluk Intan boleh menghubungi Chee Fu Yue (017-2327929) bagi perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur dan Selangor, manakala perjalanan ke Singapura boleh menghubungi Siew Lee Wah (012-5068928) atau melalui email
telukintanbyelection2014@gmail.comThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
. - HARAKAHDAILY 27/5/2014 Sumber HD - 27-5-2014
'Umno dah masuk tiap rumah, kita kena kerja kuat'
MUHAMMAD FAIZAL | .
Razman (kanan) bersama Dr Abdul Rani dan Suhaizan Kaiat pada majlis hi-tea bersama Presiden PAS. TELUK INTAN: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah gambaran awal kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Beliau yang berucap pada program hi-tea bersama Presiden PAS meminta jentera PAS untuk bekerja dengan lebih kuat dan tidak terlalu gembira dengan kedatangan orang ramai pada setiap kali ceramah diadakan.
"Kita jangan terlalu seronok bila tengok orang ramai setiap kali ceramah.
"Kita kena kerja kuat, Umno sekarang dah masuk tiap-tiap rumah dan mereka jumpa pengundi. Kita kena buat seperti itu, terus dekati pengundi," ucap beliau.
Menurutnya, PAS negeri mengakui bahawa BN sekarang sedang mendahului Pakatan Rakyat.
"Sebab itu kita kena kerja kuat untuk menangkan calon wanita Melayu dari DAP. Sebab itu kita kena terangkan kepada pengundi dan yakinkan mereka untuk mengundi calon dari Pakatan Rakyat, Dyana Sofya," jelas beliau.
Beliau menjangkakan BN akan menggunakan pelbagai kaedah dan isu bagi mendapat undi.
Justeru, katanya lagi, rakyat Teluk Intan perlu membuat penilaian yang bijak dalam menentukan wakil mereka serta tidak terpedaya dengan janji-janji manis pilihan raya. - HARAKAHDAILY 27/5/2014 Sumber HD - 27-5-2014
PAS lancar 'PAS For All, Undi Dyana'
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: PAS melancarkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana' sebagai sokongan parti itu pada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan slogan tersebut pada satu taklimat kepada jentera PAS di Markas Induk PAS PRK, Padang Tembak dekat sini, petang semalam.
"Saya minta setiap jentera kempen PRK kali ini menjalankan tugas tanpa was-was, bertugas dengan penuh semangat dan eratkan kerjasama.
"Bagi memastikan kerjasama kita dalam pilihan raya ini, PAS telah mengumumkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana'," jelasnya.
Beliau berharap agar pengundi Melayu dapat memberi sokongan kepada calon Melayu, Dyana bagi memastikan Pakatan Rakyat terus kekal di Parlimen Teluk Intan.
Kain rentang tersebut telah diserahkan kepada jentera PAS untuk digantung di 18 Unit Peti Undi (UPU) bagi menarik keyakinan pengundi Melayu untuk memilih calon DAP pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini. - HARAKAHDAILY 27/5/2014 Sumber HD - 27-5-2014
Wahai pengundi Teluk Intan, jika anda mahukan harapan baru, politik baru, sokongan anda tentunya terletak pada calon yang baru.
Ideanya baru, semangatnya baru, tenaganya baru dan perjalanannya juga masih baru. Barulah masa hadapan anda juga mengorak ke arah serba baru.
Inilah yang ditawarkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat kepada anda semua.
Seorang calon muda yang berdimensi baru, yang merentas sempadan bangsa dalam negara yang mengharmonikan pelbagai bangsa dan rasa.
Di sinilah batas perkauman perlu dirobohkan bagi membina sebuah negara yang seronok untuk digelar sebagai tempat tinggal.
Untuk menyampaikan segala hasrat anda ini dan merealisasikan impian kita bersama, mandat anda diperlukan untuk membawa anak muda yang berkeupayaan dan petah tutur kata ini ke dalam Parlimen bagi mewakili Teluk Intan.
Hanya satu nama yang perlu anda ingat dan pilih di hari pembuangan undi tiba hadirnya 31 Mei ini nanti, Dyana Sofya Mohd Daud.
Bukannya seorang calon lagi yang berada di penghujung karier bersama dengan parti Gerakan pimpinannya.
Ayuh kita tolak parti yang menghidangkan suasana perkauman dan sentiasa menyokong parti yang mengutamakan perpaduan.
Sekali lagi saya ingatkan, calon muda Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP adalah pilihan yang paling tepat untuk warga Teluk Intan sekalian.
Anda pernah melakukannya sebelum ini di dalam PRU13, sudah pasti anda boleh melakukannya sekali lagi.
Sumber HD - 26-5-2014
Dyana calon yang bertenaga dan berani – Presiden PAS
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta pengundi Teluk Intan memilih calon yang berani dan membawa suara rakyat di parlimen.
Kata beliau, keberanian yang ditunjukkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud wanita Melayu yang sanggup mewakili DAP harus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.
"Kita pilih calon yang boleh membawa amanah kita, membawa hak suara kita di parlimen dan bukannya pemimpin yang hanya tahu 'angguk' walaupun perkara itu tak betul.
"Dyana calon yang bertenaga dan keberanian beliau yang kita inginkan. Beliau wanita Melayu yang berani menjadi calon DAP, saya sendiri pun tak berani nak jadi calon DAP," ucap beliau sambil disambut ketawa para hadirin.
Beliau berucap demikian pada Majlis Hi-tea Bersama Presiden PAS di Taman Cicerly yang turut dihadiri Dyana.
Beliau menjelaskan bahawa Dyana mempunyai peranan di dalam DAP yang akan membawa suara orang Melayu.
"Walaupun yang bertanding itu DAP tetapi calonnya adalah Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut menangkan calon Melayu.
"Kita patut bincang soal calon, kalau DAP menang beliau yang akan bercakap bagi pihak kita. Suara beliau bukan hanya mewakili orang Cina tetapi juga suara orang Melayu," jelasnya.
Ahli Parlimen Marang itu turut memberitahu masih ada rakyat negara ini yang hairan kerana PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan Barisan Nasional (BN).
"PAS tidak bekerjasama dengan BN kerana kita telah beri peluang sebelum ini, mereka ajak kita masuk kerajaan ketika itu.
"Kita masuk dengan syarat tampilkan perkara yang elok-elok dalam pentadbiran tapi mereka tendang kita sehinggalah berlakunya darurat di Kelantan.
"BN meluluskan darurat di Kelantan melalui parlimen dengan tujuan untuk menjatuhkan PAS, DAP waktu itu membela kita dan bantah darurat di Kelantan.
"Kita tak lupa jasa dan kita kenang budi mereka, sekarang kita bersama mereka dengan matlamat perjuangan yang sama," sambung beliau.
Tambah beliau, walaupun ada perbezaan pendirian namun PAS dan DAP mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam urusan memperjuangkan hak rakyat.
"Walaupun ada perbezaan tapi banyak persamaan dan kita bekerjasama dalam hal ini, ini beza dengan Umno mereka tak mahu bincang tetapi DAP walaupun ada perbezaan pendapat kita masih boleh duduk bersama untuk berbincang.
"Kita bekerjasama dalam segala hal untuk pastikan calon Melayu dari DAP akan menang pada pilihanraya kecil ini," katanya.
Beliau yang meminta agar pengundi Melayu memberi sokongan penuh kepada Dyana bagi memastikan wanita Melayu dapat mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.
Dalam pada itu beliau sempat berbual-bual dan turut memberi nasihat kepada Dyana ketika program hi-tea itu. - HARAKAHDAILY 26/5/2014 DS TG HAHA - https://www.youtube.com/watch?v=PuJ7IGVbGSY Sumber HD - 26-5-2014
PRK Teluk Intan - TPM Najib RM3 Billion VS TPM Muhyiddin RM5 Billion.. Lagi kemungkaran dan pembohongan umno kepada rakyat di PRK Teluk Intan,, kenapalah rakyat begitu bodoh dan menerima bulat-bulat yang disampaikan oleh pemimpin umno dengan tanpa rasa malu dan segan... Ini cerita semalam - projek bukan lagi juta-juta,, tapi dah naik kepada billion...
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. Sumber HD - 26-5-2014
Manifesto calon BN kitar semula, kata DAP
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Pemimpin DAP menyifatkan manifesto calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong sebagai manifesto kitar semula.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, manifesto berhubung cadangan pembinaan Universiti itu tidak lebih dari hanya janji politik.
"Kita mahu Mah beritahu kepada seluruh penduduk Teluk Intan, di mana lokasi, bila dan apa nama universiti yang ingin dibina.
"Kita tidak mahu rakyat terpedaya dengan manifesto kitar semula, sedangkan janji untuk membina universiti telah dinyatakan BN sebelum ini tetapi tidak ada pembinaan langsung dan sekarang mereka janji semula," jelasnya.
Nga berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan DAP hari ini.
Beliau turut menggesa BN agar lebih jujur dalam janji mereka dan tidak memperdayakan rakyat Teluk Intan hanya semata-mata untuk mendapatkan undi.
Nga turut mempersoal tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat pecah tanah untuk Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Taiping, Perak ke Banting, Selangor di sini semalam.
"Yang peliknya pecah tanah itu dilakukan ditengah-tengah bukan permulaan lebuhraya tersebut.
"Lebuhraya itu menghubungkan Banting dan Taiping, bagi Teluk Intan hanya sedikit sahaja laluannya, biasanya pecah tanah dilakukan pada pemulaan jalan tersebut bukan tengah-tengah laluan," katanya.
Beliau juga mendakwa manifesto BN itu membuktikan parti itu mengakui pembangunan di Teluk Intan jauh ketinggalan dengan tempat-tempat lain walaupun BN merupakan parti pemerintah di Perak dan Putrajaya.
Turut serta pada sidang media itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. - HARAKAHDAILY 26/5/2014 Sumber HD - 26-5-2014
Teluk Intan: PAS 'all out' tarik undi Melayu
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: PAS melahirkan keyakinan undi daripada orang Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat akan meningkat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 31 Mei ini.
Timbalan Pengarah Operasi Induk PAS PRK Teluk Intan, Salman Saleh berkata, keyakinan itu disuarakan berdasarkan respon daripada pengundi kepada jentera PAS yang turun ke lapangan.
Menurutnya, jentera diberi reaksi positif oleh para pengundi ketika berkempen dari rumah ke rumah khususnya di kawasan majoriti Melayu seperti Kampung Bahagia dan Kampung Changkat Jong.
"Kami sudah kenalpasti strategi dan isu-isu yang sangat berkesan serta dekat dengan hati pengundi," katanya ketika ditemui di Markas Induk PAS, Padang Tembak dekat sini hari ini.
Menurut beliau, Pakatan Rakyat turun di Teluk Intan sebagai 'underdog' dan sedang berusaha keras memastikan calon dari DAP, Dyana Sofya menang pada PRK kali ini.
Jelas Salman, PAS sendiri memalui jentera muslimat turun rumah ke rumah merayu undi dan dalam masa yang sama memberikan penerangan tentang isu-isu semasa.
Setiap malam, PAS katanya akan menyusun ceramah umum disetiap UPU dengan menampilkan pimpinan-pimpinan PAS peringkat negeri dan pusat.
"Kami telah turunkan jentera secara 'all out' bagi memastikan kemenangan di parlimen Teluk Intan dapat dikekalkan serta dijayakan keputusannya.
"Saya sangat berpuas hati dengan semangat jentera dari seluruh negara yang tidak putus-putus datang membantu," jelasnya. - HARAKAHDAILY 26/5/2014 Sumber HD - 26-5-2014
Presiden PAS, Anwar Ibrahim di Teluk Intan hari ini
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan berada di Teluk Intan hari ini bagi membantu kempen calon Pakatan Rakyat dari DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Selain beliau, beberapa lagi pimpinan utama PAS termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan Ketua Peneranagn PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar juga akan berkampung di situ.
Mereka dijangka menyertai ceramah kelompok serta perogram Hi-Tea bersama masyarakah untuk sesi petang manakala kemuncak pada ceramah perdana di Batak Rabit malam ini.
Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beada di Teluk Intan sejak petang semalam.
Anwar pada malam ini akan berceramah di perkarangan rumah kedai di Taman Desa Aman, Changkat Jong. - HARAKAHDAILY 26/5/2014 Sumber HD - 26-5-2014
Kita tahu anggota Rela mengundi atau tidak, kata Zahid
BERNAMA | .
TELUK INTAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan bahawa peruntukan membekalkan pakaian seragam kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) disalurkan oleh anggota parlimen Barisan Nasional (BN) di kawasan masing-masing.
Ahmad Zahid berkata anggota parlimen BN disaran memperuntuk sebanyak RM50,000 untuk membekalkan seragam berceloreng kepada anggota Rela di kawasan masing-masing sebagai inisiatif penjenamaan semula imej pasukan itu.
"Ada sebanyak 133 anggota Parlimen BN, justeru itu hanya anggota Rela di 133 kawasan itu sahaja yang mendapat bekalan pakaian seragam kerana anggota parlimen berkenaan telah menyalurkan peruntukan kepada Rela bagi tujuan itu," katanya kepada pemberita.
Beliau sebelum itu menghadiri majlis ramah mesra petugas polis bersama Menteri Dalam Negeri di Markas Taktikal (MARTEK)di sini.
Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita yang mendakwa sekiranya calon BN, Datuk Mah Siew Keong menang pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, semua anggota Rela yang belum memperoleh pakaian seragam baharu akan diberi seragam itu dengan segera.
"Apa yang saya sebutkan jika anggota parlimen itu nanti dipilih daripada calon BN maka mudahlah peruntukan ini diberikan kepada Rela di Teluk Intan," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata tiada halangan untuk anggota parlimen pembangkang membekalkan pakaian Rela di kawasan masing-masing.
"Saya mengambil langkah itu bagi mengatakan bahawa anggota Parlimen BN bersikap prihatin untuk membekalkan pakaian seragam kepada anggota Rela di kawasan Parlimen masing-masing, jangan putar belitkan cerita," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan beliau semalam bahawa sebanyak 2,019 anggota Rela tidak menunaikan tanggungjawab keluar mengundi, beliau berkata yang dimaksudkannya ialah tidak keluar mengundi dan bukan tidak mengundi BN atau pembangkang.
"Kita tahu siapa yang keluar mengundi atau tidak kerana kita ada senarai," katanya. - Bernama Sumber HD - 26-5-2014
Isu komunis, edar gambar lucah di kawasan Melayu
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bukan saja jentera kempen, terutama daripada luar Teluk Intan lebih memberi perhatian kepada pengundi Melayu, malahan kedatangan menteri-menteri dan pemimpin dari ibu negara lebih memberi tumpuan kepada sasaran BN di kawasan para pengundi Melayu.
Menulis di dalam blognya, Shahbudin Husin menyebut surau, masjid, perkampungan serta penempatan Melayu seperti Kampung Bahagia, Durian Sebatang, Selabak, Batak Rabit, sekitar Jalan Changkat Jong dan lain-lainnya akan menjadi tumpuan dalam hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Menurutnya, untuk tujuan meracuni pemikiran pengundi Melayu juga, kempen berbentuk propaganda yang mengaitkan DAP dengan komunis dan 13 Mei serta menyebar gambar palsu Dyana berbikini turut dilakukan agar hasil yang maksimum diperolehi.
"Berikutan dalam pilihan raya lalu BN kecundang dengan majoriti 7,313 undi, BN merasakan kemungkinan untuk menang hanya boleh dicapai sekiranya lebih banyak undi Melayu memihak kepada mereka," tulisnya semalam.
TELUK INTAN: Pemuda PAS Perak membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengetahui identiti anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang tidak turun mengundi.
Laporan tersebut diketuai oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Teluk Intan dekat sini hari ini.
Fakhrulrazi berkata, Pemuda PAS menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Zahid di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, Teluk Intan semalam terhadap 8,639 orang anggota Rela yang layak mengundi di dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
Menurutnya, kenyataan Naib Presiden Umno itu menunjukkan bahawa undi bukan lagi menjadi perkara rahsia bagi petugas-petugas Rela.
Katanya, Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mengeluarkan kenyataan tersebut dan beliau sepatutnya sedar bahawa kenyataannya itu secara tidak langsung akan menimbulkan kebimbangan di kalangan petugas-petugas Rela memandangkan mereka tahu bahawa undi mereka sedang diperhatikan dan tidak lagi menjadi rahsia.
"Pemuda PAS Perak juga menasihatkan agar Ahmad Zahid membezakan di antara tanggungjawab rasmi Rela dengan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
"Kami menegaskan bahawa walaupun Rela berada di bawah kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri, tetapi kuasa tersebut hanya terbatas ke atas tugas-tugas rasmi Rela sahaja dan bukannya sehingga melangkaui urusan pengundian yang sepatutnya menjadi hak individu mereka sama seperti individu-individu yang lain," katanya ketika ditemui sebelum membuat laporan polis.
Jelas Fakhrulrazi, petugas-petugas Rela harus diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih dan mengundi calon yang mereka inginkan dan Ahmad Zahid tidak sepatutnya menjadikan undi sebagai syarat untuk mereka diberikan peruntukan dan seragam baru.
Kenyataan Ahmad Zahid tersebut jelas beliau bukan sahaja bertentangan dengan semangat demokrasi, bahkan kenyataan tersebut juga jelas merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Kami memberi amaran tegas kepada Ahmad Zahid agar tidak menggunakan kedudukannya sebagai menteri untuk mengugut petugas-petugas Rela supaya mengundi calon BN, sebaliknya berkempen secara matang dan ‘gentleman’ kepada para pengundi," tegas Bendahari Pemuda PAS Malaysia itu.
Sebelum itu, Fakhrulrazi berkata, beliau kebetulan terserempak dengan Zahid di IPD itu telah menyerahkan salinan laporan kepadanya dan responsnya sangat negatif.
"Zahid kata beliau tidak bermaksud demikian dan kenyataannya cuba diputar belit.
"Saya suruh Zahid saman pihak yang mengeluarkan kenyataannya itu jika benar kenyataannya diputar belit," tegas Fakhrulrazi.
Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Adun Pasir Pinji merangkap wakil calon DAP, Howard Lee. - HARAKAHDAILY 25/5/2014 Sumber HD - 25-5-2014
Aku merasa lega dengan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang disiarkan melalui artikel berjodol,’Teluk Intan: Pandangan Saya’ bertarikh 24 Mei 2014. Aku dan beberapa orang kawan telah begitu lama agak ‘lemas’ dengan isu Hudud ini. Ini isu ‘ditelan mati emak diluah mati bapak’. Apa tidaknya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh TG Nik Aziz, ‘hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa.’
Lantas mahu tidak mahu sebagai orang Islam kita perlu menerimanya. Tidak ada tolak ansur lagi. Orang islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat atau berpuasa. Persoalan yang ditimbulkan sekarang ialah bahawa hukum hudud akan diperkenal dan akan dilaksanakan di Malaysia tetapi mendapat tentangan dari pihak-pihak yang bukan Islam.
Walaupun aku bukan pemimpin negara, namun isu ini memeningkan kepala aku juga kerana aku amat simpati dengan pemimpin-pemimpin lain yang cuba menyelesaikan isu hudud ini, terutama parti-parti dalam Pakatan Rakyat. DAP sejak dari dulu lagi telah pun menentang pelaksanaan Hudud ini. Malah mendiang Karpal Singh pun telah pernah beberapa kali menyatakan bahawa, ‘langkah mayatnya dahulu sebelum Hudud dilaksanakan di Malaysia’.
Dan dalam kempen PRK Teluk Intan juga, calonnya Dyana Sofia telah juga menyatakan bahawa beliau, ‘would vote against the implementation of hudud law in Malaysia if she wins and such a Bill is tabled in Parliament……the 27-year-old stressed that she was not against hudud, but implementation in Malaysia is not feasible before socio-economic issues can be addressed….My stand on hudud is the same as the party stand,"Malaysia Chronicle 18 May 2014.
Kenyataan Dyana Sofia yang sebegininya pasti mengundang kontroversi yang bukan kecil terutama bagi masyarakat Melayu di kawasan Teluk Intan yang amat kuat berpegang kepada agama. Pastinya mereka akan berfikir banyak kali sebelum memberikan undi kepada beliau yang kelihatan terang-terang tidak menyokong pelaksanaan hukum Hudud. Walaupun dijelaskan beberapa kali namun penjelasan orang biasa yang bukan memiliki kepakaran agama pastinya terlalu sukar sekali untuk diterima oleh masyarakat Melayu di Teluk Intan.
Kenyataan TG Nik Aziz datang tepat pada waktunya. Beliau menjelaskan bahawa, “Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.
Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.
Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.
Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.
Amat lojik penjelasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz, seorang ulama yang amat bijaksana dan dapat menyesuaikan pemikiranya di era Kurun ke 21. Dengan sendirinya beliau mengerti apa yang dimaksudkan dengan istilah ‘modern’ dan ‘perubahan’.
Aku terbaca juga tentang kisah bagaimana Rasulullah berusaha cuba menegakkan undang-undang Islam di Madinah yang beliau mengambil masa puluhan tahun sebelum dilaksanakannya. Namum akhirnya undang-undang sedemikian dapat diterima oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah. Apakah begitu cara hukum Hudud hendak dilaksanakan di Malaysia nanti. Dan sekiranya begitulah caranya aku amat yakin masyarakat Islam memahaminya dan lantas akan bersetuju pelaksanaannya insyallah.
Aku yakin bukan Islam lambat laun akan menerima Hudud berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh PAS sendiri. Dulu parti PAS terlalu sukar untuk diterima oleh bukan Islam. Malah terus menerus dimusuhi. Kini bukan sahaja diterima tetapi telah pun ‘rakan kongsi’ yang amat ikrab demi untuk kemajuan bangsa Malaysia. Sejarah akan terukir tentang pakatan murni yang terjalin antara PAS, DAP dan PKR ini. Atas pertimbangan itu jugalah aku amat yakin bahawa penjelasan mengenai isu Hudud ini dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh Islam dan bukan Islam di Teluk Intan. Aku amat yakin pengundi yang terbuka mindanya akan menerima penjelasan TG Nik Aziz ini.
Diharapkan begitulah..
abuhassanadam
25 Mei 2014
Sumber HD - 25-5-2014
Teluk Intan: BN masih mendahului DAP - Guan Eng
NAZRI ABDULLAH | .
TELUK INTAN: Dengan tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan berbaki enam hari lagi, pemimpin DAP hari ini mendakwa mereka masih di belakang berbanding BN.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa, keadaan itu berpunca daripada tindakan BN yang memainkan politik wang dalam kempen PRK tersebut.
"Kita tahu kita masih di belakang, BN masih mendahului DAP kerana mereka banyak guna taktik kotor.
"Main politik wang, gertak ahli Rela bahawa hanya bila BN menang baru dapat uniform baru.
"Itulah nilai undi BN, sama sehelai uniform baru," katanya pada sidang media selepas melancarkan lori ‘Trak Ubah untuk Dyana’ di Bandar Baru Teluk Intan di sini tengah hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga dalam pada itu turut mengecam penyebaran gambar palsu berbikini calon DAP Dyana Sofya, di beberapa tempat termasuk masjid semalam.
"Tak pernah belaku dalam PRK, calon difitnah setahap ini, hanya kerana seorang perempuan, seorang muda, dan graduan UiTM. Sungguh menjijikkan.
"Saya rasa mereka akan guna bayak lagi taktik politik wang untuk beli undi rakyat Teluk Intan," ujarnya.
DAP menurut Guan Eng, sedia menerima kekalahan namun biarlah ia berlaku secara bermaruah dan bukan kerana taktik kotor yang digunakan parti lawan.
"Saya rasa kalau nak menang pun biar menang dengan mulia. Kita sedia terima kekalahan tetapi terima secara bermaruah," jelasnya lagi.
Dalam pada itu beliau juga yakin rakyat Teluk Intan mempunyai perinsip dan tidak mudah termakan taktik politik wang BN.
Biarpun masih di belakang, calon DAP, Dyana Sofya kata Guan Eng menerima sambutan luar biasa daripada masyarakat dan diharap diterjemah pada hari pengundian 31 Mei nanti. - HARAKAHDAILY 25/5/2014 Sumber HD - 25-5-2014
'Lepak' bersama Dyana tonton final Piala Thomas
NAZRI ABDULLAH | .
TELUK INTAN: Warga Teluk Intan hari ini diajak untuk menonton perlawanan akhir badminton Piala Thomas bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.
Dyana akan hadir untuk bersama masyarakat menonton perlawanan tersebut jam 5.30 petang ini di Markas PRK di Lorong Cengal, Taman Seri Setia di sini.
Ianya sebahagian daripada jadual kempen Dyana Sofya dalam usaha mendekati pengundi khususnya anak-anak muda menjelang hari pengundian 31 Mei ini.
Petang ini, Malaysia akan menentang Jepun dalam merebut kejuaraan piala berprestij itu.
Pasukan negara berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan Indonesia 3-0 sementara Jepun pula mengetepikan juara bertahan, China dengan keputusan yang sama.
Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1992 sementara 2002 muncul naib juara. - HARAKAHDAILY 25/5/2014 Sumber HD - 25-5-2014
DAP lancar ‘Trak Ubah untuk Dyana’
NAZRI ABDULLAH | .
TELUK INTAN: DAP hari ini melancarkan 'Trak Ubah untuk Dyana' bagi menyemarakkan lagi kempen parti itu berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Pelancaran itu disempurnakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama beberapa lagi pimpinan DAP pada satu majlis di kawasan bagunan kedai Jalan Intan 5, Bandar Baru Teluk Intan, di sini hari ini.
Di bahagian luar trak tersebut antara lain memaparkan gambar Dyana dengan tulisan "Teluk Intan Bersatu Hati Pilih Dyana, Undi DAP".
Pada ruang sama di sudut kanan, turut memaparkan wajah tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Trak sama tersebut sebelum ini digunakan oleh DAP dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ia dilengkapi dengan sistem pembesar suara dan pentas pasang siap untuk kegunaan ceramah.
Dyana dalam ucapannya sebelum pelancaran trak itu berkata, beliau teruja dengan usaha jentera parti itu dan diharap pendekatan baru itu mampu membantu beliau untuk bertemu lebih ramai pengundi.
"Saya harap usaha ini akan meningkatkan lagi momontem kempen kita untuk mengharungi hari-hari yang masih berbaki ini," katanya penuh bersemangat. - HARAKAHDAILY 25/5/2014 Sumber HD - 25-5-2014
Jentera Wanita Pakatan mahu pastikan Dyana menang
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat bersatu hati menggerakkan jentera dalam misi memenangkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang diwakili DAP.
Dalam Himpunan Jentera Wanita Pakatan Rakyat yang diadakan di Markas Operasi Induk PAS, Padang Tembak dekat sini pagi tadi, seluruh jentera berikrar akan bekerja keras dalam baki tempoh kempen.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, penyatuan gerak kerja Pakatan Rakyat yang sangat utuh ketika ini khususnya wanita sangat digeruni oleh Umno.
Mereka katanya sangat takut apabila pelbagai usaha dan dakyah yang dibuat untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat menghasilkan kegagalan sebaliknya jentera Pakatan Rakyat tetap kekal semangat setiakawannya.
"Jangan ada dari kalangan kita khususnya Muslimat PAS yang terpengaruh dan mudah dilagakan oleh Umno antara sesama kita.
"Ini semua jarum-jarum daripada musuh untuk memecah belahkan sesama kita," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata, beliau sangat terharu dengan kesungguhan jentera terutama Muslimat PAS yang membantu sedaya mungkin bagi memastikan Dyana sampai ke parlimen kelak.
Katanya, Umno dalam keadaan tertekan apabila DAP yang kononnya anti bangsa Melayu telah mencalonkan Dyana yang merupakan seorang Melayu beragama Islam.
"Saya tegaskan, ini bukan soal bangsa, tetapi kita kena sokong calon yang tiada kepentingan, bukannya untuk mementingkan kroni semata-mata.
"Kita perlu buktikan wanita juga boleh setanding dengan lelaki dalam aspek kepimpinan," katanya kepada ratusan jentera wanita Pakatan Rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Pilihanraya Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi menggesa seluruh tenaga untuk fokus untuk menjalankan gerak kerja dan mengelak daripada mengeluarkan spekulasi yang boleh menjatuhkan semangat para jentera.
Hadir sama dalam majlis itu ialah pimpinan Wanita Pakatan Rakyat Perak dan Malaysia serta calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang turut menyampaikan kata-kata semangat kepada jentera. - HARAKAHDAILY 25/5/2014 Sumber HD - 25-5-2014
DAP lapor polis temui risalah lucah kaitkan Dyana
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: DAP membuat laporan polis apabila pihak jentera mereka menemui risalah berunsur lucah yang cuba mengaitkan dengan calonnya yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak, Teluk Intan dekat sini petang semalam.
Helaian kertas berbentuk risalah itu memaparkan gambar Dyana Sofya dengan gambar seorang gadis berbikini.
Wakil calon, Howard Lee berkata, risalah fitnah itu dipercayai telah diedarkan di sekitar kampung Melayu di dalam Dun Changkat Jong dan dijumpai oleh petugas Pakatan Rakyat.
Katanya, gambar wanita berbikini yang dikaitkan dengan Dyana itu adalah satu fitnah dan pihaknya sebelum ini telah menjawab tuduhan demikian kerana individu tersebut adalah seorang pelakon Filipina.
"Ini adalah satu fitnah besar, DAP menolak sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk ini.
"DAP dan Dyana sendiri tolak perbuatan kempen fitnah yang tidak bertanggungjawab seperti ini," katanya ketika mengadakan sidang media selepas selesai membuat laporan polis.
Howard yang juga Adun Pasir Pinji menegaskan, DAP menggesa BN untuk bersama-sama menolak perbuatan terkutuk seperti itu selaras dengan ikrar calon BN yang inginkan kempen bersih dan adil dalam pilihanraya ini.
DAP katanya tidak menuding jari kepada sesiapa namun beliau menggesa calon BN, Datuk Mah Siew Keong agar bersama-sama mengecam penyebaran gambar itu yang menyimpang daripada semangat demokrasi.
"Jika ini bukan perbuatan BN, kami hendak dan gesa BN membuat kenyataan tentang kejadian ini," tegasnya.
Hadir sama ketika membuat laporan polis itu ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto. - HARAKAHDAILY 25/5/2014 Sumber HD - 25-5-2014
Salahuddin gesa perkuat jentera PAS di Teluk Intan
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub masih belum berpuas hati dengan jentera PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Pengarah Induk PAS PRK Teluk Intan itu menggesa jentera sama ada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk terus turun beramai-ramai memperkuatkan jentera khususnya di dalam kawasan Dun Changkat Jong.
"Semua Dewan digesa dapat gerakkan lagi jentera di semua untuk memperkuatkan lagi gerak kerja pilihan raya.
"Saya harap jentera dapat turun semaksima mungkin hingga ke hari pembuangan undi," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS PRK Teluk Intan, Padang Tembak dekat sini.
Beliau melahirkan keyakinan dan percaya bahawa berdasarkan pada perkembangan semasa laporan-laporan mesyuarat jawatankuasa induk, prestasi Pakatan Rakyat di parlimen tersebut akan meningkat berbanding keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Jelasnya, kerusi PAS, Dun Changkat Jong yang berada di dalam parlimen Teluk Intan akan dapat dianjakkan prestasinya apabila PRU13 lalu agak merosot sokongan daripada rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyatakan, di samping memenangkan DAP, inilah masa terbaik untuk PAS membuktikan semangat setiakawannya di dalam Pakatan Rakyat.
PAS katanya tetap konsisten dengan prinsip tahaluf siyasi dan dengan isu yang dicetuskan akan diselesaikan dengan baik.
"PAS tidak sesekali untuk khianati parti yang menjadi rakan kita sebaliknya fokus untuk tumbangkan BN dalam pilihan raya ini," tegasnya. - HARAKAHDAILY 24/5/2014 Sumber HD - 24-5-2014
Bersalam dengan Dyana pun suatu kesalahan rupanya...
http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | .
Sementara penduduk dan pengundi di Teluk Intan berbangga dan meraikan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini, keadaan yang sama tidak berlaku kepada sebahagian kakitangan kerajaan yang bertugas di bandar ini.
Kehadiran beliau sebagai calon muda yang menarik dan telah menjadi fenomena, rupa-rupanya ada petaka di sebaliknya.
Ini berikutan kehadirannya yang sekaligus mendatangkan resah dan gelisah kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini telah membuatkan ada ketua jabatan yang hilang pertimbangan dan tidak rasional dalam menjalankan tugas mereka.
Berikutan hari penamaan calon pilihanraya kecil Teluk Intan pada 19 Mei lalu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Perak dan ramai guru-guru yang sedang bertugas ketika itu, maka ramailah di kalangan mereka yang tidak mahu melepaskan peluang mahu melihat calon DAP itu dari dekat serta bersalam dengannya.
Terlanjur nama Dyana sudah menjadi fenomena dan wajah serta penampilannya pula menarik, sama seperti penduduk Teluk Intan yang lain, bahkan di kalangan ahli Puteri UMNO sekali pun, sebenarnya bukanlah luar biasa jika ada keinginan untuk menatap wajahnya dari dekat, bergambar atau bersalam dengannya.
Namun demikian, tanpa disedari guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana itu rupa-rupanya sentiasa diperhatikan dan dicatat namanya. Dengan hasrat untuk memgampu, membodek serta ingin menyumbang kepada kemenangan calon BN, Mah Siew Keong kononnya 100 peratus atau pun majoriti guru-guru di Teluk Intan mengundi BN, guru-guru terbabit kini dalam proses di panggil mengadap ketua jabatan untuk dikenakan tindakan.
Kesalahannya hanya kerana didapati bersalam dengan Dyana dan dicop ssbagai pro pembangkang.
Mungkin mereka akan dipanggil untuk mengetahui sama ada undi mereka diberikan kepada BN atau DAP atau barangkali juga akan disusuli dengan tindakan pertukaran sekolah jika didapati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap pembangkang.
Sekurang-kurangnya hampir 10 guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana ketika hari penamaan calon 19 Mei lalu akan dipanggil mengadap ketua jabatan dalam masa terdekat ini. Guru-guru yang dipercayai ada kecondongan terhadap PR sama ada melalui perbualan seharian dan sebagainya juga turut akan dipanggil sama.
Sehingga ini ramai guru-guru meluahkan rasa tidak puas hati atas perkara ini dan mempersoalkan sejak bila bersalam dengan calon parti pembangkang merupakan suatu kesalahan? Mereka juga mempersoalkan, jika tidak mahu guru-guru berdepan kemungkinan bertemu dan bersalam dengan calon DAP, Dyana Sofya itu, seharusnya buatlah penamaan calon di tempat lain dan bukannya di dewan sekolah.
Tindakan ugutan yang dilakukan terhadap guru-guru ini tidak lebih menyerlahkan jiwa resah dan gelisah UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kecil Teluk Intan ini. Arus penolakan rakyat yang semakin kuat terhadap BN, ditambah dengan kehadiran calon muda yang ditonjolkan oleh DAP, membuatkan ada ketua jabatan yang menjadi pembodek BN atau memang ianya merupakan arahan daripada pihak atasan telah menjadi hilang pertimbangan serta tidak rasional.
Ugutan terhadap guru-guru yang hanya didapati bersalam dengan Dyana ini menambahkan lagi sejumlah salah laku dan kesombomgan BN serta para pemimpinnya dalam pilihanraya kecil ini. Di ketika undi adalah rahsia dan menjadi kebebasan mutlak setiap rakyat berdasarkan pertimbangan dan penilaian mereka sendiri, taktik jahat dan kotor nampaknya terus berleluasa.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek melontarkan ugutan kepada pengundi muda Teluk Intan dengan mengatakan akses internet yang lebih pantas akan didatangkan ke bandar Teluk Intan ini sekiranya pengundi muda memberikan sokongan dan memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong.
Kemudian disusuli pula dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pembangunan hanya akan diberikan kepada penduduk Teluk Intan sekiranya BN memenangi pilihanraya kecil ini.
Jika ugutan mahu memberi akses internet dan mendatangkan pembangunan mungkin sudah agak biasa didengar sebelum ini tetapi ugutan hanya kerana bersalam dengan calon bukan daripada parti kerajaan, mungkin agak pelik dan hanya berlaku di negara ini saja.
Agaknya inilah lambang kejayaan kempen "Malaysia Boleh" dan seruan agar "berfikir di luar kotak" yang sering dilaung-laungkan pemimpin UMNO dan BN sebelum ini? (SH 24/05/2014)
Sumber HD - 24-5-2014
Dyana jangan takut dengan gertakan p’raya - Ramkarpal
MOHD SABRI SAID | .
BUKIT GELUGOR: Calon Pakatan Rakyat daripada DAP bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menasihati calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea agar jangan takut dengan ancaman dan gertakan sebaliknya menguatkan semangat berhadapan dengan fitnah.
“Jika kita terjun ke arena politik, gertakan, ancaman dan fitnah sudah menjadi amalan politik di Malaysia.
"Kita kena tahu arena politik di Malaysia sudah punah, maka mereka akan melakukan keganasan," ujarnya semasa berucap di Sekolah Han Chiang malam tadi.
Tambahnya, apa berlaku hendaklah dianggap sebagai satu cubaan semata-mata dalam menjalankan kerja untuk rakyat.
“Saya di Bukit Gelugor terpaksa berhadapan dengan berbagai fitnah dan ancaman termasuk dimaki hamun oleh calon Bebas di Kampung Melayu serta ahli dan penyokong Umno di hadapan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang,” ujarnya.
Katanya lagi, walaupun diasak dengan fitnah sepanjang kempen beliau tetap ingat kepada pesan ayahnya (Karpal Singh) supaya memandang fitnah sebagai batu loncatan untuk membina kekuatan.
"Saya jadikan ayah saya dan Datuk Seri Anwar sebagai idola orang politik tanah air kerana mereka berani, berprinsip dan kuat mempejuangkan hak rakyat," terangnya. – HARAKAHDAILY 24/5/2014 Sumber HD - 24-5-2014
Terima kasih PAS beri komitmen tinggi - Dyana
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Calon DAP, yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud mengucapkan jutaan terima kasih kerana sangat bekerja keras membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Beliau berkata, petugas PAS daripada seluruh negara termasuklah Johor dan Kelantan bersama-sama membantu dari segi gerak kerja dan tenaga dalam misi mempertahankan kemenangan di kerusi tersebut.
"Saya ada jumpa muslimat yang datang daripada jauh seperti Johor, Kelantan membantu dalam kempen pilihan raya kecil ini. Saya sangat berterima kasih.
"Saya merasakan inilah komitmen paling tinggi yang pernah saya rasakan sepanjang penglibatan saya dalam politik," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Bilik Operasi DAP PRK Teluk Intan, semalam.
Dyana melihat, semua jentera daripada PAS, PKR dan DAP itu sendiri masing-masing bekerja keras dalam menghadapi pilihanraya kecil ini.
Beliau mengharapkan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan serta kerjasama daripada jentera parti komponen dapat kekal hingga Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya.
Dalam pilihanraya ini, jentera PAS dari seluruh negara sama ada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, dan Dewan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dikerahkan membantu kempen.
Walaupun pelbagai kontroversi dicetuskan bermatlamat melaga-lagakan antara PAS dengan DAP, namun PAS tidak melatah sebaliknya meneruskan semangat setiakawannya terutama dalam menempuhi pilihanraya yang dianggap penting ini. - HARAKAHDAILY 24/5/2014 Sumber HD - 24-5-2014
Pebuatan melampau pemuda ini pasti akan membangkitkan semangat rakyat yang cintakan keamanan terus membenci Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno.
Hari ini kaum Melayu sudah berpecah dalam menguasai politik, sedangkan kaum Cina sudah bersatu menolak Barisan Nasional yang dikuasai oleh Umno. Pilihan raya kecil P76 Teluk Intan ni sangat unik. Untuk kemenangan DAP cuma memerlukan lebih kurang 15% sahaja dari sokongan kaum Melayu.
Perkara ni tidak mustahil kerana penyokong-penyokong dari PAS telah memberikan sokongan padu terhadap DAP. Umno jangan berbangga dengan sebutan "ini kawasan Melayu" - tahukah anda bahawa Melayu di kawasan Melayu tu sudah berpecah, ada yang sokong Umno dan tidak kurang pula ramai yang sokong PAS dan PKR.
Barisan Nasional pasti akan hancur di PRK P76 Teluk Intan ini kerana tindakan biadab dan kasar oleh segelintir penyokong Umno yang kurang akal fikiran ini.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 23-5-2014
Mengapa Dyana Sofya diserang sebegitu rupa?
ROKETKINI | .
PRK Teluk Intan tidak akan memberi apa-apa kesan besar kepada Umno dan Barisan Nasional. Sama ada ia kalah atau menang, ia bukan persoalan besar buat koalisi pentadbir negara.
Namun reaksi Umno BN dalam kempen ini agak luar biasa. Mereka seolah-olah tergamam dengan pencalonan DAP yang meletakkan seorang wanita muda yang mahu memperjuangkan nasib rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Jika mengikut logik politik, calon DAP yang baru berkecimpung dalam politik itu Dyana Sofya tentunya tak mampu menyaingi kehebatan calon BN yang diwakili Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
Namun cara serangan dan taktik kotor Umno BN menggambarkan mereka sedang berdepan dengan kemelut politik yang besar.
Mereka menghantar mat rempit untuk mengganggu lawatan Dyana ke pasar malam. Mereka menghantar jagoan kampung untuk menghalau rombongan kempen Dyana dari desa mereka.
Pimpinan Umno pusat mengutuk Dyana dan memperlekehkan kemampuannya kerana dia seorang wanita Melayu beragama Islam yang berani menjadi ahli parti pelbagai kaum DAP.
Di alam maya, walaupun sambutan positif terhadap Dyana amat memberangsangkan, masih ada bajingan siber yang mencipta Facebook palsu untuk memfitnah dan memburukkan calon DAP tersebut.
Bagi pimpinan Umno khususnya, Dyana hanyalah budak baru belajar yang bertanding melawan tokoh besar BN. Jika begitu, mengapa begitu dahsyat sekali serangan terhadap anak jati Perak itu?
Apalah agaknya yang amat ditakuti oleh Umno?
Sumber HD - 23-5-2014
Cerita ibu: Dyana, Karpal Singh dan UiTM
MUHAMMAD FAIZAL | .
BETUL kata orang tua-tua, untuk mengenali anak, dekatilah ibu yang mengandungnya.
Itulah kaedah yang aku gunakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang gadis Melayu pilihan DAP untuk menjadi calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Sebelum ini aku diceritakan oleh ibu Dyana, Yammy Samad tentang bagaimana beliau pernah bertekad dan berdoa agar anaknya ini yang ketika itu baru menjengah dunia 70 hari, akan bangkit melawan Umno.
(Antara gambar Dyana waktu kecil yang diikongsi ibunya kepada Harakahdaily)
Doa itu akhirnya termakbul pada usia Dyana 27 tahun, apabila anak perempuan tunggal itu benar-benar terjun dalam politik menjadi calon PRK Teluk Intan melawan BN.
Pertemuan kali kedua dengan makcik Yammy berlaku secara kebetulan ketika aku menikmati makan tengahari di sebuah restoran di Teluk Intan sejurus selesai penamaan calon 19 Mei lalu.
Ketika itu, aku baru sampai ke kedai itu lalu dipelawa bekas Ahli Parlimen Kota Bharu dari PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Cikgu Rahim) yang sedang makan semeja dengan keluarga Dyana, untuk duduk bersama.
"Assalamualaikum makcik, pakcik. Tadi kita dah jumpa waktu penamaan calon," aku memaklumkan.
"Sempat ke berbual dengan Dyana tadi," tiba-tiba celah si ibu.
"Tak sempat, nak masuk rapat pun tak boleh, ramai sangat orang berkerumun," jawabku dalam nada kecewa.
"Alang-alang dah jumpa pakcik dan makcik ni, tak jumpa Dyana pun tak mengapa dah," sambung saya memancing untuk perbualan panjang.
"Dengan mak ayah dia lagi banyak dapat korek rahsia," celah Cikgu Rahim sambil ketawa kecil.
Aku memulakan perbualan tentang mendiang Karpal Singh yang banyak disebut orang sebagai peguam yang dikagumi Dyana.
"Betul ke Dyana kagum dengan Karpal Singh," soalku mahukan kepastian.
"Dia memang minat Karpal sejak dulu lagi sebelum masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM)," ayahnya Mohd Daud Ismail mula membuka cerita.
"Pada awal beliau memasuki IPTA beliau ditawarkan ke UiTM Segamat dalam Pengurusan Bank, tetapi beliau tidak meminati jurusan tersebut," katanya. .
"Dyana telah membuat surat rayuan untuk memohon pertukaran jurusan dari pengurusan bank ke bidang perundangan," ibunya pula menyambung cerita.
"Tapi yang paling menarik apabila Dyana telah meletakkan nama Karpal Singh di dalam surat rayuan sebagai idolanya dan kenapa beliau mahu menukar jurusan".
"Surat tersebut dihantar kepada Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah ketika itu dan pertukaran itu diterima," jelas Yammy.
Menurut Yammy, Dyana menghormati Karpal kerana sikap mendiang yang tegas serta kepimpinan beliau dalam bidang perundangan yang dikagumi ramai.
"Ada orang kata Dyana masuk UiTM melalui pintu belakang, itu tak benar ia melalui cara yang betul," tegas ayahnya.
Di sinilah mereka berkongsi beberapa keping gambar Dyana sewaktu kecil kepada aku.
Panjang juga kami berbual sambil makan di situ. Banyak berkisar tentang Dyana dan bakat kepimpinan beliau.
Tidak semua aku mampu coretkan di sini. Dengan gambaran yang diberikan ibu dan bapanya, cukup bagi aku untuk mengagumi sosok tubuh kecil itu.
"Terima kasih makcik, pakcik dan datuk, nanti kita jumpa lagi untuk cerita-cerita yang lebih menarik," sambil bersalam aku memohon diri untuk menyiapkan kerja-kerja sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Dyana Sofya yang menerima Ijazah sarjana Undang-undang pada tahun 2010 merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti falkulti termasuk menyertai Moot Club (Kelab Mahkamah) UiTM serta Kelab Undang-Undang Alam Sekitar.
Ibunya dari awal lagi sudah melihat kecenderungan beliau dalam bidang politik dan memberi kebebasan sepenuhnya dalam untuk menentukan hala tuju politik beliau.
Untuk Dyana, ada rezeki kita jumpa di Parlimen. - HARAKAHDAILY 22/5/2014 Sumber HD - 22-5-2014
Terbongkar mengapa Umno takut DAP letakkan Dyana
http://omakkau.blogspot.com/ | .
RAHSIA TERBONGKAR DENGAN 3 GAMBAR SEBAGAI BUKTI MENGAPA UMNO AMAT TAKUT DAP LETAKKAN DYANA SOFYA SEBAGAI CALONNYA DI PRK PARLIMEN P076 TELUK INTAN!!!!
3 foto di atas sebagai bukti berbicara dengan sendirinya mengapa Umno cukup gerun, ketar kepala lutut, senak perut dan menggigil satu badan apabila DAP menamakan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya di PRK Parlimen P076 Teluk Intan.
Jangan katakan penduduk Melayu tertarik, tertawan dan akan memberikan sokongan dan undi kepada Dyana Sofya Daud, para petugas perayu undi BN Puteri Umno pun cukup tertarik dan tertawan.
Mesti jauh di lubuk hati mereka akan berkata Umno sering melaungkan tidak kira tempat dan masa lebih-lebih lagi bila nak dekat pilihan raya akan memperjuangkan hak Melayu dan ketuanan Melayu sampai sanggup hancur badan berkecai tulang mati bermandikan darah tapi di PRK Parlimen P076 Teluk Intan Umno bersungguh-sungguh, bermati-matian berhempas pulas mau calon Gerakan Mah Siew Keong menang dan sanggup lawan calon Melayu DAP, Dyana Sofya Daud.
Maka benarlah kata-kata Tun Mahathir, DAP mempertaruhkan calon anak muda Melayu berkelulusan jurusan undang-undang dari UiTM di PRK Teluk Intan akan membawa mala petaka kepada Umno, belum apa-apa Umno dah nampak akan ditimpa mala petaka apabila anak-anak muda Umno terutamanya Puteri Umno yang dikerah sebagai perayu undi sudah tidak mampu merayu lagi untuk calon BN.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. Sumber HD - 22-5-2014
Orang kata senyuman yang terukir itu boleh menunjukkan penerimaan orang terhadap kita. Nilailah sendiri bagaimana mesranya calon DAP ini kepada pengundi Teluk Intan.
Sumber HD - 22-5-2014
Saya belajar Muay Thai - Dyana
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Siapa sangka di sebalik wajah yang lembut, calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sedang belajar seni bela diri Muay Thai.
Beliau yang yang cukup terserlah dengan sifat keperempuanan mengakui mula belajar sukan lasak itu sejak Febuari lalu dan masih di peringkat permulaan.
"Saya juga mengamalkan sukan Muay Thai sejak Februari lalu. Saya masih di peringkat 'beginner'," katanya dipetik dalam tembual eksklusif dengan Mstar Online.
Dyana turut memberitahu beliau suka memakai baju kurung berkain songket bahkan mempunyai banyak koleksi baju kurung dirumahnya.
Beliau juga seperti anak gadis yang lain suka membeli belah secara online dan menyifatkan semua gadis mempunyai 'masalah' itu sama seperti dirinya.
Menjelas peribadinya, Dyana berkata beliau adalah seorang yang begitu komited dengan kerja dan berusaha untuk mencapai sesuatu dalam hidup dengan bersunggh-sungguh.
Dyana mengakui beliau merupakan 'hantu coklat' dan akan memakan coklat terutama apabila tidak berkesempatan untuk mengambil hidangan lengkap.
"Saya seorang 'hantu coklat'. Saya akan pastikan coklat dibawa ke mana-mana," katanya yang tidak mengemari makan segera tetapi menyukai masakan gulai lemak pucuk ubi dan sambal tumis.
Mengulas pujian banyak pihak terhadap rupa parasnya, Dyana berkata beliau menghargai pujian itu tetapi akan memastikan rakyat lebih menilai yang dikatakanya.
Dalam temubual itu, Dyana turut mendedahkan dirinya masih single namun dan tidak mahu berkongsi lanjut kerana belum sampai masanya.
Dyana, 27, merupakan anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat. Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Politik Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei ini bakal menyaksikan pertanding dua penjuru antara calon DAP Dyana Sofya dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong. - HARAKAHDAILY 22/5/2014 Sumber HD - 22-5-2014
Teluk Intan: Umno lebih tertekan daripada Gerakan
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: Pencalonan Dyana Sofya sebagai calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan memberikan tekanan besar kepada Umno.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin raja Ahmad berkata, Dyana akan membuat satu perubahan yang amat ketara kepada mentaliti orang muda khususya golongan wanita.
Dyana katanya telah membuktikan bahawa orang muda berbangsa melayu boleh cemerlang di dalam parti lain selain Umno.
"Dyana adalah satu simbol kebangkitan anak muda di negara ini dan ianya menyebabkan Umno sangat tertekan kerana Dyana adalah orang melayu.
"Gerakan tidak apa-apa, kalau kalah pun tiada masalah. Tapi Umno apabila perubahan besar berlaku, anak muda Melayu akan bangkit dan tidak lagi tertekan dengan konsep minda orang 'Melayu hanya dengan Umno'," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas sidang media di Bilik Operasi DAP PRK Teluk Intan, dekat sini hari ini.
Beliau menjelaskan pemimpin berintegriti, profesional dan berani seperti Dyana sangat kurang di dalam Umno.
Ketika ini kata beliau, orang muda khususnya berbangsa Melayu yang punyai ketokohan telah beralih arah ke parti-parti lain seperti PAS, PKR dan kini tertarik kepada DAP.
"Umno nak cari mana lagi? semua orang muda yang akan menentukan arus dan arah tujuan negara seperti sofya tidak bersama dengan mereka.
"Umno sangat gerun dengan beliau (Dyana) bukan kerana peribadi tetapi simbolisme yang akan berlaku. Itu yang Umno takut," tegasnya.
Sumber HD - 22-5-2014
Dyana seru pengundi luar kawasan pulang 31 Mei
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dyana Sofya Mohd Daud menyeru pengundi yang berada di luar kawasan supaya pulang melaksanakan tanggungjawab dan mengabaikan kenyataan bersifat rendah diri daripada Datuk Mah Siew Keong, lapor Roketkini.
“Di sini saya ingin menyeru pengundi Teluk Intan yang berada di luar kawasan untuk balik 31 Mei ini, bukan kerana kenyataan Mah tapi demi melaksanakan hak mereka," ujar Dyana Sofya yang juga calon DAP mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Menurutnya, pada PRK Teluk Intan ini, DAP adalah ‘underdog’ kerana Mah selaku calon BN merupakan seorang yang berpengalaman yang juga bekas timbalan menteri dan pernah menang di Teluk Intan.
“Sebab itu kita sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan undi daripada semua pengundi tanpa mengira bangsa,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, hari ini.
Akhbar The Star hari ini menyiarkan kenyataan Mah yang mendakwa kepulangan pengundi akan menyukarkannya memenangi PRK Teluk Intan.
Mah juga menyatakan beliau sebagai calon ‘underdog’ dan meletakkan peluang untuk menang hanya 45:55.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menang dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.- HARAKAHDAILY 22/5/2014 Sumber HD - 22-4-2014
Samseng pakai topi BN halau Dyana
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
Seorang samseng yang memakai topi BN menghamburkan kata-kata kesat kepada rombongan kempen Dyana.
TELUK INTAN: Kekecohan berlaku apabila beberapa pemuda berpakaian berlogo BN membuat provokasi mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan calon DAP.
Insiden berlaku kira-kira jam 5.50 petang semalam di tapak pasar Malam Rumah Awam, Kampung Padang Tembak.
Samseng tersebut bersifat biadab apabila berteriak serta cuba menghalau calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud bersama pasukan kempennya.
Provokasi semakin melampau apabila samseng-samseng yang menaiki motosikal itu membuat bising dengan bingitan ekzos motor hingga menyebabkan pengunjung dan peniaga terganggu.
Samseng bertopi BN cuba mendekati Dyana (bertudung putih) tetapi dihalang para petugas kempen Pakatan Rakyat.
"Ini kampung Melayu, jangan bawa masuk orang kafir. Keluar daripada sini!" jerit pemuda samseng itu.
Tindakan biadab penyokong BN itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan orang ramai sehingga mendorong seorang penduduk menasihati mereka supaya menghentikan perbuatan tersebut.
Bagaimanapun tindakan penduduk itu nyaris mencetuskan pergaduhan.
Hadir mengiringi Dyana pada waktu itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Baharin serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.
Mereka bagaimanapun menasihati para petugas kempen Pakatan Rakyat agar tidak menghiraukan provokasi tersebut.
Dyana bagaimanapun tenang menghadapi situasi tegang itu walaupun dihamburkan dengan pelbagai bentuk cacian.
Tindakan provokasi itu tidak diendahkan pasukan kempen sebaliknya mereka meneruskan agenda menyantuni masyarakat dan mengedar risalah.
Pasukan polis hadir ke tempat kejadian dan seorang daripada mereka ditahan namun dibebaskan tanpa sebarang tindakan. - HARAKAHDAILY 22/5/2014
Seorang pengunjung pasar malam cuba menasihati samseng BN agar tidak membuat kacau.
Sumber HD - 22-5-2014
Polis harus tegas tangkap samseng pilihan raya
HARAKAHDAILY | .
(Foto daripada blog wargamarhaen) KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 kecewa kerana banyak kesalahan serius yang mengganggu ketenteraman awam dan suasana kempen masih tidak ditangani pihak polis.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan menyatakan gangguan penunggang motorsikal yang dirakamkan oleh Pemantau pada Pilihan Raya Umum ke-13 masih berlaku dan kelihatannya disasarkan kepada calon wanita.
"Pihak polis harus tegas dalam mengambil tindakan segera untuk menangkap samseng sebegini, jika tidak mereka akan kian berleluasa," ujar jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Bersih 2.0 menggesa semua institusi dan pihak berkuasa kemudahan awam supaya berlaku adil dalam tugas mereka kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Teluk Intan, Perak.
Khususnya, Bersih 2.0 merujuk kepada keputusan Kementerian Pendidikan membenarkan parti Barisan Nasional (BN) untuk menggunakan sebuah sekolah di Teluk Intan sebagai tempat ceramah.
Kemudahan awam ialah hak semua, maka peluang yang sama harus diberi kepada pihak lawan dengan mengenakan syarat-syarat yang sama.
Dalam pada itu, Bersih 2.0 kecewa kerana banyak kesalahan serius yang mengganggu ketenteraman awam dan suasana kempen masih tidak ditangani pihak polis.
Gangguan penunggang motorsikal yang dirakamkan oleh Pemantau pada Pilihan Raya Umum ke-13 masih berlaku dan kelihatannya disasarkan kepada calon wanita.
Pihak polis harus tegas dalam mengambil tindakan segera untuk menangkap samseng sebegini, jika tidak mereka akan kian berleluasa.
Kedua-dua perkara ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa di bawah pentadbiran BN masih berat-sebelah dan belum memahami pesanan 54% pengundi Malaysia yang mahukan perubahan dan keadilan.
Umum sudah pun mengetahui bahawa BN hanya berjaya menguasai Parlimen kerana, antara lainnya, pengaruh yang tidak wajar, penyalahgunaan jentera dan harta kerajaan serta institusi awam, manipulasi persempadanan kawasan pilihan raya, kepincangan Daftar Pemilih dan undang-undang yang berat-sebelah, yang kesemuanya menyumbang kepada padang permainan yang tidak serata.
Pihak berkuasa patut insaf dan balik ke pangkal jalan dengan menunjukkan bahawa mereka berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Menyentuh mengenai padang permainan yang serata, Bersih 2.0 menegaskan bahawa tempoh kempen seharusnya dilihat sebagai masa minima untuk calon dan parti untuk mendekati pengundi.
Tidak logik jika tempoh kempen bertujuan untuk menghadkan interaksi antara calon dan pengundi, kerana pengundi berhak mendapatkan sebanyak maklumat mengenai semua calon secepat mungkin supaya mereka berdaya membuat keputusan terbaik dalam pemilihan wakil mereka.
Maka, Bersih 2.0 berharap pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan terhadap calon pilihan raya kecil yang menjalankan kempen awal.
Bersih 2.0 juga berharap pihak berkuasa akan memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap penggunaan alat muzik di Pusat Penamaan Calon, yang melanggar Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Bukan semua kesalahan mempunyai gravitas yang sama dan perbuatan ini tidak mengancam ketenteraman awam, tidak seperti perbuatan samseng motorsikal.
Bersih 2.0 menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya pandai menilai dan hanya bertindak terhadap kesalahan serius yang memudaratkan ketenteraman dan kesejahteraan rakyat - contohnya keganasan, kempen memburuk-burukkan calon dan parti, sogokan, ugutan, pembelian undi, dan ucapan yang berunsur kebencian terhadap mana-mana kelompok masyarakat sama ada dari segi etnik, agama atau gender.
Selaras dengan itu, Bersih 2.0 mengalu-alukan kenyataan calon BN di Teluk Intan yang berkata kempen mereka tidak akan mengandungi sebarang jamuan.
Ini langkah ke arah pilihan raya yang bersih dan adil dan Bersih 2.0 berharap semua parti mencontohi amalan ini.
Namun Bersih 2.0 menggesa rakyat supaya mempersoalkan calon yang menjanjikan pembangunan infrastruktur hanya ketika berkempen walhal ia merupakan hak rakyat dan bukannya ‘ganjaran’ untuk undi mereka.
Tolak politik kotor yang menyentuh persoalan peribadi calon. Sebaliknya, desak semua pihak yang berkenaan supaya membentangkan dasar yang akan dibawa ke badan perundangan jika dipilih sebagai wakil rakyat.
Kuasa di tangan rakyat! - HARAKAHDAILY 22/5/2014 Sumber HD - 22-5-2014
Mahathir perlu terima hakikat Dyana macam Marina
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
TELUK INTAN: DAP hari ini menggesa Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belajar dengan anaknya Marina Mahathir supaya berfikiran lebih terbuka dalam mengeluarkan pandangannya.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, kenyataan Mahathir itu mencerminkan calon yang dikemukakan oleh DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana SofyaMohd Daud berkaliber dan berkemampuan.
Ianya juga kata beliau membuktikan tokoh muda DAP berumur 27 tahun itu berkualiti besar untuk menjadi sebagai ahli parlimen yang baik.
"Saya dengan rendah hati ingin memohon Tun Dr Mahathir dapat belajar daripada anaknya supaya punyai fikiran terbuka.
"Beliau harus beri pujian dan sokongan kepada Dyana seperti anaknya," katanya dalam sidang media di Bilik Operasi Induk DAP, dekat sini.
Marina dalam facebook sebelum ini berkata, Dyana lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada di negara ini.
Calon DAP itu disifatkannya sebagai sangat bijak, boleh berfikir, petah berkata-kata serta berkemahiran dalam penulisan.
Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping itu menjelaskan, terbukti Dyana bukan hanya mempunyai kelebihan dari segi luaran, sebaliknya Setiausaha Politik Lim Kit Siang itu sememangnya mempunyai bakat besar untuk berkhidmat kepada rakyat.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya pimpinan DAP antaranya, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham. - HARAKAHDAILY 21/5/2014 Sumber HD - 21-5-2014
Bukan salah Dyana, tapi silap orang dulu-dulu
MUHAMMAD FAIZAL | .
Gambar Dyana ketika kecil yang dikongsikan ibunya kepada Harakahdaily
Siapa sangka, seorang ibu yang memendam derita selama lebih 27 tahun akibat dari penghinaan oleh parti sendiri, buat pertama kali mampu mengukir senyum kegembiraan.
Dalam keadaan suasana gembira penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menyambut pengumuman calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Isnin lalu, Harakahdaily tertarik pada perwatakan seorang wanita yang sedang duduk di bangku di satu sudut.
Beliau yang bertudung hitam berbaju ungu, duduk sambil memerhati anak gadisnya yang menjadi perbualan ramai sejak kebelakangan ini.
Terkadang dapat dilihat tangannya mengesat mata yang terlindung disebalik kaca mata hitam yang dipakainya.
"Assalamualaikum makcik," sapaku ketika menghampirinya.
"Walaikummussalam," jawab beliau sambil memandang atas bawah kepadaku.
"Makcik ni Yammy Samad, ibu kepada Dyana Sofya kan? Boleh saya duduk?, " soalku sambil memperkenalkan diri.
Dia hanya mengangguk.
"27 tahun akhirnya doa makcik dimakbul olehNya, terubat derita hati ini," katanya secara tiba-tiba sambil matanya memerhati anak gadisnya di atas pentas yang menjadi sasaran lensa kamera.
"Derita 27 tahun, kenapa makcik," soalku mahukan kepastian.
"Makcik melahirkan Dyana Sofya pada 29 Disember 1987, waktu tu makcik aktif dan memegang jawatan di dalam Umno," jelasnya.
"Makcik dulu orang kuat Umno, bertugas di Pejabat Perhubungan Umno Perak dari 1974 hingga 1987. Jawatan tertinggi yang makcik pegang adalah Setiausaha Umno Bahagian Ipoh Barat.
"Waktu itu siapa yang tak kenal makcik, kalau orang-orang lama Umno Perak mahupun pusat pasti kenal siapa makcik, namun segalanya berubah selepas makcik melahirkan Dyana," jelasnya membuatkan aku lebih teruja untuk bertanya.
"Apa yang berlaku makcik, apa kaitannya dengan Dyana dan sekarang,"soalku.
"Selepas melahirkan Dyana, makcik bercuti pantang 60 hari. Penghinaan berlaku terhadap makcik ketika makcik ingin mula bertugas selepas bercuti pantang.
"Makcik tidak akan lupa, penghujung Februari 1988 ketika makcik ingin memulakan tugas dan waktu menaiki pejabat Umno Bahagian makcik telah dihalang dan dimaklumkan bahawa khidmat makcik dihentikan serta merta.
"Makcik sendiri tidak tahu apa sebabnya dan kenapa Umno ketika itu mengambil tindakan sedemikian, makcik dihina sedemikian rupa sedangkan sudah banyak tenaga yang makcik curahkan kepada Umno bagi memastikan parti itu terus kukuh.
"Memang betul bukan makcik seorang yang menaikkan Umno di Perak ketika itu, semua membantu tetapi setidak-tidaknya kita sama-sama membantu," jelas beliau.
Menarik, rupanya ada peristiwa pahit disebalik kegembiraan hari ini, bisik hati ku..
"Ketika itu Allah sahaja yang tahu betapa malu dan hinanya makcik. Mereka kata sebab makcik menyokong Tengku Razaleigh Hamzah.
"Pada saat dan ketika itulah, makcik berdoa dan tekad bahawa anak (Dyana) yang baru berumur lebih kurang 70 hari itulah akan menentang parti yang menghina makcik.
"Alhamdullilah hari ini doa makcik dimakbulkan, bukan makcik anggap ini dendam tetapi makcik nak ingatkan apa yang berlaku ini bukan disebabkan Dyana tetapi kesilapan orang-orang dulu yang lama di dalam Umno," katanya sambil mengesat air mata.
Dyana adalah anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau merupakan anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat .
Gadis ini juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan menerima ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 2010.
Nama Dyana buat masa ini mungkin bukan asing lagi kepada penduduk negara ini khususnya warga Teluk Intan.
Beliau merupakan gadis Melayu berumur 27 tahun diangkat oleh sebuah parti yang dikatakan rasis, DAP bagi mewakili Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil itu.
Setiap hari, hampir semua media memaparkan foto beliau yang tidak lekang dengan senyuman, malah turut menjadi perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang turut berpesan agar tidak terlalu obses dengan calon DAP itu dengan pesanan pilihan raya kecil 'bukan pertandingan ratu cantik'. - HARAKAHDAILY 21/5/2014 Sumber HD - 21-5-2014
Rintih Kit Siang: Dyana berisiko tewas
HARAKAHDAILY | .
Dyana Sofya berkempen di pasar sehari Teluk Intan ditemani ibunya. Foto Roketkini.com KUALA LUMPUR: Walaupun mendapat sambutan hangat pengunjung laman sosial dan menarik perhatian media massa utama negara, populariti calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tidak meletakkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam keadaan selesa.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu malah menyeru semua pengguna internet untuk turun padang melakukan segala termampu untuk membantu kemenangan Sofya dalam PRK Teluk Intan.
Beliau berkata, berbanding dengan sokongan besar Dyana di internet, suasana di kawasan Parlimen itu berbeza sama sekali apabila peguam muda itu menghadapi pertarungan sukar berhadapan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
“Jika pertarungan ini ditentukan di media sosial atau internet, tiada keraguan lagi Dyana akan menang. Namun Saya bimbang kerana PRK ini bukan ditentukan pengguna internet, tetapi 60,000 pengundi Teluk Intan, dengan peratusan besar tidak memiliki internet," ujarnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kit Siang "menghantar pesanan kecemasan SOS" kepada warga internet supaya datang membantu Dyana yang berisiko menghadapi kekalahan.
Kit Siang turut mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa DAP bertanding sebagai ‘underdog’ dengan peluang kemenangan 40:60 peratus berbanding calon BN.
Pencalonan Dyana Sofya mendapat sambutan hangat di internet, apabila laman Facebook rasmi diikuti lebih 43,000 pelayar internet walaupun baru lima hari dilancarkan.
Kit Siang menambah, pencalonan Dyana telah mencetuskan harapan seluruh rakyat Malaysia yang sudah muak dengan politik lama berasaskan kaum untuk digantikan dengan "politik nilai".
“Penganalisis menyifatkan keputusan DAP mencalonkan beliau sebagai tindakan ‘berani’, namun sukar untuk mencapai kemenangan kerana politik Malaysia masih kuat berakar kepada perkauman. Kami tidak setuju dengan pemikiran ini.
“Kami percaya selepas 57 tahun Merdeka, sudah tiba masanya rakyat meninggalkan politik sebegitu, di mana orang Cina menyokong Cina, Melayu menyokong Melayu dan India menyokong India.
“Dan menuju ke tahap yang lebih tinggi dengan menyokong sesiapa sahaja yang bersedia untuk mengambil pendirian tegas dalam isu keadilan, kebebasan, kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik,” ujarnya. - HARAKAHDAILY, 21/5/2014
Sumber HD - 21-5-2014
PRK Teluk Intan: SPR tidak iktiraf borang 14?
HARAKAHDAILY | .
TELUK INTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan tidak mahu mengiktiraf Borang 14 Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Ejen calon kepada Dyana Sofya, Howard Lee Chuan How berkata, perkara itu dimaklumkan pihak SPR dalam satu taklimat kepada ejen calon kelmarin dengan menyatakan mereka tidak mahu mengesahkan borang 14 tersebut.
Beliau yang juga Adun Pasir Pinji berkata, tindakan tersebut sama sekali tidak munasabah kerana borang 14 penting untuk mengisi keputusan PRK selepas pengiraan dibuat ke atas setiap undi.
“Borang 14 adalah penyata pengundian selepas pengiraan undi. Selepas pengiraan, jumlah undian perlu dicatit ke dalamnya. Contohnya jika DAP dapat 200 undi dan BN 100 undi, ia perlu dicatit, ejen kemudian akan mendapat satu salinan.
“Jadi jika borang kepada ejen calon tidak disahkan, tentunya akan timbul keraguan mengenai keputusan pengiraan,” katanya dipetik Roketkini.
Katanya, SPR juga memaklumkan, setiap keputusan rasmi adalah berdasarkan salinan yang berada di tangan mereka.
“Pegawai SPR itu turut mengatakan kepada saya kalau ada keraguan, failkan petisyen saja.
“Mengapa tidak mahu perakui Borang 14? Apakah mereka mempunyai agenda lain," soalnya seperti dipetik lidah rasmi parti itu. - HARAKAHDAILY 21/5/2014 Sumber HD - 21-5-2014
Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama. Baca di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 20-5-2014
Kempen di sekolah: Pemuda PAS buat laporan polis
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
Sepanduk yang mewar-warkan program ceramah politik BN menggunakan premis sekolah.
TELUK INTAN: Pemuda PAS Malaysia hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan BN menyalahgunakan premis awam bagi tujuan berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Ini ekoran ceramah politik yang dijadualkan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak membariskan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, Adun Kok Lanas, Datuk Alwi Ahmad dan Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Yahya.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan BN menggunakan sekolah sebagai lokasi kempen adalah bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 24 b (7) yang melarang penggunaan premis awam untuk kempen pilihan raya.
"Saya mewakili Pemuda PAS melahirkan rasa dukacita dengan tindakan BN menyalahgunakan premis awam bagi tujuan politik kepartian dalam tempoh berkempen ini.
"Ianya juga telah melanggar etika pentadbiran kerajaan yang telus dan amanah berikutan membenarkan penggunaan sebuah premis milik kerajaan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri," katanya ketika ditemui Harakahdaily sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak, Teluk Intan.
Hadir sama Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Khairie Jamaluddin dan pimpinan Pemuda PAS Teluk Intan.
Beliau menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dengan merujuk kepada akta kesalahan pilihan raya yang jelas tidak membenarkan tindakan BN itu.
Sany menjelaskan, jika BN dibenarkan menggunakan premis awam untuk berkempen, PAS menuntut agar keadilan diberikan dengan membenarkan juga pihak DAP untuk turut berbuat demikian.
"Masuklah pilihan raya dengan padang yang sama rata, janganlah menyalahgunakan kuasa dalam persaingan demokrasi," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY, 20/4/2014
Mohd Sany menunjukkan bukti penyalahgunaan premis awam oleh BN sebelum membuat laporan polis.
Sumber HD - 20-5-2014
Khairy pun tiada pengalaman jadi menteri
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP mempertikaikan gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar pengundi Teluk Intan menolak calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, hanya kerana beliau masih muda dan kononnya tidak berpengalaman.
Bagi Ahli Parlimen DAP Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran, Khairy sendiri tidak memiliki sebarang pengalaman sebagai menteri ketika dilantik menyertai kabinet tahun lalu.
“Hakikatnya, kita semua adalah orang baru yang tidak berpengalaman, sehinggalah diberi peluang. Sebelum Khairy menjadi menteri pada tahun 2013, beliau juga tiada pengalaman.
"Adakah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantiknya itu satu keputusan yang salah?” kata mereka dalam satu kenyataan bersama dipetik Roketkini.
Mereka percaya lebih penting untuk Khairy menilai prestasinya sendiri sebagai menteri sejak setahun ini, memandangkan itu adalah kali pertama beliau menjawat jawatan itu.
“Bagaimanakah Khairy menilai prestasinya? Jika gagal, bila beliau akan meletak jawatan?
"Jika beliau rasa prestasinya bagus, apa yang membuatkannya fikir Dyana tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik jika diberi mandat?” soal mereka lagi.
Dyana sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang selama setahun.
Dalam sidang media semalam, Khairy juga berkata, jika menang pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana selaku Ahli Parlimen DAP tidak akan memiliki akses kepada agensi-agensi persekutuan.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai satu ugutan, mereka mengingatkan Khairy bahawa tugas kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan hanya kepada pengundi mereka di kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.
“Ia adalah satu ugutan terbuka yang angkuh. Jelas, Khairy juga terperangkap dalam politik ‘I help you, you help me.’
“Walaupun popular dan dianggap bintang dalam Umno, beliau gagal memupuk politik baru yang mengutamakan tadbir urus yang baik, keadilan dan kesamaan.
“Berbeza dengan Dyana yang berikrar terhadap politik baru, seperti memecahkan tembok perkauman dan agama. Walau pun masih baru, beliau sememangnya harus diberi peluang,” kata mereka lagi.
PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
Parlimen Teluk Intan mempunyai komposisi pengundi yang hampir seimbang iaitu 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).
Dyana dicabar Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam PRK kali ini.
Mah, 53, ialah penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan selama dua penggal iaitu pada PRU 1999 dan 2004.- HARAKAHDAILY 20/5/2014 Sumber HD - 20-5-2014
Gambar sebegini pastinya akan memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam.
Namun sudah menjadi adat bagi gerombolan macai yang ternyata seronok dengan budaya fitnah yang sudah menjadi sebahagian dari darah daging mereka selama ini. Hidup tak akan tenang jika sehari tidak buat fitnah dan kerja-kerja bodoh tahap bangang.
Jika diperhatikan betul-betul, gambar Dyana Sofya memegang anjing tersebut adalah palsu terutama sekali pada bahagian kepala dan badan anjing yang ternyata tak kena langsung hanya jika dilihat dengan mata kasar sahaja.
Kahkahkah..- bloglist-malaysia
Berikut ialah printscreen macai UMNO yang menyebarkan foto fitnah berkenaan:
ULASAN GB
Itulah kerja UMNO... memfitnah sepanjang masa apabila terasa mereka akan kalah dan fitnah-fitnah yang dilakukan akan mempercepat serta melebarkan kekalahan mereka. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Sebelum ini Dyana Sofia difitnahkan berbikini.... # Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. Sumber HD - 20-5-2014
BN bayang kronisme sebagai 'politik adil'?
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: BN hari ini seperti mengesahkan mereka mementingkan politik kronisme dalam mengetengahkan calon bagi satu-satu pilihan raya yang disefatkan mereka sebagai 'politik adil'.
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka menginginkan sama ada ketua bahagian atau presiden parti menjadi calon.
"Kita ingin orang nombor satu dalam satu-satu tempat itu sama ada dia ketua bahagian atau presiden parti. Jadi kita letak (Datuk) Mah (Siew Keong) sebagai calon," katanya merujuk kepada calon Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.
Beliau menegaskan politik BN adalah politik adil di mana parti memberi peluang kepada seseorang calon yang layak di tempatnya.
Ia dibuktikan menerusi pencalonan Mah yang juga Presiden Gerakan, sebagai wakil BN pada PRK Teluk Intan itu.
"Itulah maksud adil iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya. Di sini, 43 peratus pengundi adalah orang Cina, jadi kita letak calon Cina," katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan.
Beliau dilaporkan mengulas kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud mewakili DAP sebagai sebahagian politik baharu. - HARAKAHDAILY 20/5/2014 Sumber HD - 20-5-2014
Dyana jadi beban kepada BN - Salahuddin
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berpendapat keputusan DAP meletakkan calon wanita Melayu bagi mewakili Pakatan Rakyat telah membuka mata semua pihak khususnya pengundi Teluk Intan supaya dapat menentukan sikap politik baru mereka.
JELAS beliau, langkah berani DAP itu turut menjadi bebanan baru kepada BN terutamanya Umno yang sebelum ini telah melabelkan parti itu sebagai parti perkauman.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun akan menentang calon BN, Datuk Mah Siew Keong.
"Saya percaya langkah ini menjadi panduan dan rujukan pada masa hadapan tentang bagaimana DAP berusaha menjadikan imej mereka lebih terbuka.
"Yang mana selama ini parti itu digambarkan sebagai parti perkauman, DAP berusaha untuk menjadikan imej mereka lebih Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada hari penamaan calon semalam.
Tambah beliau, PAS menyambut baik usaha yang dilakukan DAP dan akan memperkuatkan jentera bagi membantu Pakatan Rakyat memenangi kerusi di Teluk Intan.
"Anak muda Melayu menentang calon senior adalah pertembungan yang cukup menarik, pengalaman tidak menjadi satu perkara yang penting tetapi ia bergantung kepada penilaian pengundi.
"Keadaan dunia maya sekarang ini, pengundi dapat menilai dengan sendiri apa yang berlaku dan perlu mereka lakukan," sambung beliau.
Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan BN akan terus memainkan isu hudud bagi menarik pengundi Melayu, namun beliau yakin dengan kebijaksanaan PAS isu tersebut dapat dijelaskan dengan baik. - HARAKAHDAILY 20/5/2014 Sumber HD - 20-4-2014
KUALA LUMPUR: PAS Perak menyifatkan Umno BN terkejut dengan keputusan DAP mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud yang merupakan seorang wanita muda apatah lagi mempunyai kredibiliti untuk menjadi orang politik.
Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dyana bukan calang-calang orang yang boleh dipertikaikan kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik.
"Beliau adalah Setpol (setiausaha politik) Lim Kit Siang, sudah tentu ada pengalaman yang luas dalam selok-belok sejarah politik negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Bahkan katanya, mana-mana mereka yang pernah menjadi Setpol pemimpin politik kebanyakannya menjadi ahli parlimen.
"Ini menunjukkan Dyana cukup berjaya daripada profesion sebagai setiausaha kepada menjadi seorang ahli parlimen," katanya kepada Harakahdaily.
Pelbagai tohmahan yang dilemparkan Umno BN terhadap calon Pakatan Rakyat daripada DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya termasuklah kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatakan gadis itu telah menjadi alat DAP.
Jelas Nizar, kenyataan Shahrizat itu telah mengguris hati wanita-wanita Umno di Teluk Intan menyebabkan ada dakwaan mengatakan mereka akan boikot untuk keluar mengundi dalam pilihan raya kecil nanti.
"Celuparnya Shahrizat yang menghina Dyana, ramai wanita Umno di Changkat Jong terasa hati seolah-olah telah menghina anak Melayunya sendiri.
"Ramai wanita Umno kenal dengan ibu Dyana,” ujarnya yang juga Adun Changkat Jering. - HARAKAHDAILY 19/5/2014 Sumber HD - 19-5-2014
Ibu pesan Dyana jaga diri, jangan tinggal solat
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Yammy Samat, ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sentiasa memberi pesanan kepada anaknya agar tidak meninggalkan solat setiap kali keluar berkempen.
Ketika ditemui Harakahdaily, beliau memberitahu sebagai seorang ibu berasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan Pakatan Rakyat khususnya DAP untuk anaknya bertanding pada PRK kali ini.
"Sebagai mak rasa merasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap Dyana.
"Saya sentiasa menyokong apa juga pilihan yang dibuat oleh Dyana," jelas wanita berusia 51 tahun itu.
Jelas beliau lagi, walaupun mempunyai perbezaan politik tetapi tidak pernah membuang atau menghalang pilihan yang dibuat oleh anaknya itu.
"Saya beri kebebasan untuk beliau memilih, bila anak dan besar beliau bebas untuk memilih politik mana yang dia inginkan.
"Sebagai ibu kita tidak boleh menghalang dan kena hormat keputusan yang dibuat oleh anak, mereka ada hak," sambung Yammy yang pernah menjadi wanita pertama menjawat jawatan Setiausaha Umno Bahagian Ipoh Barat dari 1976 hingga 1980.
Dalam pada itu, beliau berkata walaupun ada tentangan daripada keluarga terdekat tetapi baginya itu merupakan perkara biasa.
"Dalam satu keluarga mesti ada yang menentang, itu biasa, kita tidak boleh nak melenting atau marah.
"Sebagai ibu saya akan sentiasa bersama Dyana sepanjang tempoh berkempen ini dan saya selalu menasihat beliau agar jaga diri dan sebelum keluar berkempen pastikan solat tidak ditinggalkan," katanya. - HARAKAHDAILY 19/5/2014 Yammy Samat (Ibu Dyana)- http://www.youtube.com/watch?v=6MCDrKM6Ems Sumber HD - 19-5-2014
Pemilihan Dyana bukti Pakatan iktiraf wanita
HAZAYANI ZAKARIA | .
KUALA LUMPUR: Keputusan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan kepimpinan Pakatan Rakyat mengiktiraf penglibatan golongan wanita dalam bidang politik.
Pengerusi Ameerah Malaysia, Fareedah Samad berkata, keputusan DAP meletakkan calon wanita muda pada PRK kali ini adalah tepat dan dilihat antara calon terbaik yang pernah ditampilkan parti itu untuk memperjuangkan agenda kebajikan rakyat.
"Ameerah Malaysia yakin dengan kelebihan yang ada pada Dyana, beliau akan mampu menggalas tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dengan cemerlang. Semua maklum, beliau masih muda dan cergas untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat khususnya pengundi di Parlimen Teluk Intan," kata beliau.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Dyana, Ameerah yang mewakili sayap wanita muda dalam Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) juga menyokong penuh gagasan Dyana untuk meruntuhkan tembok perkauman di kalangan rakyat di negara ini.
Gagasan ini katanya selari selari dengan agenda Ameerah Malaysia untuk membebaskan golongan wanita muda di negara ini daripada sebarang sentimen perkauman yang sempit.
Justeru beliau menyeru seluruh pengundi Parlimen Teluk Intan khususnya pengundi muda untuk memilih Dyana bagi memastikan suara penduduk Teluk Intan dibangkitkan dalam Dewan Rakyat dan kebajikan rakyat terus diperjuangkan.
"Di peringkat Ameerah Malaysia pula, kami mendoakan kejayaan besar buat Dyana dalam PRK pada kali ini dan semoga beliau terus kuat dan tabah menghadapi serangan demi serangan daripada jentera Barisan Nasional.
"Kejayaan beliau kelak merupakan kejayaan seluruh aktivis wanita muda di negara ini," katanya.
Penamaan calon hari ini mengesahkan Dyana akan melawan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dalam PRK pada 31 Mei ini.
Dyana: Calon dan anak yang baik, tidak rugi undi beliau
ASPAN ALIAS | .
Penyertaan Dyana Daud, sebagai calon DAP dalam pilihan raya Teluk Intan memberikan banyak kesimpulan yang jelas. Saya adalah orangnya yang membawa Dyana hampir dan akhirnya menjadi calon DAP dan saya begitu bangga dengan kehadiran beliau dalam arena politik negara. Saya begitu rapat dengan ibu dan bapanya dan saya hampir secara peribadi mengenali dengan Dyana sejak Dyana masih dalam buaian lagi. Daud bapanya, serta ibunya Yammi Samat, adalah sahabat keluarga dan tidak pernah berpecah kerana keikhlasan keluarga ini bersahabat dengan keluarga saya.
Saya begitu bersukacita dengan pencalonan beliau itu kerana beliau mungkin dapat membersihkan nama DAP sebagai parti hanya untuk kaum Cina, malahan salah satu dari sebab kenapa DAP dan Pakatan tidak berjaya dalam pilihan raya yang lepas ialah kerana isu bangsa yang menjadi isu yang hangat semasa itu. PAS telah berhadapan dengan isu nama Allah yang disebut-sebut oleh rakan kongsinya DAP dan DAP pula telah menunjukkan sikap chauvinistiknya kerana apa yang digambarkan parti itu sebagai parti untuk semua bangsa tidak dilaksanakan oleh DAP semasa itu.
DAP hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen Melayu iaitu Ariff Sabri di Dewan Legislatif Parlimen. Jika kita semua iktiraf Zairil sebagai Melayu maka DAP hanya mempunyai dua orang wakil Melayu walaupun telah mengakui parti itu sebagai parti semua kaum. Nyata itu merupakan kudis bagi DAP dalam PRU yang akan datang kerana DAP telah berbohong dan tidak dapat membuktikan yang ia adalah sebenarnya parti berbilang kaum.
Dengan terpilihnya Dyana sebagai calon DAP di Teluk Intan ini mungkin DAP secara beransur-ansur dapat membuktikan dan meyakinkan orang ramai yang kali ini DAP tidak berbohong lagi. Tetapi DAP hanya akan dapat membuktikan yang mereka serius untuk menjadikan parti itu sebagai parti berbilang kaum dalam PRU yang akan datang.
Saya merasakan yang Dyana akan memenangi PRK Teluk Intan ini dan ramai yang menghubungi saya untuk memberikan undi menyokong Dyana secara moral untuk Dyana menjejak kaki ke Dewan Parlimen dan memainkan peranan untuk memperjuangkan 'multiracialism' sebenarnya dalam DAP itu.
Dengan kemenangan Dyana, maka ada dua muka Melayu di dalamnya termasuk Ariff Sabri dari Raub. Seperti yang saya nyatakan tadi jika kita semua iktiraf Zairil sebagai Melayu maka ada tiga orang Melayu dalam Parlimen yang mewakili DAP. Dengan tercalonnya Dyana ini, saya berpendapat DAP bernasib baik dengan adanya PRK ini. DAP masih ada kesempatan untuk memperbaiki keyakinan orang Melayu yang DAP sedang berusaha untuk menjadikan parti itu 'multiracial' sebagai 'attribute'nya walaupun sasarannya masih jauh jika parti itu mahu diyakini sebagai parti berbilang kaum.
Tetapi kita akan hanya tahu sama ada DAP serius atau hanya bermain ‘intrigue’ politik semata-mata apabila kita melihat senarai calon parti itu dalam pilihan raya 14 nanti. Orang Melayu sekarang amat memberikan fokus terhadap DAP dalam PRU yang akan datang. DAP tidak ada masalah untuk mencari Melayu yang berwibawa yang masih muda dan berkemampuan untuk memberikan nafas dan imej baru kepada parti itu.
Melayu yang muda-muda (40 tahun ke bawah) masih ramai yang belum tercemar budayanya yang boleh diraih oleh DAP untuk bergiat dalam parti itu.
Bagi saya pengundi di Teluk Intan sepatutnya memberikan sokongan dengan memberikan undian yang padu kepada Dyana, anak muda yang mempunyai sisik politik yang tinggi. Darah politiknya datang dari darah ibunya yang tidak pernah bersara dari politik walaupun sekarang ini tidak memegang apa-apa jawatan. Walaupun ibu dan keluarga Dyana adalah ahli seumur hidup Umno tetapi mereka tidak mencegah Dyana membuat pendiriannya sendiri.
Sesungguhnya keluarga ini adalah keluarga yang hidup dengan perjuangan dan kecenderungan politik yang berbeza tidak memecahkan keluarga ini. Itu sahaja adalah bukti yang politik masih hidup jika dalam keluarga itu mempunyai pendirian yang berbeza di antara satu dengan lain.
Kepada pengundi Teluk Intan, saya tahu dan mengakui secara testimonialnya yang Dyana ini adalah anak yang baik dan boleh digilap dan diberikan galakan untuk maju jauh kehadapan. Buat kali ini cara menggilapnya ialah dengan memberikan sokongan kepada beliau tanpa was-was.
Saya yakin, pengundi Teluk Intan tidak akan ada kekesalan jika mengundi Dyana ini. Berpakat-pakatlah sesama sendiri serta rakan dan keluarga dan memberikan undian yang jelas kepada wanita muda yang bertenaga dalam hidup ini.
Jangan kita biarkan orang Melayu hanya dijadikan pembawa poster dan memikul banting-banting sambil memanjat tiang untuk menampal poster dalam pilihan raya sahaja. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 19-5-2014
Sah satu lawan satu di PRK Teluk Intan
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Calon Pakatan Rakyat dari DAP Dyana Sofya Mohd Daud sah akan bertanding satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 31 Mei ini.
Pengesahan itu dibuat Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad yang mengumumkannya selepas proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini.
Ia bermakna tiada calon bebas mengemukakan borang pencalonan seperti digembar-gemburkan sebelum ini.
Mah menyerahkan borang pencalonan pada 9.05 pagi diikuti Dyana Sofya pada 9.08 pagi.
Proses penamaan calon yang dibuka sejak 9 pagi tadi berjalan lancar dan ditutup tepat pada 10 pagi.
Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.
Sementara itu Parti Berjasa dalam satu kenyataan, mengumumkan ia menarik diri daripada bertanding bagi mewakili Bebas pada PRK Teluk Intan. - HARAKAHDAILY 19/5/2014 Penamaan Calon - http://www.youtube.com/watch?v=2GjOc8PNsD8 Sumber HD - 19-5-2014
Lebih baik Shahrizat tidak turun ke Teluk Intan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Keceluparan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyerang calon DAP bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dengan melabelkannya sebagai boneka yang diperalatkan oleh DAP, bukan saja mengundang serangan balas daripada parti itu tetapi cara kempen ala 70-an itu juga membuatkan kelompok Umno sendiri rasa tidak selesa.
Ekoran itu, Dyana Sofya menyifatkan kenyataan Shahrizat itu menunjukkan kegagalannya melonjakkan golongan wanita kepada kedudukan yang sewajarnya dalam politik negara ini serta meminta belajar daripada ibunya yang juga merupakan aktivis Wanita Umno tetapi merestui dan sentiasa menyokongnya.
Menurut penulis Shahbudin Husin, di laman sosial begitu banyak kecaman dan sindiran dilemparkan terhadapnya oleh kelompok Umno sendiri yang menyifatkan Shahrizat sepatutnya memfokuskan untuk menarik pengundi Melayu Teluk Intan menyokong calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan bukannya menyentuh isu berkaitan peribadi calon DAP itu.
Tambahnya, Shahrizat juga diminta melihat ke dalam struktur Wanita Umno sendiri iaitu berapa ramaikah golongan muda yang berpotensi daripada Puteri Umno diterima dengan baik menyertai pergerakan itu dan diberi peluang sebagai calon dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya lagi, menyedari calon BN di Teluk Intan sudah berusia dan kitar semula pula, Shahrizat sepatutnya berbangga dan cuba mengaplikasikannya ke dalam Wanita Umno yang sedang dipimpinnya, dan bukan menyerang perkembangan yang sihat itu.
"Kalau pun mahu berkempen, beliau sepatutnya menumpukan kepada isu tempatan Teluk Intan yang mungkin asing bagi Dyana Sofya serta serangan kepada ideologi parti DAP itu," tulis beliau di dalam blognya.
Katanya, kecuali jika Shahrizat sedia mendiamkan sedikit mulutnya daripada banyak berbicara yang bukan-bukan atau yang terkeluar daripada konteks menambahkan undi, dengan isu peribadi yang banyak memaliti dirinya serta gaya fikirnya yang masih tidak berubah, sebenarnya jauh lebih baik jika beliau tidak turun berkempen ke Teluk Intan nanti.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari ini adalah hari penamaan calon. - HARAKAHDAILY 19/5/2014 Sumber HD - 19-5-2014
Wanita DAP minta Shahrizat cermin diri
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menghamburkan pelbagai tuduhan kepada calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan membuktikan pembunuhan karektor (character assassination) masih menjadi modus operandi Umno-BN untuk mengekalkan kuasa.
Ahli Parliamen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto (gambar) dalam satu kenyataan media berkata, sebahagian besar rakyat negara ini pastinya tidak menyenangi kata-kata kesat yang dihamburkan oleh Shahrizat yang semata-mata mahu menunjukkan kesetiaan kepada ‘tangan yang menyuap beliau’.
Menurut Kasthuri, tuduhan Sharizat kononnya beliau bersimpati kepada calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya kerana “menjadi alat dan boneka DAP” sekali lagi membuktikan pemimpin BN gemar mengeluarkan kenyataan lucu.
“Sebenarnya bukan Sharizat yang perlu bersimpati kepada Dyana malah rakyat Malaysia seharusnya bersimpati kepada Shahrizat dan menyatakan belas kasihan kerana beliau telah digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 tahun lalu,” tingkah Kasthuri.
Beliau menambah, Shahrizat seharusnya mengingati tarikh 8 April 2012 apabila beliau meletakkan jawatan sebagai senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
“Hakikatnya Shahrizat bukan menjadi aset malah bebanan kepada Umno-BN, tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan terbabit dalam salah satu skandal terbesar negara namun kemudian kembali menjawat jawatan kerajaan,” kata Kasthuri.
Beliau mempersoalkan mengapa Shahrizat tidak terpilih sebagai calon dalam PRU lalu atau diberi peluang untuk bertanding.
Setelah kalah di Lembah Pantai pada PRU 2008 di tangan calon muda Nurul Izzah Anwar, beliau telah dilantik penasihat khas kepada Perdana Menteri bagi wanita, keluarga dan hal ehwal pembangunan sosial.
Shahrizat kemudian dilantik sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat setelah Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ironinya perlantikan Shahrizat ke jawatan menteri dibuat sehari selepas mengangkat sumpah sebagai senator.
Kasthuri mempersoalkan jawatan penasihat khas dan menteri kabinet yang disandang Sharizat sedangkan beliau ternyata tewas dalam PRU12 yang menggambarkan pilihan sebenar rakyat.
Menurut beliau, jika pemilihan Shahrizat ini adalah satu bentuk transformasi pentadbiran Najib, ini menggambarkan tahap keutamaan Perdana Menteri dalam membela seseorang yang kehilangan mandat rakyat.
Beliau turut mempersoalkan pemilihan semula Shahrizat sebagai penasihat khas dalam penggal pentadbiran baru Najib sedangkan Ketua Wanita Umno itu tidak langsung tersenarai sebagai calon BN pada PRU13 lalu.
“Sebagai penasihat khas untuk memantau pembangunan usahawan dan profesional wanita dengan gaji RM 27,227.20 sebulan atau RM 326,726.40 setahun bersama dengan lain-lain penasihat khas yang menelan belanja RM1.63 juta, mungkin perumpamaan paling sesuai untuk beliau adalah muka tak malu, syok sendiri dan tak sedar diri,” ujar Kasthuri sinis.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan Shahrizat yang mendapat imbuhan besar sebagai penasihat khas dengan wang rakyat namun berani menggelarkan Dyana Sofya sebagai 'alat' dan 'boneka'.
Menurut Kasthuri, Dyana tidak perlu ‘menyelak kain’ atau menggunakan kata kesat seperti ‘bangsat’ untuk mendapatkan kepercayaan dan penghormatan rakyat.
“Dyana Sofya seorang yang bersih, orang muda yang dihormati. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak akan bertolak ansur dengan kata nista yang dihamburkan terhadap beliau apatah lagi apabila ia diucapkan oleh seseorang yang mahukan perhatian dan mahu memperlihatkan sikap terhutang budi kepada orang yang menyuapnya,” ujar Kasthuri. - HARAKAHDAILY, 19/5/2014 Sumber HD - 19-5-2014
Salahudin Ayub ketuai jentera PAS di Teluk Intan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub akan mengetuai jentera PAS bagi membantu kempen DAP berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.
"Beliau juga akan dibantu oleh jentera PAS Perak yang diketuai Pesuruhjaya (PAS Perak), Razman Zakaria.
"PAS akan memastikan calon Pakatan Rakyat daripada DAP menang pada PRK ini," katanya.
Sementara itu, hari ini berlangsungnya penamaan calon bagi PRK tersebut.
DAP mempertaruhkan Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofia Mohd Daud sebagai calon mereka.
Sebelum ini, bagi PRK Bukit Gelugor pula, PAS telah melantik timbalan presidennya Mohamad Sabu bagi mengetuai jentera PAS dengan dibantu jentera PAS Pulau Pinang.
Sumber HD - 19-5-2014
PRK Teluk Intan simbol politik baru negara
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud dari kaum Melayu merupakan simbol politik baru negara ini.
Beliau yang turut hadir pada program pelancaran jentera Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan turut meminta agar Umno-BN menjadikan ia sebagai contoh untuk mereka pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita mahu semua bersatu padu dalam apa jua bentuk politik yang kita lakukan.
"Kita mahu politik yang baru, Dyana adalah contoh calon muda dan sepatutnya dia di sokong oleh Wanita Umno.
"Kenapa Umno perlu hina, kita percaya kepada pimpinan pemudi pemuda di Malaysia, mereka ada kualiti dan berkaliber untuk memimpin negara ini," ucap beliau.
Menurut Kit Siang, jika kepercayaan diberikan kepada pimpinan muda seperti Dyana, sejarah bakal tercipta pada 31 Mei nanti.
"Kita perlu letak kepercayaan untuk pemimpin muda, kita boleh cipta sejarah pada 31 Mei nanti.
"Ia akan menjadi contoh kepada semua dan pastinya Teluk Intan menjadi contoh kepada semua negeri di Malaysia.
Dalam pada itu, beliau yakin Pakatan Rakyat khususnya DAP mempunyai peluang untuk mengekalkan kemenangan yang lalu.
"BN sangat yakin mereka boleh memenangi kerusi Teluk Intan, kita kena bekerja keras dan tidak boleh berada dalam keadaan selesa.
"PRK kali ini kita bersifat rendah diri 'underdog', kita kena berusaha untuk memastikan kemenangan dapat dikekalkan," sambung beliau. - HARAKAHDAILY, 19/5/2014 Sumber HD - 19-5-2014
Pencalonan saya bukti Pakatan Rakyat martabatkan wanita – Dyana
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pencalonan beliau pada PRK kali ini membuktikan Pakatan Rakyat memartabatkan kaum wanita serta menghormati anak muda.
Beliau yang berucap pada pelancaran jentera Pakatan Rakyat di Kampung Bahagian turut menegaskan pencalonan beliau turut membuktikan bahawa DAP tidak mengamalkan politik perkauman seperti mana tuduhan Umno selama ini.
"Ini membuktikan dengan jelas, Pakatan Rakyat menaikkan martabat kaum wanita serta menghormati anak muda dan menolak politik perkauman," ucap beliau.
Beliau yang turut mencabar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan calon wanita muda bagi mewakili Umno pada pilihan raya akan datang sebagai membuktikan parti itu menghormati kepimpinan anak muda.
"Shahrizat kata saya belum sedar, terima kasih atas nasihat beliau. Cuma saya nak tanya adakah beliau boleh meletakkan calon pimpinan anak muda yang sebaya dengan saya pada pilihan raya nanti.
"Kalau boleh lakukan mungkin saya boleh mendengar Shahrizat memberi nasihat lagi pada masa akan datang," sambung beliau.
Beliau juga meminta pengundi Teluk Intan memberi peluang kepadanya bagi membawa suara rakyat dan menentang dasar-dasar kerajaan yang menekan hidup rakyat.
"Ada orang kata saya jadi calon ni kerana nak glamour, kalau saya nak glamour lebih baik saya jadi artis dan bukannya masuk dunia politik.
"Saya masuk dunia politik kerana ingin berjuang untuk rakyat, saya lihat perjuangan pimpinan DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semangat mereka yang telah membakar semangat saya untuk berada dalam persada politik," katanya lagi di hadapan kira-kira seribu yang hadir.
Dyana juga menyeru agar semua pengundi luar balik mengundi dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP bagi memastikan hak rakyat terus diperjuangkan.- HARAKAHDAILY, 19/5/2014 Sumber HD - 19-5-2014
Jadikan PRK Teluk Intan referendum rakyat
MUHAMMAD FAIZAL | .
TELUK INTAN: PAS menyatakan pendirian untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada DAP bagi memastikan parti itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada program pelancaran jentera Pakatan Rakyat menyatakan PAS akan mengerahkan seluruh jentera dari semua peringkat bagi membantu DAP mengekalkan kemenangan di kerusi Teluk Intan.
"Kami dari PAS akan bekerja kuat seperti kita yang bertanding, kita kerah seluruh tenaga untuk membantu DAP mengekalkan kerusi yang dimenangi sebelum ini.
"Di peringkat pusat mahupun negeri dan kawasan ini sendiri, kita akan bergabung bagi memastikan rakan kita DAP menang dan ini janji kita," ucap beliau.
Tambah beliau lagi, PRK kali ini perlu dijadikan satu referendum rakyat dalam membantah penyelewengan yang berlaku di negara ini terutamanya dalam soal ketirisan dan pembaziran.
"Kita kena jadikan PRK ini sebagai permulaan baru untuk kita mengambilalih Putrajaya, kita tahu BN melawan kita bukan dengan cara berhujah.
"Mereka akan guna pelbagai muslihat serta tuduhan, tetapi saya yakin pengundi Teluk Intan khususnya Melayu mulai sedar apa yang BN lakukan selama ini, mereka akan buat perubahan," sambung beliau lagi.
Mohamad yang turut menyatakan, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga meminta agar semua ahli PAS tampil memberi sokongan dan memenangkan calon DAP.
Pada PRK Parlimen Teluk Intan, DAP telah meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud bagi mewakili parti itu yang akan menentang calon Gerakan dari BN pada 31 Mei nanti.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberitahu beliau kagum dengan keberanian DAP dalam membuat keputusan meletakkan calon Melayu pada PRK kali ini.
"Ini bukti yang dibawa DAP, calon yang mewakili semua masyarakat Malaysia, siapa kata DAP itu politik perkauman.
"Walaupun masih muda, tetapi Dyana mempunyai prinsip berani melawan Umno, beliau dikatakan pengkhianat Melayu tetapi itu tidak mematahkan semangat beliau dan ini yang kita mahu.
"Kita mahu pemimpin yang ada pendirian bukannya pemimpin yang tahu mengangguk kepala dan takut untuk membantah," ucap beliau di Kampung Bahagia.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak turut memberitahu PKR akan turut sama dalam kempen PRK kali ini bagi memastikan calon DAP berada di parlimen dan turut sama menentang dasar-dasar kerajaan yang menindas rakyat.
Sumber HD - 19-5-2014
Shahrizat wakili imej 'tertekan' Umno BN
MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
Razman berbual dengan Zambry diluar dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, sempena penamaan calon PRK Teluk Intan hari ini.
TELUK INTAN: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyifatkan serangan pemimpin BN terhadap calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud, memperlihatkan parti itu 'hilang arah'.
Menurut beliau, serangan termasuk oleh Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyifatkan Dyana sebagai alat DAP, hanya lebih kepada bersifat iri hati.
"Pencalonannya (Dyana) adalah satu tindakan terbaik bagi DAP untuk melambangkan parti itu adalah pelbagai kaum dan bukannya berpaksikan perkauman.
"Beliau akan membawa aspirasi anak muda Malaysia di masa yang akan datang," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Razman berkata, tindakan menyerang Dyana hanya akan menguntungkan anak muda itu ekoran publisiti yang diberikan.
"Ianya secara langsung telah menenggelamkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong," katanya sambil menyifatkan calon BN itu sebagai muka lama.
Razman menjelaskan, masyarakat di negara ini khususnya di Teluk Intan perlu menerima kepelbagaian integrasi antara kaum.
Ujar beliau, Shahrizat sepatutnya menyambut baik pencalonan Dyana yang akan membawa suara golongan wanita khususnya di parlimen kelak.
Beliau turut menasihatkan pengundi di parlimen itu untuk mengundi Dyana bagi memastikan BN sedar rakyat tidak mudah untuk diperalatkan demi keuntungan beberapa kerat pemimpin mereka. - HARAKAHDAILY 19/5/2014 Sumber HD - 19-5-2014
Kesian: Dyana Sofya jawab kenyataan Shahrizat
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Calon DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menyatakan rasa kesal dengan tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengeluarkan kenyataan memperkecil-kecilkan kemampuan wanita.
Shahrizat dilaporkan berkata, “Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan sebenarnya, saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan.”
Menurut Dyana, Shahrizat tidak seharusnya memperkecilkan kemampuan beliau untuk membezakan antara perjuangan BN dan DAP serta sebaliknya memuji DAP kerana mempunyai keberanian untuk meletakkan seorang wanita muda Melayu di kerusi yang biasanya ditandingi oleh pemimpin kaum Cina dari BN.
“Sikap negatif seperti ini yang selalu ditunjukkan oleh para pemimpin wanita BN telah menyebabkan kaum wanita terlepas peluang untuk memimpin negara ini,” ujar Dyana dipetik Roketkini.
Berdasarkan pengalaman dalam DAP, Dyana yakin bahawa parti itu lebih mengiktiraf wanita dan meyakini kemampuan mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran negara.
“Jika saya memilih Umno, pastilah saya tidak akan berada di kedudukan sekarang,” tambah beliau yang memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011.
Menurut Dyana, beliau tahu bagaimana untuk membezakan perjuangan BN yang mempertahankan kepentingan golongan yang kaya dan berkuasa, berbanding perjuangan DAP yang mempertahankan hak rakyat biasa tanpa mengira keturunan dan agama.
“Parti telah mencalonkan saya kerana saya benar-benar percaya dengan keadilan, peluang saksama dan urustadbir yang baik,” ujar graduan bidang undang-undang UiTM berusia 27 tahun itu.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menang dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei.
IPOH: Polis Perak mengambil pelbagai langkah termasuk menubuhkan 'tim cantas' bagi memastikan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung dalam suasana aman.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata peranan pasukan itu ialah memintas sebarang cubaan menimbulkan kekacauan oleh pihak tertentu.
"Tim-tim cantas ini digerakkan ke semua lokasi yang dikenal pasti," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya tim cantas itu juga bertujuan mencegah kejadian jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap.
"Selain itu, pihak risikan Jabatan Siasatan Jenayah juga mendokumentasikan individu yang dikenal pasti terbabit dalam beberapa insiden pergaduhan semasa pilihan raya umum ke-13," katanya.
Menurut Acryl Sani, polis juga meningkatkan kehadiran dan rondaan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.
Mengenai proses penamaan calon esok, beliau menasihati parti-parti bertanding agar mengingatkan penyokong masing-masing menjaga kelakuan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Orang ramai juga dinasihati tidak menggunakan Jalan Changkat Jong yang dijangka dijadikan kawasan berhimpun calon dan penyokong parti-parti bertanding, katanya.
PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Penamaan calon ditetapkan esok, 19 Mei, manakala pengundian awal pada 27 Mei dan hari pengundian 31 Mei. - Bernama Sumber HD - 18-5-2014
Raja Bomoh sokong calon BN Teluk Intan
HARAKAHDAILY | .
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang memeluk mesra Ibrahim pada majlis perisytiharan calon BN di Teluk Intan.
TELUK INTAN: Kemunculan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan untuk "merestui" calon BN Datuk Mah Siew Keong menarik perhatian ramai pihak.
Ibrahim, yang menjadi terkenal selepas melakukan upacara di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac lalu dilapor Malaysiakini hadir untuk membantu kemenangan calon BN.
Selepas dirakam menjalankan ritual ditepi pantai dengan beberapa pembantunya untuk 'mencari' serpihan pesawat MH370, Ibrahim yang menetap di Perak dirakam hadir di lebuh raya utara-selatan arah utara untuk menghalau puaka yang diyakini beliau menjadi punca nahas mengorbankan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pembantunya pada 17 April lalu.
"Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau memakai sut serta bertali leher, bersama tanda namanya dan pin 1Malaysia.
Walaupun pemangku Ketua Gerakan Bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee mengakui pihaknya tidak menjemput Ibrahim, namun foto Raja Bomoh itu berpelukan mesra dengan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang disiarkan blog Omak Kau!!!!
Ibrahim bagaimanapun tidak menjalankan sebarang upacara pada majlis itu dan hanya memerhatikan perjalanan majlis.- HARAKAHDAILY, 18/5/2014 Sumber HD -18-5-2014
Ibu restui Dyana, puji keberanian DAP bawa perubahan
ROKETKINI | .
TELUK INTAN: Pencalonan Dyana Sofya membuktikan DAP berpegang teguh pada prinsip kepelbagaian untuk semua, kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP untuk Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Teluk Intan.
“Saya merestui pencalonan beliau, kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.
“Dengan meletakkan Dyana sebagai calon, pada saya adalah pilihan yang tepat di saat muncul pelbagai dakwaan terhadap DAP kononnya pro-Cina dan anti-Melayu, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
“Saya juga memuji tindakan berani DAP meletakkan calon muda yang lebih bertenaga dan berfikiran terbuka untuk dibawa ke Parlimen dalam menegakkan keadilan serta perubahan kepada rakyat, terutama kepada rakyat Teluk Intan,” katanya ketika ditemui di pusat operasi pilihanraya DAP disini.
Beliau turut menyeru warga Teluk Intan terutama golongan veteran supaya berfikir berulang-kali sebelum mengundi.
“Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi semuanya terletak di tangan para pengundi.
“Jadi saya berharap pengundi di sini (Teluk Intan) membuat pilihan sewajarnya dengan memberi peluang kepada golongan muda yang lebih berdaya saing, demi menjayakan politiik baru untuk Malaysia,” ujarnya.
Dyana Sofya, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang telah diumumkan sebagai calon DAP-Pakatan Rakyat semalam untuk menghadapi PRK Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei nanti berikutan kematian wakil rakyat sebelum ini, Seah Leong Peng, pada 1 Mei lalu. - Roketkini.com
Dyana bersama para pemimpin Pakatan Rakyat, Mohamad Sabu, Guan Eng, Kit Siang dan Cikgu Abdul Rahim Abdullah menunjukkan isyarat bagus selepas majlis pengumuman calon di bandar baru Teluk Intan semalam.
Sumber HD - 18-5-2014
Dyana temui petugas pilihan raya PAS
HARAKAHDAILY | .
TELUK INTAN: Tanpa mahu membuang masa, calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud memulakan gerakan prakempen pilihan raya dengan bertemu para petugas Pakatan Rakyat.
Malam tadi, peguam lulusan Universiti Teknologi Mara berusia 27 tahun itu bertemu dengan para petugas jentera pilihan raya PAS Teluk Intan bagi memperkenalkan diri.
Pertemuan berlangsung di Markas Induk PRK PAS Kawasan Teluk Intan di kampung Padang Tembak, dekat sini.
Hadir sama dalam pertemuan itu Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Nie dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong, Anuar Sudin.
Dyana yang berbaju kurung dan berselendang hitam mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan para aktivis PAS terhadap beliau.
Berjanji untuk terus memperjuangkan suara rakyat, beliau berikrar memberikan khidmat terbaik jika terpilih mewakili Teluk Intan ke Parlimen.
Dyana turut menghormati PAS yang dianggap sebagai parti yang telah lama berjuang untuk rakyat dan mempunyai ahli-ahli yang komited dengan perjuangan.
Sementara itu ketika dihubungi Harakah, Ustaz Misbahul Munir berkata majlis perisytiharan calon PRK Teluk Intan akan berlangsung di padang awam Kampung Bahagia, Padang Tembak, malam ini.
Para pemimpin Pakatan Rakyat yang dijangka hadir ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Pencalonan Dyana diumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan, semalam.
Dyana Sofya ialah Setiausaha Politik Kit Siang dan berasal dari Ipoh.
Beliau menyertai DAP pada 2012 dan membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.
PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan esok.
Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
Parlimen Teluk Intan mempunyai komposisi pengundi yang hampir seimbang iaitu 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus).
Dyana akan dicabar Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam PRK kali ini.
Mah, 53 ialah penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan selama dua penggal iaitu pada PRU 1999 dan 2004. - HARAKAHDAILY, 18/5/2014
Dyana berucap dalam pertemuan dengan petugas pilihan raya PAS di Markas Induk PRK Teluk Intan.
Sumber HD - 18-5-2014
Teluk Intan: Keberanian DAP yang tiada pada BN
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan.
“Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Baginya, berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan.
Justeru, menurutnya jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan, begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.
“Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu jugalah gantinya. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama,” tulisnya lagi.
Beliau menambah, laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei. – HARAKAHDAILY 17/5/2014 YAB LGE -https://www.youtube.com/watch?v=la7KjljPYnM Sumber HD - 17-5-2014
Dyana Sofya mahu runtuhkan tembok perkauman
HARAKAHDAILY | .
TELUK INTAN: Calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai cara.
“Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.
“Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan.
“Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada sokongan tidak berbelah tanpa mengira penat dari kedua ibu-bapa saya. Marilah kita bersama membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua,” kata Dyana dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai calon.
Majlis pengumuman ini diadakan serentak dengan pembukaan rasmi pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan oleh pimpinan tertinggi parti.
Dyana, 27 ialah Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan menyertai DAP pada 2012.
Lulusan sarjana muda undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), pencalonan Dyana dianggap pemerhati politik sebagai usaha DAP mengikis imej chauvinis kaum yang cuba dipalitkan lawan politik parti kerabat Pakatan Rakyat itu. – HARAKAHDAILY, 17/5/2014 Sumber HD - 17-5-2014
Dyana Sofya calon DAP Teluk Intan
ROKETKINI | .
TELUK INTAN: Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, diumumkan sebagai calon DAP bagi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Pengumuman tersebut dibuat tadi oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam majlis pelancaran pusat operasi pilihanraya DAP di sini, jam satu tengah hari tadi.
Dyana, 27 tahun dan seorang peguam, menjadi taruhan DAP untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut yang dimenangi dalam PRU ke-13 lalu.
“DAP menghadapi cabaran cukup sukar untuk menggantikan mendiang Seah Leong Peng. Kita mempunyai ramai calon berkelayakan.
“Kita tidak ada pilihan yang mudah. Calon kita ini adalah mencerminkan kepelbagaian DAP serta memberikan peluang kepada golongan wanita, supaya dapat menceburkan diri dalam arena politik negara.
“DAP mengambil keputusan, untuk masa depan Malaysia, kita memilih Dyana Sofya sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan,” kata Guan Eng disambut tepukan gemuruh ratusan hadirin.
Dyana menerima pendidikan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum menyertai DAP pada tahun 2010.
Selain memikul peranan sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, beliau juga terlibat secara langsung dalam program anjuran Impian Malaysia, sebuah kempen yang diilhamkan dari ucapan Lim Kit Siang.
PRK ini diadakan setelah Seah Leong Peng, pemimpin DAP yang memenangi kerusi parlimen ini pada PRU ke-13, meninggal dunia akibat barah pada 1 Mei lepas.
Antara pimpinan tertinggi yang hadir dalam majlis pengumuman tadi ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Exco Agama Kerajaan Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Kassim.
IPOH: Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.
Presidennya Mohd Yusuf Harun berkata parti itu akan bermesyuarat di Kuala Lumpur esok bagi menentukan calon yang akan bertanding pada PRK.
"Kita akan umum dan perkenalkan calon pada Majlis Pengenalan Calon Parti Berjasa bagi PRK Teluk Intan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata parti itu yang selama ini menjadi pemerhati pasif kepada senario politik semasa, mengambil keputusan untuk menyertai gelanggang politik secara aktif, proaktif dan inovatif.
PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng,48, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.
Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. - Bernama Sumber HD - 15-5-2014
Teluk Intan: Pengundi muda Melayu ikrar sokong DAP
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Walaupun masih belum mengumumkan siapa calon yang akan diletakkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, DAP setakat ini dilihat lebih ke depan berbanding Barisan Nasional (BN) apabila kebanyakan pengundi muda Melayu menyatakan sokongan terhadap parti itu, lapor Roketkini.
Tinjauan Roketkini di kawasan Melayu di Dun Changkat Jong setakat ini menyaksikan kebanyakan mereka yang ada di antaranya memberi undi kepada BN dalam PRU lalu mula beralih arah dan yakin dengan kepimpinan DAP.
Muhammad Noor Esma Hafiz berkata, walau BN meneruskan taktik lama mereka menerusi cara kotor, beliau yakin DAP tetap akan kekal di Teluk Intan berikutan kesungguhan dan agenda kerja mereka yang jelas mementingkan rakyat daripada segalanya.
“Pada saya, DAP merupakan pilihan terbaik di sini. Saya tidak menilai dari personaliti atau luaran, tapi berdasarkan kerja keras saban hari selama memegang kerusi ini yang membuktikan keikhlasan mereka," katanya.
Menurutnya, hampir semua pemimpin DAP, termasuk mendiang Seah, sentiasa mengambil kira permasalahan rakyat tanpa mengira warna kulit atau agama.
Bagi Mohd Mokhtar pula, antara sebab mengapa beliau yakin terhadap DAP adalah komitmen kuat parti itu dalam menuntut keadilan.
“Isu terhangat setakat ini, seperti kita sedia maklum adalah bagaimana BN cuba memutuskan ikatan antara PAS dan DAP melalui hudud dengan harapan lebih ramai Melayu menyokong mereka.
“Tapi ia tidak akan membawa sebarang kesan kerana kebanyakan sedar bahawa persamaan antara kedua parti lebih banyak berbanding perbezaan.
“Antara persamaan itu adalah kesungguhan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua, itu tidak pernah lari. Kerana itu, Teluk Intan wajar dikekalkan di tangan Pakatan Rakyat dengan memberi kemenangan untuk DAP,” kata pemuda berusia 27 tahun yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan di sana.
Bagi graduan Politeknik Tanjung Malim yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham pula, beliau memilih DAP kerana mahukan perubahan dan muak dengan janji- janji kosong “menanam tebu di tepi bibir” BN.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei. - HARAKAHDAILY 15/5/2014 Sumber HD - 15-5-2014
PAS tumpu pengundi Melayu di Teluk Intan
ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: PAS Perak akan memberikan tumpuan kepada setiap unit peti undi (UPU) Melayu yang terdapat di parlimen Teluk Intan berdepan pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu 31 Mei ini.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata pihaknya juga akan menumpukan sepenuh usaha di salah satu Dun yang ditandingi parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu, iaitu Dun Changkat Jong.
Beliau juga berkata PAS Perak telah membentuk satu jawatankuasa operasi pilihan raya yang diketuai Pengerusi Jabatan Pilihan Raya PAS Perak, Khairul Anuar Ismail yang akan bergerak sepanjang kempen PRK Teluk Intan.
"Dalam masa sama, kami juga telah membentuk jawatankuasa bersama dengan DAP dan PKR, bagi persediaan bersama menghadapai PRK ini.
"Dan akan ada satu mesyuarat bersama pada Jumaat ini," kata beliau kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, Razman turut memaklumkan satu pelancaran gerak kerja jentera Pakatan Rakyat pada 18 Mei ini, yang akan dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, selain pimpinan utama DAP dan PKR.
PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya mendiang Seah Leong Peng, 48, yang meninggal dunia kerana penyakit kanser.
Pada PRU-13, Leong menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.
KUALA LUMPUR: PAS menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan agar tidak terpedaya dengan mainan kotor Umno dan terus memberi sokongan penuh kepada siapa saja calon yang diletakkan DAP nanti.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong Mohd Anuar Sudin berkata, Umno tidak mustahil mengulangi taktik penipuan kerana begitu terdesak untuk membuktikan bahawa partinya masih relevan walaupun semakin ditolak seluruh pelosok negara.
“Antara kempen jahat Umno pada PRU lalu di sini adalah mengeluarkan risalah fitnah mendakwa DAP sebagai parti komunis dan anti-Melayu," ujarnya dipetik Roketkini.
Tambah beliau, pihaknya juga mempunyai bukti bahawa mereka meletakkan ahli-ahli Umno sebagai petugas mengira undi SPR dan memindahkan pengundi dari Pasir Bedamar ke Changkat Jong.
“Atas sebab itu, kita (PAS Teluk Intan) akan memulakan gerak kerja awal sebaik saja calon diumum untuk memberi penerangan pada pengundi dan menangkis taktik jahat Umno, sekaligus memenangkan DAP serta Pakatan sekali lagi,” katanya yang juga Bendahari PAS Teluk Intan.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menang dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. - HARAKAHDAILY 14/5/2014 Sumber HD - 14-5-2014
Hudud: Gerakan tidak perlu bertanding PRK Teluk Intan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Jika hujah hudud digunakan oleh MCA untuk tidak meletakkan calonnya pada Pilihan raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Gerakan juga wajar berpendirian yang sama di Teluk Intan kerana kedua-dua parti itu sama-sama menolak hudud.
“Malah, Gerakan turut membuat komen yang lebih menyinggung umat Islam mengenai hudud dengan mengatakan wanita dan kanak-kanak lebih menjadi sasaran jika hukum itu dilaksanakan,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya semalam.
PRK Parlimen Teluk Intan diadakan pada 31 Mei ini berikutan kematian Seah Leong Peng daripada DAP pada 1 Mei lepas.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.
Dalam pilihanraya kecil itu nanti, Mah yang kini sudah menjadi Presiden Gerakan dikhabarkan akan dicalonkan sekali lagi. Tetapi memandangkan hari penamaan calon pada 19 Mei, belum ada sebarang keputusan lagi dibuat ketika ini.
Menurut Shahbudin lagi, walaupun Gerakan tiada kerusi menteri atau timbalan menteri yang boleh diharapkan berikutan calonnya kalah dalam pilihan raya lalu, mereka wajar bersama dan bersatu hati dengan MCA dengan sama-sama melupakan kepentingan PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan demi perjuangan menentang hudud yang sedang dilalui.
“Oleh kerana MCA dan Gerakan memikirkan menentang hudud itu lebih penting, maka biarkanlah DAP menang percuma di kedua-dua kerusi itu. Lagi pula, sama seperti MCA di Bukit Gelugor, peluang Gerakan juga agak tipis di Teluk Intan,” tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 11/5/2014 Sumber HD - 11-5-2014
PRK Teluk Intan: Mengundi 31 Mei, penamaan calon 19 Mei
HARAKAHDAILY | .
PUTRAJAYA: Hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini manakala penamaan calon pada 19 Mei.
Demikian dinyatakan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2013 bagi kawasan itu yang diwartakan pada 30 April lalu dan diperkemaskan pada 1 Mei lalu.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menang dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi. - HARAKAHDAILY 8/5/2014 Sumber HD - 8-5-2014
PRK Teluk Intan: SPR bermesyuarat Khamis ini
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas mengenai Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada Khamis ini.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat itu akan membincangkan tarikh Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian Biasa, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan, lapor Bernama.
Menurutnya, mesyuarat khas itu, yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya pada jam 10 pagi.
Beliau berkata, pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 9.25 pagi ini berhubung kekosongan kerusi parlimen itu.
Ini berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya akibat kanser pada kira-kira 7.30 pagi Khamis lepas.
Pada PRU13 lalu, Seah yang memperolehi 27,399 undi menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong (20,086) dan calon bebas Moralingam Kannan (279) dengan majoriti 7,313 undi.